Street dakwah...
Tidak begitu senang dan tidak susah nak buat.
Berbagai cara sebenarnya untuk berdakwah.
Berdakwah itu bukan sekadar berkata terus tentang agama.
Terus berkata agama dia salah dan mengatakan agama kita adalah benar.
Ada caranya.
Kali ini pendekatan yang halus dikenakan.
Mendekati mereka bukan untuk menceritakan tentang agama.
Mendekati mereka dengan bertanya tentang perayaan mereka.
Perayaan yang masih hangat dirayakan iaitu perayaan tahun baru cina.
Mendekati mereka dengan bertanya apa yang mereka tahu tentang tahun baru cina.
Bagaimana mereka meraikan, sejarah disebalik perayaan tersebut.
Diselit dengan pertanyaan tentang pengetahuan mereka tentang tahun baru islam iaitu maal hijrah untuk melihat sejauh mana pengetahuan mereka tentang perayaan orang islam.
Rata2 mendapat sambutan positif.
Mereka lebih mesra bila kita mendekati mereka untuk mengetahui budaya mereka.
Golongan muda yang berpelajaran lebih senang didekati berbanding golongan tua.
Di akhir pertemuan di beri kad jemputan ke majlis makan2 sempena tahun baru cina.
Tak salah menjemput mereka dan ajak mereka makan. Inilah cara untuk menjalinkan hubungan dan seterusnya menarik mereka ke arah Islam.
Seronok menyertainya walaupun tak dapat menjemput sesiapapun.
Barangkali faktor lewat ketibaan sehingga ramai orang cina sudah balik dari jogging.
Orang cina bangun awal pagi dan jogging. Baru dapat rasa nyamannya pagi.
Dan juga faktor teriknya mentari sampai tersalah tafsir pengunjung.
Seringkali menemu bual orang melayu yang disangka dari awal yang orang itu orang cina. Cerah2 kulit orang melayu hari ini. hahaha
P.s : I need to break the ice. My ice is too big.
That is the main point and the determinant for successful street da'wah.
It is how to break your ice when to approach non muslim. Dare or not?
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe