Saturday, February 15, 2014

Amalkan gaya hidup yang sihat yeah!

Kenangan berfutsal semalam tersangatlah indah.


Jaringan padu dan goaaal

Memang goal pun. Atas bantuan pemain berpengalaman. Haha...
Akibat bermain futsal buat pertama kalinya.
Nah, sakit kaki dan lenguh badan.
Masih terasa kesakitannya.
Makin meningkat usia makin tak larat badan.
Belum masuk 30 an lagi.
Lembiknya kamu.

Cuba lihat embah di kampung.
Dah 70 an tapi masih kuat bekerja.
Pagi2 kemas halaman rumah dan rumah.
Bagi ayam makan.
Kerjakan pokok2. Siram dan baja pokok.
Lepas zohor mengajar budak2 mengaji.
Ada sahaja urusan dia.
Kadang2 tolong jiran merewang.

Pernah telefon embah.
Kadang2 dia angkat telefon. Kadang2 tak.
Hanya waktu tertentu je dia free.
Setiap hari dia sibuk.
Tapi dia masih kuat.
Kita cucunya pun buat kerja sikit sudah lembik.

Kena contohilah generasi yang lepas ni.
Kena biasakan bekerja kuat dan bangun awal itu penting.
Embah sihat dan kuat pun sebab dia jenis suka bangun awal.
Pukul 5 pagi pun dia sudah bangun.

Jadi, elakkan amalan tidur selepas subuh
dan amalkan gaya hidup yang sihat.
Demi menjadi generasi muda yang sihat dan cergas.

P.s : Cina pun bangun awal pagi untuk jogging.
Kita orang Islam Subuh sudah bangun. Takkan nak tidur balik? 
Dush dush kena balik kat diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe