[Sumber] |
"Embah kalau ajar mengaji, satu hari baca satu ayat.
Diulang ulang ayat tu sampai betul sebutan, panjang, denggungnya.
Selagi tak baca betul, takkan alih ke ayat seterusnya.
Sampai boleh hafal ayat tu bila diulang ulang"
Tiba2 terkenang cerita bapak,
Dari cerita bapak tu dapat lihat kesungguhan embah2 dulu2 mengajar mengaji.
Belum cerita garangnya diorang bila mengajar mengaji.
Dari situ dapat lihat objektif diorang.
Betapa amanah dan jujur bila mengajar kalam Allah.
Mereka tak kejar berapa kali katamnya Al-Quran.
Mereka kejar kesempurnaan bacaan.
Dapat hafal terus ayat tu lagi bagus.
Padanlah bapak boleh tahu anak dia baca salah
walaupun dia tak tengok anak dia baca.
Huahaha... Kantoi masa tu...
Bapak juga pernah cerita,
Dia boleh tahu orang tu pandai ke tidak melalui cara dia mengaji.
Kalau orang tu pandai mengaji, bacaan dia lancar, orang tu mesti pandai.
Kalau orang tu bacaan sangkut2, lambat, orang tu mesti lembap sikit.
Itupun kalau orang tu pernah mengajilah.
Mengaji mengajar orang itu fokus.
Berfikir sebelum menyebut setiap kalimah.
Setiap kalimah ada hukum tajwid tersendiri.
Ada yang di baca panjang, pendek, denggung.
Kalau tak fokus, tunggang langgang bacaannya.
Tambahan pula bila hukum tajwid sudah lupa.
Dan juga melatih diri bersikap amanah.
Walaupun baca al quran sorang2
sorang2 pun malaikat kiri dan kanan dengar
Allah juga.
Ayuh!... Bacalah dan tadabburlah.
Satu2nya bahan bacaan yang tidak akan bosan bila membacanya.
Betul... Percayalah...
Al-Quranul Karim Kalamullah
Dah lama tak dengar.
Kan best kalau tv9 petang2 pasang rancangan macam ni lagi.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe