[Sumber] |
Niat di hati bukan nak komen tentang "Homeschool" dan "Public School".
Memang masing2 punya kelebihan. "Homeschool" ada kebaikan tersendiri. Begitu juga "Public School". Bagi yang belum punya idea apa itu "Homeschool" ni, maksudnya bersekolah dalam rumah. Memang terjemah secara baku terus. Maksudnya anak2 yang belajar di rumah, adalah modul dia yang dikendalikan guru2 yang di upah oleh keluarga. Ada juga guru2 yang buat secara sukarela untuk mengajar anak2 di rumah. Anak2 ini akan dilatih dengan kemahiran macam memasak ke, belajar musik ke ikut ibubapa masing2. Ada yang dilatih dengan kerja sukarela. Ikutlah. Supaya anak2 ni boleh bersosial. Yang "Public School" tu bermaksud anak2 yang mengikuti tahap persekolahan bermula dari tadika sampai tingkatan 5.
[Sumber] |
Satu lagi, bapak sangat ambil berat dengan pergaulan anak2 dia. Untuk anak perempuan dia, dia tak bagi anak dia berkawan dengan lelaki. Kalau bapak tahu memang masak. Samalah jugak dengan anak lelaki. Dia tak bagi anak lelaki berkawan dengan perempuan. Bapak juga suka bagi nasihat dan cerita. Kadang2 cerita dia ada terselit nasihat. Sedikit demi sedikit anak dia ikut kata dia. Dia tak perlu marah. Masa kecil2 dulu memang dah biasa dengan amarah bapak. Memang sedap kena tali pinggang dia. Sekarang dia cuma perlu cakap lembut tapi ayat dia memang sentap. Bila dengar memang tak jadi nak buat macam2. Dia ajak anak dia berbicara tetapi dalam masa yang sama dia nak anak dia hormat dia sebagai bapak. Bapak juga jadi sumber motivasi tiap kali ada peperiksaan. Sifat dia "perfectionist" buat anak dia cuba untuk puaskan hati bapaknya. Selagi tak dapat 90/100 ke atas bagi bapak anak dia masih kurang belajar. Itu masa zaman akulah. Zaman2 adik2 dah longgar sikit. Bila dapat sikit je markah mesti dia bagi kata semangat. Itu yang best.
Isi utama dalam post ni, tak kiralah nak "Homeschool" ke atau "Public School" ke, yang penting ibubapa itu sendiri. Macam mana ibubapa nak corak anak dia. Bukan letak 100% kat sekolah. Andaikata bapak dulu lepas tangan tentang anak dia, takdenya anak dia jadi macam sekarang ni. Anak dia juga akan jadi sebebas mungkin dan dah tak hirau sesiapa dah. Berkat didikan bapak, akhirnya anak dia tak buat benda yang pelik2.
Semoga bapak terus menjadi sumber inspirasiku.
Terima kasih sebab berjaya baca sampai habis. heee~
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe