Monday, February 17, 2014

Tadabbur itu banyak definisinya.

Tiba2 teringat kata2 sesorang.
Tadabbur itu banyak definisinya.
Tadabur Al-Quran sudah semestinya.
Menghayati maknanya dan pengajaran yang sudah tertulis didalamnya.

Tadabur alam.
Menghayati keindahan alam.
Melihat kitaran alam.
Meneladani mengapa diciptakan begitu.

Pernahkah kita menyangka mengapa Allah ciptakan nyamuk?
Nyamuk haiwan yang kecil dan berpotensi membawa wabak kepada manusia.
Tapi pernahkah kita terfikir kenapa ada nyamuk?
Pernahkah?

Pernahkah juga kita terfikir, mengapa Allah menciptakan kelkatu.
Kehadirannya yang merimaskan.
Kelkatu pula hanya tertarik dengan cahaya.
Pernahkah?

Setiap ciptaannya tak sia-sia.
Ada hikmah ingin dikhabarkan untuk manusia.
Bukankah alam itu lembaran Al-Quran yang terbesar.

Tak lupa juga tadabbur manusia.
Meneladani sifat2 manusia yang baik.
Menjauhi sifat2 manusia yang tidak baik.
Malah tidak mengulanginya kembali kepada manusia yang terdekat dengan kita.

Setiap yang kita lihat, dengar dan rasa.
Ada terselit pengajaran dan hikmah tersendiri.
Hanya manusia yang berfikir mampu mencari hikmahnya.
Hanya manusia yang berfikir.
Banyak juga ungkapan ini diulang di dalam Al-Quran.

Maka, jangan berhenti mencari hikmah.
Kita dapat berjalan dimuka bumi ini adalah atas rahmat Allah.
Apa yang berlaku pasti ada sesuatu yang Allah nak kita pelajari.
Mungkin teguran dari-Nya.

Pasti tertanya tanya mengapa perlu mencari hikmah?
Kerana orang yang mencari hikmah akan merasa tenang.
Bila suatu musibah menimpa diri, dia akan tenang.
Kerana dia tahu ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.
Bila suatu kebaikan datang, dia pasti akan bersyukur.
Kerana dia tahu kebaikan itu datang dari Allah.

[Sumber]
Tak percaya? Cubalah. Anda pasti akan merasai perubahannya.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe