Wednesday, June 26, 2013

Itu hak Dia...

Itu hak Dia.
Dia boleh bagi apa2 pun yang Dia suka.
Malah dengan jalan yang tidak disangka-sangkakan.

[sumber]
Ada hamba Allah tawarkan untuk jualkan buku dia
disaat aku memerlukannya.

Tetapi jangan lupa.
Dia juga boleh tarik apa2 pun Dia suka.
Walaupun dengan cara yang paling tidak disangka-sangkakan.

[sumber]
Hanset ini akan di"rehat"kan.
Banyak juga jasa dan kenangan dia.
Nanti bila dah ada duit sendiri saya baiki ek.

Dua benda berlaku dalam sehari.
Kadang kala dianggap remeh tetapi ia menyimpan 1001 hikmah.
Tarbiah buat hari ini.
Semoga mengajar diri untuk menjadi terus tabah dan kreatif.
Serta tidak lupa yang Dia masih ada melihat kita.
Dia berkuasa untuk memberi atau mengambil
walaupun keinginan kita hanya sekadar terlintas di hati.
Dia tahu kok

Monday, June 24, 2013

Jerebu. Solusinya

Tengah menikmati cuti jerebu, kepala  berlegar-legar mencari idea.

Lebuhraya Lekas. Tiada kaitan dengan cuti jerebu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jerebu semakin teruk. Ada cadangan untuk mengurangkannya?

Hujani kawasan jerebu dengan air.

Air? Mana nak dapat air?

Memandangkan air sungai banyak tercemar, apa kata guna air laut.

Air laut?
(membayangkan air masin menghujani kawasan jerebu, habis rosak tanaman dan haiwan)

Kalau macam tu kenapa tak guna air longkang terus.
(kalau guna air longkang subur sikit tanaman. cuma bau tak tahan)

Sebelum bercerita lebih dalam pasal air,
kita perlu fikirkan juga kos untuk angkutkan air itu.
Mana nak cari jet untuk taburkan air?
Mahal juga nak sewa jet. Nak cari tenaga kerja lagi.
Kalau sukarelawan tak perlu nak bagi bayaran.
Jika tiada sukarelawan nak kena bayar upah pula.
Nak sedut air ke jet pun satu hal.
Jika jet tu hanya mampu tampung sedikit air.
Berapa kali nak kena turun naik ambil air.
Dah kena kira kos petrol.
Bla... Bla... Bla...


---------------
(mendengar dengan tekun sekali)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Susah2 minta kat Allah untuk turunkan hujan.
Dia yang berkuasa untuk turunkan hujan.
Percuma je. Tak perlu nak bayar apa2.
Baru terfikir betapa tingginya nilai nikmat setitis air hujan itu.
Tambah lagi musim jerebu ni.

Wah... nikmatnya...
[sumber]



Baki hutang ptptn. Waris kena bayar?

Link

Kesianlah peminjam ptptn yang kembali ke rahmatullah.
Hutang tak habis bayar lagi.
Macam mana waris dia nak bayarkan?

Asalnya kita tandatangan perjanjian PTPTN tu hutang kan? 
Kenapa pulak kena kesian tetiba? 
Hutang wajib dibayar dalam Islam, tiada siapa paksa kita amik ptptn.

Memang tiada siapa yang paksa.
Ptptn tu kan pinjaman pelajaran.
Dah kata nak sambung belajar, tiada tabungan jadi berhutang jelah caranya.

Kenapa dulu tak belajar betul2?
Bagi dapat banyak A solid dalam SPM.
Supaya senang dapat biasiswa.
Takdelah nak dibelengu dengan hutang2.

Dah nak buat macam mana.
Setakat tu je dapat keputusan SPM.
Memang tak layak nak dapat biasiswa untuk sambung belajar.

Tengah belajarkan sekarang?
Apa kata bagi dapat pointer 3.7.
Terus dapat tukar ptptn kepada biasiswa.

Memang itu impian sejak menjejak kaki ke menara gading ni.
Dekat tetapi tak capai2 lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya si peminjam ptptn tak perlu risau.
Jika si peminjam meninggal dahulu sebelum sempat langsai hutang,
baki pembayaran pinjaman ptptn akan terus dilansai oleh pihak insuran.
Pihak waris hanya perlu ke pejabat ptptn dan tunjuk sijil kematian si peminjam.

Penjamin loan kita, hanya akan membayar on behalf kita jika
1) Peminjam enggan bayar
2) Peminjam muflis / bankrup (ada loan tertentu tidak perlu)
3) Peminjam menghilangkan diri (bukan mati)
4) Peminjam hilang kewarasan

Ini bukan omongan kosong ya.
Akhbar utusan pernah melaporkan "Waris tidak perlu langsai hutang PTPTN si mati"

Jadi jangan risau jika hutang ptptn tak sempat bayar.
Bagi peminjam yang dapat kerja tu, bila2 nak bayar?
Kerajaan nak pusing duit nak bagi pinjam kat adik2 yang nak masuk universiti. :P

Waris tak perlu risau. Ada jaminan takaful untuk membayar balik baki pinjaman yang belum di bayar oleh peminjam. Jadi waris tak perlu sambung pembayaran PTPTN.





Monday, June 17, 2013

Tak baik cakap bohong...

Gampang aja mahu berkata-kata,
lidah tidak bertulang pantas berbicara,
pelbagai perisa kata digaul bersama,
tidak mengira padah diakhir kata.

[Sumber]

Ada satu pengakuan dari orang terdekat saya.
Dengan jujurnya menyatakan yang dia tidak suka berkata bohong.
Walaupun sepahit mana kebenaran itu, dia tetap mengatakan yang benar.
Meskipun pada hakikatnya kebenaran itu menjelekkan imej dirinya.
Dia berbuat begitu kerna dia tahu jika di akhirat nanti bila dia berkata bohong, dia akan disoal.
Dia akan disoal mengapa berkata bohong di hadapan tuhan.
Setelah itu dia harus meminta maaf kembali kepada orang yang dia bohongi.
Bayangkan ketika itu perhimpunan lebih jutaan manusia yang hidup dari zaman Nabi Adam hingga zaman Nabi Muhammad SAW. Nak kena cari pastu nak kena minta maaf. Nak mencari satu hal. Jadi dia tak mahu cari masalah disana.

Itu sebab pertama.
Sebab kedua mengapa tidak mahu berkata bohong ialah risau kalau terkantoi.
Malu satu hal. Orang yang kena tipu tu pasti akan ingat sampai bila2 orang yang suka menipu.
Segala pengakuan dari orang yang suka tipu ni takkan dipercayai lagi.
Timbul kesangsian kebenaran disebalik kata2 dari orang yang suka tipu.

[Sumber]

Konklusinya, berkata jujurlah demi menikmati kehidupan harmoni dan tenteram.
Bila sudah berkata tipu sekali, kita akan terus menipu dan menipu sampai bila.
Seperti orang dulu2 suka pesan :
Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama2 mencuri.

Selamat hari bapa buat bapak

Tak sedar pula hari ni hari bapa... Haha
Apa yang berlaku hari ni adalah tidak dirancang.

Macam biasa di pagi Ahad, jadualnya :
Pagi2 kuar joging.
Aku..... Jalan kaki jelah....
Banyak keluar peluh sebab main badminton.
Seronok buli adik2 aku.
*siapa buli siapa sebenarnya...

Hari ni jugak rajin sikit.
Lepas joging pergi pasar.
Habislah pasar tu melekat bau masam lepas jogging... erk...
Beli barang dapur macam biasa.
Hari ni nak buat menu special
~ Nasi briyani berlauk ayam masak merah dan pajeri nenas ~
Tak sempat nak snap gambar makanan dah lesap.
Bayangkan sendirilah ek...
Walaupun tak cukup bahan, masak jelah. Hoho...
*tak ingat yang ada bahan tertinggal tak beli. apelah
Saje nak masak pelik2. Sempena cuti2 semester yang tak produktif ni.

Hari ni juga keluar jalan2.
Tempat yang disinggahnya Nilai, N.Sembilan.
Aik, rindu ngan bekas tapak Asasi iium ka?
Dah macam bangunan terbiar tempatnya.
Sempat lagi beli kerepek dan kain kat situ.
Konon nak bawak buah tanggan dari sana.

Itu sahajalah rutin untuk hari ini.
Nampak simple dan tak ada yang best pun.
Tetapi bagi aku, ia sangat bermakna.
Bila lagi kami sekeluarga berkumpul lagi.
10 tahun nanti pasti dikenang aktiviti2 ni.

P.s : Bukan sepatutnya post ni pasal bapak ke? Hehe...

Selamat hari bapa...
Eh, dah pukul 12.02 mlm.
Dah lewat...
Takpa... Hari2 hari bapa... Wink*



Saturday, June 15, 2013

Cerita rakyat #3 : Maling


Krek krek krek

"Siapa kat luar tu?"

Kelihatan seorang lelaki sudah berjaya membuka pagar rumah.
Dia menuju ke halaman rumah.

"Macam mana dia buka pagar tu? Bukan dah mangga ke? Matilah aku..."

Aku cepat2 sendal sliding door dengan kayu panjang.

"aik, kenapa kayu ni bengkok macam getah"

Lelaki itu sudah nampak aku.
Lelaki itu senyum sinis dan mengatakan sesuatu kat aku.

Aku berlari masuk kamar.
Aku toleh belakang 
Lelaki itu sudah berjaya membuka sliding door itu.
"Patah dah kayu tu..."

Aku terus berlari pantas.
Terus mengunci diriku.
Aku mencapai telefonku..

Bip bip bip

"Mana mak ni... cepatlah angkat"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku terus sedar...
Mimpi rupanya.
Aku terus jenguk luar.
Keadaan masih aman.
Tiada apa yang berlaku.

Tiba-tiba
ada penjual aiskrim bermotor lalu dihadapan rumahku.
Penjual tu biasaku lihat.
Dia melihat aku dengan penuh mencurigakan.
dia datang dengan loceng aiskrim yang membingitkan
dan pergi dengan loceng yang diberhentikan.

"Eh... Kenapa pandang sebegitu rupa? Aneh...
takkan kat rumah lain tak tengok camtu"



Scarylah pulak [sumber]

Friday, June 14, 2013

Duhai hati mengapa bersedih hati?

Duhai hati mengapa bersedih hati?
Memikirkan nasib badankah kamu?
Bersyukurlah wahai diri.
Kamu masih mempunyai nikmat yang lain.
Kamu mungkin hilang sesuatu.
Tetapi kamu mempunyai sesuatu lebih berharga dari yang hilang itu.

Duhai hati mengapa bersedih hati?
Hiduplah dengan caramu.
Mereka tidak mengerti akan kamu.
Buatlah hal yang kamu sukai.
Selagi tidak jauh dari landasan syari'e.

Duhai hati mengapa bersedih hati?
Kadang kala dunia ini seakan tidak adil.
Yang berkuasa mengunakan kuasa dengan rakus.
Bermahajarela seakan semua rakyat jelata reda dengan perbuatannya.
Tidak peka dengan kesusahan rakyat jelata.
Yang dibawah ditindas, dihimpit dan dimaki
Seolah-olah hilang nilai insani.
Selamatkan diri kamu dari atmosphera itu.
Jadilah kamu hamba yang bebas merdeka.

Duhai hati mengapa bersedih hati?
Sudahkah kamu kembali ke pemilik hati?
Mengapa kamu menjauhi diri daripada-Nya?
Jangan siksa dirimu lagi.
Dia tidak rugi apa2 kerna Dia pemilik segalanya.
Segeralah kembali kepadaNya.
Selagi nyawa masih dikandung badan.

Duhai hati mengapa bersedih hati?
Terimalah segalanya dengan hati terbuka.
Gunalah budi bicara dan akalmu untuk bertindak dengan tepat.
Lebihkan mendengar dari berkata-kata,
agar kamu bisa menunjukkan peribadi yang hikmah.

Usah bersedih duhai hati,
Ini semua duniawi,
Berkejar-kejaranlah kamu mengaut isi duniawi
umpama hidup seribu tahun lagi
Tetapi jangan lupa amal ibadatmu
seolah-olah kamu bakal mati keesokan hari.

[Sumber]

Thursday, June 13, 2013

Cerita rakyat #2 : Mimpi atau realiti


Al kisah tersebutlah kisah Ani yang sedang binggung...
Begini kisahnya :

Suasana disekelilingku. Macam biasa dilihat.
Eh, memanglah. Halaman rumah aku.
Aik, akak usrah aku kat sebelah rumah.
Dia sedang terlihat seseorang.
Jiran aku, macam pernah lihat.
Akak tu terus jumpa jiran aku.

"Disini akak titipkan kepada kamu sedikit nota sepanjang cuti semester ni, akak harap kamu baca ya"

"Baik kak, terima kasih kak."

Eh, kenapa tiba2 rasa iri melihat situasi itu.
Akak tu tak ingat aku ke?

Tiba-tiba akak tu terus menuju aku.

"Ani, apa khabar? 
Boleh akak tanya... apa ulasan Ani tentang perkembangan ekonomi negara sekarang?"

"errr...."
Kenapa tiba2 akak tanya aku pasal ekonomi ni. Degus Ani.

~Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini Makin kerap ku diganggu visi Bila celik, juga bila mimpi~

Aaannnniiii baaannnngguuunnn....

Heehhh? Mimpi ke tadi... Apa pasal ek? 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Itulah... 
Ponteng lagi usrah...
Kak Naqibah dah lari...



Wednesday, June 12, 2013

Cerita rakyat #1 : Yang mana satu?

Alkisah tersebutlah kisah dilema pasangan suami isteri.
Begini hikayatnya...

"Abang, lihatlah rumah kita. Bocor sana bocor sini. Ayang nak menjahit pun tak cukup tempat. Kat bilik belakang tu tak selesa nak menjahit. Tempatnya kecil dan panas. Apa kata kita besar rumah kita... Abang, dengar tak ni..."

"Iya, abang dengar ni..."

"Kita besarkan kat bahagian dapur tu. Dapur tu kecil sangat. Nak masak pun dah sempit bila anak2 kita masuk. Kat laman belakang tu luas. Boleh guna laman belakang untuk besarkan dapur. Alang2 tu boleh tambah bilik satu lagi."

"Ayang tahu tak yang kereta kita tu dah tak boleh jalan jauh. Tak teringatkah tragedi raya tahun lepas. Nasib baik kereta tak banyak kat belakang. Abang rasa baik beli kereta dulu."

"Abang... Besarkan rumahlah dulu. Dah nazak dah keadaan rumahnya."

"Kalau begitu, tahun ni tak perlu balik kampung. Raya kat sini je."

"Mana boleh macam tu, setiap tahun kena balik. Dahlah balik setahun sekali. Jumpa emak setahun sekali pun susah"

"Dah tu, nanti2lah besarkan rumah tu."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kereta vs rumah.
Kedua-dua keperluan.
Bila pulus tak mencukupi,
harus dipilih salah satu dong.

Bila mahukan sesuatu,
perlu lepaskan sesuatu..

Monday, June 10, 2013

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Akhirnya selesai sudah baca novel ni. Yeah...
Boleh tahan juga jalan cerita. Cerita sedih. Huhu

Melihat dari tajuk, mengapa novel ini diberikan tajuk "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck"?. Pada mulanya ingatkan novel ini berkisarkan peperangan atau tentang pelayaran. Rupanya kisah cinta. Tertipu saya. Wuahaha... Mengenai kisah cinta suci antara Zainuddin dengan Hayati yang terhalang akibat adat dan harta. Tragis juga kisah cinta mereka. Kalau buat filem ni best gak. Tapi ending dia tak berapa nak seronok. 
Banyak benda yang dapat dipelajari dalam novel ini.

1- Harta tak mampu menjamin kebahagiaan seseorang.
Hayati menyangka dengan menerima pinangan Aziz, dia dapat hidup bahagia dan senang lenang kerana Aziz dari keluarga berada dan bekerja tetap. Tetapi sebenarnya tidak. Dia merana bersuami yang begitu taksub dengan kecantikan dia bukan kerana menyukainya.

2- Berkerja sendiri itu lebih lumayan dari makan gaji.
Zainuddin lebih berjaya dari Aziz dengan menjadi seorang penulis berbanding kerja makan gaji.

3- Risiko bercinta sebelum kahwin.
Hidup Zainuddin menjadi tak keruan sejak menyukai Hayati. Lebih bertambah parah apabila Hayati berkahwin dengan Aziz.

4- Hukum karma?
Bolehlah. Hayati tinggalkan Zainuddin sampai Zainuddin sakit2. Tak lama kemudian, Hayati ditinggalkan oleh suaminya pula.

Banyak lagi sebenarnya pengajaran cuma malas nak ulas disini.
Kalau nak tahu silalah baca ek.

Terpukau bila 2 pasangan kekasih ni terutus surat. Gaya bahasa sangat superb dan berkias. Sekarang dah tak main utus2 surat. Weechat sudah. Errr...

P.s : Rupanya buku tu pernah jadi buku teks komsas Tingkatan 6.
Sekarang ni masih menjadi buku teks komsas lagi?

Friday, June 07, 2013

Ragam di subuh hari.

[Kredit : IIUM ONLINE]

Cantiknya pagi ni.
Alagkah ruginya kalau mereka tak bangun waktu ni.


Bangun pagi hatta bangun subuh.
Sesuatu perkara yang susah bagi sesetengah orang itu untuk melakukannya.

Kenapa dia tak bangun subuh?

Alasan pertama # tidur lambat.
Tidur lambat semata-mata nak marathon movie atau study.

Alasan kedua # tak kunci jam.
Dah kunci jam. Bunyi jam itu hanya didengari oleh rakan sebilik hingga jiran sebelah dari si pengunci jam.

Alasan ketiga # tinggal sorang.
Ada roomate tetapi dia memilih untuk bersubuh hari seorang diri.
Ada yang memang duduk sendiri. Diri dia payah nak kejutkan diri dia sendiri.

Alasan keempat # dah tak ingat tuhan?
Orang lain boleh bangun subuh siap boleh berjoging dan berniaga. Non muslim pula tu.
Tetapi ada orang yang ingin bangun subuh tetapi dia masih tersedar bila matahari sudah pun naik.
Adakah mereka tak ingat tuhan?

Alasan kelima # tak dengar azan subuh.
Duduk jauh sangat dengan masjid. Macam mana nak tahu dah masuk subuh.
Err... nak kena dengar azan baru nak bangun?

Alasan keenam # katil sedap dan bantal yang empuk...
Errr...

Banyak juga alasan ya.
Nampak macam alasan itu mahu menghalalkan caranya untuk terlepas subuh hari.
Apa nak dibuat orang sebegini? Jika hari2nya sebegini setiap hari?

*Curah sama dia air. Susah sangat nak bangun.
Agaknya siapalah hamba Allah yang sebegitu berani itu.

tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi 
berkumandang suara azan... 
mendayu memecah sepi 
selang seli sahutan ayam...

tetapi insan kalaupun ada hanya 
mata yang celik dipejam lagi 
hatinya penuh benci 
berdengkurlah kembali...

begitulah peristiwa di subuh hari 
suara insan di alam mimpi...

tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi 
berkumandang suara azan... 
mendayu memecah sepi 
selang seli sahutan ayam...

ayuh!!! bangunlah 
tunaikan perintah ALLAH 
sujud mengharap keampunanNYA... 
bersyukurlah bangkitlah segera 
moga mendapat keredhoanNYA...

begitulah peristiwa di subuh hari 
setiap pagi... 

Raihan : Peristiwa Subuh...