Saturday, June 04, 2011

Apakah itu "Kipas susah mati"?

 Aku pun sebenarnya tak tahu maksud sebenar "kipas susah mati" ni. Asyik terjumpa je perkataan ni rasa nak jugak tahu maksud perkataan ni. Bila dengar perkataan "Kipas susah mati" agak2 apa yang korang bayangkan? 

          






En Wikipedia bagi maksud :

- Kipas-susah-mati merupakan bahasa pasar ("street slang") moden yang bermaksud peminat setia terhadap sesuatu perkara (orang, permainan, kumpulan muzik dan sebagainya). Ia merupakan satu terjemahan secara harafiah bagi istilah Inggeris die-hard-fan.
- Istilah ini dipercayai dipopularkan melalui penerbitan komik-komik GempakStarz seawal 2005.  
En Wiktionary pula kata memberi maksud "Kipas susah mati":

Kata nama : Seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu atau seseorang; peminat tegar.  Dia sememangnya kipas-susah-mati manga. 
Etimologi : Terjemahan kasar frasa Inggeris die-hard fan. Dipopularkan oleh majalah komik GempakStarz. 
Sebutan : Kamus Dewan: ki·pas su·sah ma·ti 
Tulisan Jawi : كيڤس-سوسه-مات
Tesaurus (Sinonim) : Peminat setia

Habis aku godek En Google cari maksud "Kipas susah mati"...
Adakah saya sudah tiada kerje???
-------Agak la-------- =_=''' 

3 comments:

  1. daa kalo dlm bi ape eh? takkan fan club? hmm

    ReplyDelete
  2. fan club??
    Macam persatuan kipas2 je..hehe

    Dlm BI :
    Die-hard-fan

    ReplyDelete
  3. hahaha. thanks for sharing. blurr jugak bila org duk sbut kipas susah mati. olskul betul . tssk tssk

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe