Sunday, March 09, 2014

Kisah teladan satu hari

Berat hati mahu menulis,
Sudah banyak kali berdoa supaya semuanya baik,
Namun berat terbuku dihati masih tidak berkurangan.
Banyak kisah berlaku sepanjang 2 hari ni.

Kisah 1#
Di khabarkan salah seorang ahli keluarga saya terselamat dari tragedi kapal terbang itu. Allah gerakkan hatinya untuk tidak pergi workshop ke Beijing. Tetapi hampir 20 orang rakan sekerjanya pergi dan tak tahu apa khabar berita mereka. Embah sampai terkedu mendengar berita itu. Masing2 istighfar dan syukur panjang2.


Kisah 2#
Sedih melihat wan (nenek) sakit akibat kencing manis. Menitik air mata melihatnya. Ingatannya pun sudah tak berapa. Terbaring tak boleh nak bangun. Cakap pun dah tak betul. Kena angkatkan dan bangunkan wan untuk mandi dan makan.

Diedit dari [Link]

Ibrah terbesar yang dapat :
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Tidak kira ia suatu tragedi mahupun nikmat.
Allah sebaik baik perancang.
Kita harus terima dengan ketentuannya.

Allah tak memilih dia untuk terlibat dalam tragedi itu,
mungkin belum sampainya masa dia,
anak-anak masih perlukan dia,
mungkin lebih buruk keadaan terjadi jika tragedi itu berlaku.

Allah menarik nikmat kesihatan itu pun ada hikmah,
sebagai kafarah dosa,
ujian bagi yang masih hidup,
memberi peluang yang masih hidup berbakti untuk emaknya,
mengelak sesuatu yang lebih buruk terjadi atas wan.

setiap yang berlaku itu terbaik buat kita.
Jangan pernah merungut dan tidak bersyukur atas takdirnya.

P.s : Muhasabah buat diriku, keluargaku dan semua.
Semoga mangsa yang terlibat dalam tragedi kapal terbang itu baik2 belaka,
dan juga semoga ahli keluarga mangsa tabah.
Doakan juga supaya kami sekeluarga kuat dan doakan kesembuhan wan.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe