Thursday, February 20, 2014

"Expectation" terhadap kawan

Susah juga nak bersangka baik. Perkataan lebih tepat ialah berlapang dada.



Kadang2 kita tersalah sangka siapa yang bakal hadir dalam hidup kita. Sangkaan kita dia adalah kawan sejati kita. Selalu bersama kita. Ajak makan, bermain dan belajar bersama sudah dianggap kawan sejati. Haha. Tetapi bila kawan tu dah tak endahkan kita bila dia jumpa kawan dia sorang lagi, mulalah terasa hati. Bila dia tak ajak kita bersama dia selepas kelas padahal sebelum ni bersama je dah mula rasa dia dah tak kawan dah dengan kita. Tak ajak lunch mulalah rasa macam2. Rupanya sedar, dia cuma kawan kita bersebab. Bila rasa nak riadah dia cari kita. Alang2 riadah tu dinner sekali. Bila ada program baru bersama. Tetapi dalam program tu bila dia dah jumpa geng dia, dia tinggalkan kita macam tu je. Nasib badanlah. Nampak macam luahan hati pulak dah.

Tetapi itulah. Sangkaan kita selama ini salah. Selalu letak "expectation" tinggi kat orang. Bila kenal seseorang dan rasa dah rapat mulalah "expect" orang tu layan kita, sering bersama, "together gether"lah kononnya. Itu cuma dalam khayalan. Walaupun dah sedar itu semua khayalan tetapi nak juga mengharap macam tu. Bila tak dapat mulalah nak asingkan diri.

Bila tengok balik ia kembali pada diri kita juga. Kenapa kawan tu buat macam tu kat kita? Mungkin kita pernah buat macam tu kat orang lain. Kesian orang tu. Dah macam hukum karma pulak. Mungkin ada kekurangan kat diri kita buat kawan tu lebih selesa dengan orang lain. Sememanglah. Si penulis ni pun banyak mendengar dari bercakap. Lagipun nak cerita apa. Aku tak sama macam diorang. Terasa macam aku ni duduk dalam dunia lain. Apa yang diorang cerita menjadi "alien" bagi aku. Teruk sangat dah si penulis ni. Agak2 topik apa yang boleh buat aku buka mulut? Cerita pasal pelajaran, gadget, software, hobi, buku ke baru best. Sah budak skema dan membosankan. Boleh pulak label diri sendiri.

Jadi, dah jadi macam tu kenalah buat sesuatu.
Setakat ni solusion yang aku nampak...
Buat hal sendiri. Bila dah mula buat hal sendiri dah tak ingat orang lain dah.
Dah macam mengasingkan diri pulak.
Entahlah. Setakat ini teknik ni sahajalah dapat menimbulkan ketenangan.
Tak fikir tentang orang. Buat benda yang diri rasa puas.
Macam parah situasinya.

P.s : Nasib baik tak duduk asrama sejak zaman sekolah.
Tetapi kalau aku duduk asrama mesti situasi sekarang dah berubah.

Monday, February 17, 2014

Tadabbur itu banyak definisinya.

Tiba2 teringat kata2 sesorang.
Tadabbur itu banyak definisinya.
Tadabur Al-Quran sudah semestinya.
Menghayati maknanya dan pengajaran yang sudah tertulis didalamnya.

Tadabur alam.
Menghayati keindahan alam.
Melihat kitaran alam.
Meneladani mengapa diciptakan begitu.

Pernahkah kita menyangka mengapa Allah ciptakan nyamuk?
Nyamuk haiwan yang kecil dan berpotensi membawa wabak kepada manusia.
Tapi pernahkah kita terfikir kenapa ada nyamuk?
Pernahkah?

Pernahkah juga kita terfikir, mengapa Allah menciptakan kelkatu.
Kehadirannya yang merimaskan.
Kelkatu pula hanya tertarik dengan cahaya.
Pernahkah?

Setiap ciptaannya tak sia-sia.
Ada hikmah ingin dikhabarkan untuk manusia.
Bukankah alam itu lembaran Al-Quran yang terbesar.

Tak lupa juga tadabbur manusia.
Meneladani sifat2 manusia yang baik.
Menjauhi sifat2 manusia yang tidak baik.
Malah tidak mengulanginya kembali kepada manusia yang terdekat dengan kita.

Setiap yang kita lihat, dengar dan rasa.
Ada terselit pengajaran dan hikmah tersendiri.
Hanya manusia yang berfikir mampu mencari hikmahnya.
Hanya manusia yang berfikir.
Banyak juga ungkapan ini diulang di dalam Al-Quran.

Maka, jangan berhenti mencari hikmah.
Kita dapat berjalan dimuka bumi ini adalah atas rahmat Allah.
Apa yang berlaku pasti ada sesuatu yang Allah nak kita pelajari.
Mungkin teguran dari-Nya.

Pasti tertanya tanya mengapa perlu mencari hikmah?
Kerana orang yang mencari hikmah akan merasa tenang.
Bila suatu musibah menimpa diri, dia akan tenang.
Kerana dia tahu ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.
Bila suatu kebaikan datang, dia pasti akan bersyukur.
Kerana dia tahu kebaikan itu datang dari Allah.

[Sumber]
Tak percaya? Cubalah. Anda pasti akan merasai perubahannya.

Sunday, February 16, 2014

Ketaatan mana yang harus didahului?

Klik di gambar untuk tumbesaran
Artikel itu diambil dari fb. Lecturer yang menulisnya.
Setelah membaca artikel baru sedar yang kita kaum perempuan ada ketaatan lain yang harus dipenuhi.
Kita harus taat suami setelah berkahwin. 

Ada suatu kisah dimana ibu sedang sakit. Anak lelaki tidak menghiraukan ibunya yang sedang sakit. Si anak perempuan rasa bertanggungjawab untuk menjaga ibu walaupun seharusnya tanggugjawab menjaga mereka jatuh ke atas anak lelaki. Yang lagi sedih bila anak lelaki tidak mahu bertanggungjawab malah melepas tangan tentang hal ibunya. Tambah lagi bila si ibu pula tidak faham dan sering meminta anak perempuannya menjaga mereka walaupun anak perempuan mereka sudah bersuami kerana sudah tidak mahu bergantung lagi dengan anak lelaki mereka. Sedih bukan. Bertambah rumit lagi bila anak perempuan ini meminta izin pada suaminya supaya dia boleh menjaga ibunya tetapi tidak diizinkan oleh suaminya kerana sudah menjadi tanggungjawab si anak lelaki itu untuk menjaga ibunya. Ini kisah benar dan agak sedih jika perkara ini berlaku.

Dengan itu, kita sebagai anak perempuan yang belum berkahwin hendaklah sentiasa berbakti buat ibu dan bapanya. Selagi kita belum berkahwin, kita masih boleh bersama ibu dan bapa. Buatlah apa yang kita mahu. Menolong mereka. Menjaga mereka. Buat mereka gembira. Bercerita dan bergurau senda. Setelah berkahwin, kita akan bersama suami dan selalu mengikut perintah suami. Waktu itu masa kita bersama keluarga kita semakin kurang. Jadi hargailah masa bujang ini. Betapa sayang bila kita mensia-siakan waktu bujang kita dengan benda yang boleh membuat kita semakin jauh dengan keluarga kita. 

Komen dari kisah tadi, seharusnya masing2 harus faham tentang siapa yang patut mereka dahulukan. Tidak kira si ibu, si anak perempuan dan si anak lelaki. Mana2 yang tahu silalah nasihat kepada yang tak tahu. Nasihat dengan berhemah. Keluarga kita, adik beradik kita, bila dinasihat dengan elok2, InsyaAllah terbuka hati mereka untuk menerimanya. Masing2 harus melaksanakan tanggungjawab masing2. Bila sudah bercelaru tanggingjawab, ada benda yang tidak best akan berlaku.

P.s : Hurmmm... Tetiba cerita pasal ni pula.
Bapak pernah cakap kalau dia panjang umur dan anak perempuan dia dah kahwin, dia tak kisah kalau anak perempuan tak jengguk dia langsung walaupun dia tengah sakit. Dia pesan yang anak perempuan yang sudah berkahwin, tanggungjawab dia adalah suamin dia. Huhu... sedih dan sayu pula..



Saturday, February 15, 2014

Dakwah jalanan


Street dakwah...
Tidak begitu senang dan tidak susah nak buat.
Berbagai cara sebenarnya untuk berdakwah.
Berdakwah itu bukan sekadar berkata terus tentang agama.
Terus berkata agama dia salah dan mengatakan agama kita adalah benar.
Ada caranya.

Kali ini pendekatan yang halus dikenakan.
Mendekati mereka bukan untuk menceritakan tentang agama.
Mendekati mereka dengan bertanya tentang perayaan mereka.
Perayaan yang masih hangat dirayakan iaitu perayaan tahun baru cina.
Mendekati mereka dengan bertanya apa yang mereka tahu tentang tahun baru cina.
Bagaimana mereka meraikan, sejarah disebalik perayaan tersebut.
Diselit dengan pertanyaan tentang pengetahuan mereka tentang tahun baru islam iaitu maal hijrah untuk melihat sejauh mana pengetahuan mereka tentang perayaan orang islam.

Rata2 mendapat sambutan positif.
Mereka lebih mesra bila kita mendekati mereka untuk mengetahui budaya mereka.
Golongan muda yang berpelajaran lebih senang didekati berbanding golongan tua.
Di akhir pertemuan di beri kad jemputan ke majlis makan2 sempena tahun baru cina.
Tak salah menjemput mereka dan ajak mereka makan. Inilah cara untuk menjalinkan hubungan dan seterusnya menarik mereka ke arah Islam.

Seronok menyertainya walaupun tak dapat menjemput sesiapapun.
Barangkali faktor lewat ketibaan sehingga ramai orang cina sudah balik dari jogging.
Orang cina bangun awal pagi dan jogging. Baru dapat rasa nyamannya pagi.
Dan juga faktor teriknya mentari sampai tersalah tafsir pengunjung.
Seringkali menemu bual orang melayu yang disangka dari awal yang orang itu orang cina. Cerah2 kulit orang melayu hari ini. hahaha

P.s : I need to break the ice. My ice is too big.
That is the main point and the determinant for successful street da'wah.
It is how to break your ice when to approach non muslim. Dare or not?

Amalkan gaya hidup yang sihat yeah!

Kenangan berfutsal semalam tersangatlah indah.


Jaringan padu dan goaaal

Memang goal pun. Atas bantuan pemain berpengalaman. Haha...
Akibat bermain futsal buat pertama kalinya.
Nah, sakit kaki dan lenguh badan.
Masih terasa kesakitannya.
Makin meningkat usia makin tak larat badan.
Belum masuk 30 an lagi.
Lembiknya kamu.

Cuba lihat embah di kampung.
Dah 70 an tapi masih kuat bekerja.
Pagi2 kemas halaman rumah dan rumah.
Bagi ayam makan.
Kerjakan pokok2. Siram dan baja pokok.
Lepas zohor mengajar budak2 mengaji.
Ada sahaja urusan dia.
Kadang2 tolong jiran merewang.

Pernah telefon embah.
Kadang2 dia angkat telefon. Kadang2 tak.
Hanya waktu tertentu je dia free.
Setiap hari dia sibuk.
Tapi dia masih kuat.
Kita cucunya pun buat kerja sikit sudah lembik.

Kena contohilah generasi yang lepas ni.
Kena biasakan bekerja kuat dan bangun awal itu penting.
Embah sihat dan kuat pun sebab dia jenis suka bangun awal.
Pukul 5 pagi pun dia sudah bangun.

Jadi, elakkan amalan tidur selepas subuh
dan amalkan gaya hidup yang sihat.
Demi menjadi generasi muda yang sihat dan cergas.

P.s : Cina pun bangun awal pagi untuk jogging.
Kita orang Islam Subuh sudah bangun. Takkan nak tidur balik? 
Dush dush kena balik kat diri sendiri.

Selamat jalan twitter dan insta


Dua aplikasi ni sudah selamat deactivate.
Tinggal facebook dan blogger je.

Kenapa deactivate?
Rimas.

Orang sudah mula menilai kita tentang siapa kita di alam maya.
Mereka tidak menilai tentang diri kita yang sebenar.

Benar kata orang.
Tulisan itu tidak bernada.
Lain orang lain nada bacaan.
Tak kurang juga persepsi.
Lain orang lain penilaian dia tentang kita.

Aku tak nak hidup dalam dunia fantasi.
Alam maya.
Alam yang diwujudkan oleh manusia.
Mungkin pada mulanya tujuannya supaya manusia boleh berhubung
mengeratkan silaturrahim
tak kurang juga memudahkan mencari informasi.

Tetapi bila wujudnya media sosial,
ia mewujudkan satu era yang pelik.
Era menunjuk-nunjuk apa yang dia ada.
Kadang kala tak sedar orang lain yang tidak merasa
sedang mengigit jari.
Era menunjukkan siapa follower atau friend paling banyak.
Era menunjukkan siapa retweet atau komen paling banyak.
siapa status paling gempak atau islamic
Tak tahan like paling banyak.
Berlumba lumba menunjukkan kelebihan sendiri

Muncul pula keyboard warrier.
Lagi parah dengan kemunculan smartphone.
Boleh semak begitu mudah melalui mobile phone.

Lama kelamaan aku makin mempercayai artikel ini :

Cubalah search artikel kat google news tentang facebook.
Sudah banyak kajian menunjukkan keburukan lebih banyak dari kebaikan.
Ia sedikit2 memberi kesan terhadap psychology seseorang itu.

Dengan itu,
Biar aku mengundur diri.
Dari alam yang tak nyata itu.
Aku wujud dalam jisim yang nyata.
Cukup cukuplah.
Fokus tujuan hidup kembali.

P.s : Menunggu masa sesuai untuk deactivate facebook.
Wassap pun menunjukkan gejala yang sama. Hurmm

Tuesday, February 11, 2014

Al-Quranul Karim Kalamullah

[Sumber]
"Embah kalau ajar mengaji, satu hari baca satu ayat.
Diulang ulang ayat tu sampai betul sebutan, panjang, denggungnya.
Selagi tak baca betul, takkan alih ke ayat seterusnya.
Sampai boleh hafal ayat tu bila diulang ulang"

Tiba2 terkenang cerita bapak,
Dari cerita bapak tu dapat lihat kesungguhan embah2 dulu2 mengajar mengaji.
Belum cerita garangnya diorang bila mengajar mengaji.
Dari situ dapat lihat objektif diorang.
Betapa amanah dan jujur bila mengajar kalam Allah.
Mereka tak kejar berapa kali katamnya Al-Quran.
Mereka kejar kesempurnaan bacaan.
Dapat hafal terus ayat tu lagi bagus.
Padanlah bapak boleh tahu anak dia baca salah 
walaupun dia tak tengok anak dia baca.
Huahaha... Kantoi masa tu...

Bapak juga pernah cerita,
Dia boleh tahu orang tu pandai ke tidak melalui cara dia mengaji.
Kalau orang tu pandai mengaji, bacaan dia lancar, orang tu mesti pandai.
Kalau orang tu bacaan sangkut2, lambat, orang tu mesti lembap sikit.
Itupun kalau orang tu pernah mengajilah.

Mengaji mengajar orang itu fokus.
Berfikir sebelum menyebut setiap kalimah.
Setiap kalimah ada hukum tajwid tersendiri.
Ada yang di baca panjang, pendek, denggung.
Kalau tak fokus, tunggang langgang bacaannya.
Tambahan pula bila hukum tajwid sudah lupa.

Dan juga melatih diri bersikap amanah.
Walaupun baca al quran sorang2
sorang2 pun malaikat kiri dan kanan dengar
Allah juga.

Ayuh!... Bacalah dan tadabburlah.
Satu2nya bahan bacaan yang tidak akan bosan bila membacanya.
Betul... Percayalah...


Al-Quranul Karim Kalamullah
Dah lama tak dengar.
Kan best kalau tv9 petang2 pasang rancangan macam ni lagi.

Simpan terus kalkulator tu

"Sister, where is your calculator?. 
Don't you bring it?. 
Do you keep it in your bag??!

Ok class. For your information, this is calculation class. 
If you don't bring calculator or keep calculator in your bag, 
it is better for you to drop this subject!."

Ha ha.
Padan muka kena marah.
Baru kena marah dah tarik muka.
Cuba kalau hari2 kena marah kat tempat kerja.
Takkan hari2 nak menangis kot.
Terus berhenti kerja.
Cengeng. Mengada ngada.

Itulah. Simpan lagi kalkulator tu kat beg.
Lecture kat depan siap bawak keluar kalkulator.
Kamu simpan kalkulator dalam beg.
Memang sedap kena marah.
Pastu tak puas hati pula kena marah.

Campak ego tu dalam tong sampah.
Kamu datang sini nak belajar.
Mengaku jelah salah sendiri.

Kira bagus apa lecture macam tu.
Mana nak dapat lecture tegur student kat dalam kelas.
Sekurang kurang dia prihatin.
Ada komunikasi dua hala.

Inilah masanya untuk kamu fokus.
Semester terakhir. Buat betul betul.
Serius Bella!

[Sumber]
P.s : Simpan lagi kalkulator dalam beg ye.

Sunday, February 09, 2014

Beruntunglah kamu atas nikmat keluarga itu.

[sumber]
You are lucky because you have a complete family.
You have father, mother, sister and little brother.

Sangat bertuah.
Berapa ramai antara kita rasa bertuah?
Bertuah bila ada keluarga.

Bapak yang selalu bagi nasihat.
Seorang motivator yang baik.
Ada sahaja nasihat dari dia.
Nasihat dia bukan datang secara terus tapi tersirat.
Adakala dia bagi situasi, cerita pengalaman dia.
Dia nak anak dia berfikir.

Emak sememangnya hebat.
Siapa sanggup bekerja untuk sara sebahagian belanja rumah dan kelengkapan anak.
Kadangkala tiada sesen pun tinggal untuk dirinya yang penat bekerja.
Demi menempuh kehidupan sara hidup yang tinggi.
Pagi bekerja, petang tukang masak, malam menjadi ibu.
Begitulah seharian.
Sampai dia mampu mengerah tenaga dan kuderatnya.

Adik perempuan yang kental.
Lebih kental dan berani dari kakaknya.
Kadangkala dia yang banyak bagi nasihat kat kakak dia. Haha
Menurut perintah tanpa disuruh.
Dah besar barangkali.

Adik lelaki yang meningkat remaja.
Masih kanak2 tetapi kadang2 terlebih matang.
Sangat menjaga kakaknya. Garang.
Masih terlihat kebendulannya.

Lihatlah ahli keluarga masing2.
Bapak, emak, abang2, kakak2, adik2.
Ingatkan tentang mereka satu persatu.
Tentang kebaikan mereka.
Sayangkah kita?

Ya, mereka pernah buat silap.
Tetapi jangan biarkan kesilapan itu memadamkan kebaikan mereka.

Hargai mereka selagi mereka ada.
Berbakti kepada mereka.
Doakan mereka.
Sayangilah mereka.

Jangan tunggu hari esok.
Kelak menangis di tepi kubur.

Channel youtube masakan

Sejak dah bosan layan facebook ni, dah timbul tabiat baru pula iaitu layan youtube.
Layan youtube channel masakan pulak tu. Hahaha


Search kat youtube : Runnyrunny999

Caution : 
Banyak bahan non halal ingredient digunakan dalam masakan dia.

Jadi kenapa tengok?
Biar bukak mata sikit supaya jangan senang wenang 
accept makanan jepun di restorant.
Walaupun hanya sushi. hahaha

Selain tu dapat tahu betapa teliti dan pembersihnya orang jepun.
especially bab makan.
situasi ini hanya diterima dalam homemade food ye.


Search : Jung Sungha atau jwcfree

Err, ini bukan channel masakan.
Channel halwa telinga mungkin.
Best dia main guitar.
Bukan pemain guitar biasa tau.
Suka dengar dia main lagu royal dan lagu dari kumpulan bigbang.
Sangat Osem!
Orang berbakat bolehlah...

P.s : Hendak 1000 daya, Tak hendak 1000 dalih.

Saturday, February 08, 2014

Bahana hidung tersumbat dan selsema

Sejak nak habis cuti semester lepas adalah juga terkena gejala selsema.
Dah baik kejap tiba-tiba datang balik. Alah dengan makanan kot.
Tak demam tapi hidung tak habis habis keluar air.
Diagnosis macam aku ni doktor. hahaha

Semalam search google cara nak hilangkan hidung tersumbat.
Antara petuanya :

1- Minum banyak air
P.s : Dah berbotol botol minum. Tinggal nak berendam dalam kolam je.

2- Makan benda pedas
P.s : Baru belasah 2 biji cili api tadi. haha

3- Hidu minyak kayu putih
P.s : mana nak cari minyak kayu putih ni...?

Last sekali dapat petua dari kawan : Hidu....


Walaupun hidung tersumbat bukan disebabkan demam, 
tapi bolehlah melegakan hidung tersumbat.
Kini selsema pula datang menjelma.

Sekarang search google macam mana nak hilangkan selsema.
Antaranya :

1- Lumur kunyit hidup kat hidung.
P.s : Kat mana nak cari kunyit hidup kat mahallah ni?

2- Makan ubat selsema.
P.s : hurmm

3- Minum 100 plus
P.s : Ok.

4- Makan pisang.
P.s : Pisang pun boleh hilang selsema.

5- Tidur.
P.s : Dah banyak tidur hari ni.

Haih, susah2 pergi jumpa doktor jelah. Rajin ke?

"When I'm Ill, It is He who cures me"

p.s : look familiar?
Siapa pernah berurusan dengan klinik uia tahu lah.
esok pergi beli pisang dengan oren ek. eh?