Friday, January 27, 2012

Kesan dari berCouple...


Hmm... (sambil memikir kenapa saya Bosan)

Rasanya dah tahu kenapa aku rasa bosan hari ni. Ni mesti sebab aku terlalu khusyuk tengok movie. Terlalu khusyuk tengok sampai terbawa-bawa ke alam nyata. Bahaya ni. Selalu macam ni kalau lepas tengok movie. Kena kurangkan aktiviti tengok movie lepas ni. 

Berbalik kepada tajuk atas "Kesan dari berCouple", apa kaitan tajuk ni dengan movie? Sebenarnya macam ni. Malam semalam lepas habis tengok movie tu terus muncul dalam kotak fikiran aku pasal couple. Kalau korang perasan dalam banyak2 cerita atau movie yang ditayangkan yang berkisar tentang cinta pasti cerita tu bermula dengan couple dulu. Tak kiralah cerita melayu, indonesia apatah lagi korea dan jepun. Tak couple pun mesti berkawan dulu. Berkawan dengan berlainan jantina. Bila tengok situasi macam tu, aku merasa yang betapa cantiknya agama Islam itu. Dalam Islam dah meletakkan beberapa garis panduan cara2 dan batasan dalam pergaulan dan bagaimana nak dapat pasangan dalam Islam.

Kenapa aku merasa macam tu? Kerana bila kita ikut garis panduan yang telah ditetapkan, kita akan terhindar dari beberapa masalah yang dikira agak besar. Masalah yang saya maksudkan seperti masalah anak luar nikah, masalah putus cinta dan masalah cinta 3 segi. Masalah ni juga sering timbul dan sering dilakonkan dalam cerita dan movie. Bila kita jaga batas pergaulan, kita terhindar dari melakukan sesuatu perkara yang sangat bodoh macam bunuh diri sebab putus cinta, buang masa memikir si buah hati sampai makan tak lalu, kecewa cinta tak berbalas dan sebagainya. Kan bagus kalau kita ikut cara Islam. BerCinta lepas kahwin. Takda timbul masalah anak luar nikah, masalah putus cinta dan cinta 3 segi. Bila dah berkahwin, pasangan tu memang sah dah milik kita. Kita nak pegang2 pun halal, nak bawak pergi dating pun halal dan buatlah apa yang korang suka bersama. Masa tu memang takda sesiapa yang nak larang. Kecuali bila dah sampai masa untuk kembali kepada Allah.

Semua diatas ni cuma pandangan saya. Pandangan saya hasil dari pemerhatian cerita dan movie. Setiap orang ada pendapat masing2. Dan apa yang pasti berCouple tu lebih banyak bawa keburukan dari kebaikan. Jadi bercintalah lepas kahwin. Baru terasa nikmat. Renung-renungkanlah...

P/s : Aku dah hilang akal ke post pasal kahwin? Adush...

6 comments:

  1. Betull

    Kalau dah kahwin, kite menyayangi atas dasar cinta dan AMANAH..

    KAlau nak buat benda tak betul pun, akan fikir dahulu tentang REDHA Allah pada kita..

    KAlau kapel, takde tanggungjawab pun..

    ReplyDelete
  2. Agree.. x rugi pn klu x couple n dating cm org lain.. after get married, we will still have it anyway... ^_^

    ReplyDelete
  3. saya sokong awak...memang btol pon pndpat yg awk tulis...truskn usaha awk untuk mnruskn dakwah islam & beringat kpada orng lain tntang halal haram sesuatu perkara....:)

    ReplyDelete
  4. hmmm....saya sokong awk juga...tp soalan saya kalau kita couple sebelum khawin tapi niat untuk untuk mengahwininya, adakah itu berdoasa, adakah itu salah daripada pandangan ISLAM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sbb reply lambat...

      Jikalau nak couple sebelum kahwin dgn niat nak mengahwininya masih juga tidak bagus. Masih berdosa sebab masih tidak ada ikatan yg sah yg menghalalkan mereka utk menjalinkan hubungan.

      Biasanya org nak couple dulu sblm kahwin ni sbb nak kenal2 dulu. Nak tengok hati budi pasangan tu. Masih ada jalan lain untuk berkenalan dgn org yg kita berkenan. Mungkin dgn cara bertunang dulu. Bertunang pun masih ada adab2 dan batas2 perlu dijaga. ataupun berkenalan dengan ahli keluarga dia dulu ke. Kenal hati budi mak bapak dia. Tengok family dia mcm mana.

      Saya cadangkan saudara baca buku "sebelum aku bernikah" karya hilal asyraf. Di situ ada guideline cara2 nak pikat pasangan cara Islamik.

      Maaf atas jwpn saya yg tak berapa nak mantap.
      Harap saudara faham message yg hendak disampaikan.

      Delete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe