[sumber] |
You are lucky because you have a complete family.
You have father, mother, sister and little brother.
Sangat bertuah.
Berapa ramai antara kita rasa bertuah?
Bertuah bila ada keluarga.
Bapak yang selalu bagi nasihat.
Seorang motivator yang baik.
Ada sahaja nasihat dari dia.
Nasihat dia bukan datang secara terus tapi tersirat.
Adakala dia bagi situasi, cerita pengalaman dia.
Dia nak anak dia berfikir.
Emak sememangnya hebat.
Siapa sanggup bekerja untuk sara sebahagian belanja rumah dan kelengkapan anak.
Kadangkala tiada sesen pun tinggal untuk dirinya yang penat bekerja.
Demi menempuh kehidupan sara hidup yang tinggi.
Pagi bekerja, petang tukang masak, malam menjadi ibu.
Begitulah seharian.
Sampai dia mampu mengerah tenaga dan kuderatnya.
Adik perempuan yang kental.
Lebih kental dan berani dari kakaknya.
Kadangkala dia yang banyak bagi nasihat kat kakak dia. Haha
Menurut perintah tanpa disuruh.
Dah besar barangkali.
Adik lelaki yang meningkat remaja.
Masih kanak2 tetapi kadang2 terlebih matang.
Sangat menjaga kakaknya. Garang.
Masih terlihat kebendulannya.
Lihatlah ahli keluarga masing2.
Bapak, emak, abang2, kakak2, adik2.
Ingatkan tentang mereka satu persatu.
Tentang kebaikan mereka.
Sayangkah kita?
Ya, mereka pernah buat silap.
Tetapi jangan biarkan kesilapan itu memadamkan kebaikan mereka.
Hargai mereka selagi mereka ada.
Berbakti kepada mereka.
Doakan mereka.
Sayangilah mereka.
Jangan tunggu hari esok.
Kelak menangis di tepi kubur.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe