Sunday, February 16, 2014

Ketaatan mana yang harus didahului?

Klik di gambar untuk tumbesaran
Artikel itu diambil dari fb. Lecturer yang menulisnya.
Setelah membaca artikel baru sedar yang kita kaum perempuan ada ketaatan lain yang harus dipenuhi.
Kita harus taat suami setelah berkahwin. 

Ada suatu kisah dimana ibu sedang sakit. Anak lelaki tidak menghiraukan ibunya yang sedang sakit. Si anak perempuan rasa bertanggungjawab untuk menjaga ibu walaupun seharusnya tanggugjawab menjaga mereka jatuh ke atas anak lelaki. Yang lagi sedih bila anak lelaki tidak mahu bertanggungjawab malah melepas tangan tentang hal ibunya. Tambah lagi bila si ibu pula tidak faham dan sering meminta anak perempuannya menjaga mereka walaupun anak perempuan mereka sudah bersuami kerana sudah tidak mahu bergantung lagi dengan anak lelaki mereka. Sedih bukan. Bertambah rumit lagi bila anak perempuan ini meminta izin pada suaminya supaya dia boleh menjaga ibunya tetapi tidak diizinkan oleh suaminya kerana sudah menjadi tanggungjawab si anak lelaki itu untuk menjaga ibunya. Ini kisah benar dan agak sedih jika perkara ini berlaku.

Dengan itu, kita sebagai anak perempuan yang belum berkahwin hendaklah sentiasa berbakti buat ibu dan bapanya. Selagi kita belum berkahwin, kita masih boleh bersama ibu dan bapa. Buatlah apa yang kita mahu. Menolong mereka. Menjaga mereka. Buat mereka gembira. Bercerita dan bergurau senda. Setelah berkahwin, kita akan bersama suami dan selalu mengikut perintah suami. Waktu itu masa kita bersama keluarga kita semakin kurang. Jadi hargailah masa bujang ini. Betapa sayang bila kita mensia-siakan waktu bujang kita dengan benda yang boleh membuat kita semakin jauh dengan keluarga kita. 

Komen dari kisah tadi, seharusnya masing2 harus faham tentang siapa yang patut mereka dahulukan. Tidak kira si ibu, si anak perempuan dan si anak lelaki. Mana2 yang tahu silalah nasihat kepada yang tak tahu. Nasihat dengan berhemah. Keluarga kita, adik beradik kita, bila dinasihat dengan elok2, InsyaAllah terbuka hati mereka untuk menerimanya. Masing2 harus melaksanakan tanggungjawab masing2. Bila sudah bercelaru tanggingjawab, ada benda yang tidak best akan berlaku.

P.s : Hurmmm... Tetiba cerita pasal ni pula.
Bapak pernah cakap kalau dia panjang umur dan anak perempuan dia dah kahwin, dia tak kisah kalau anak perempuan tak jengguk dia langsung walaupun dia tengah sakit. Dia pesan yang anak perempuan yang sudah berkahwin, tanggungjawab dia adalah suamin dia. Huhu... sedih dan sayu pula..



No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe