Saturday, February 23, 2013

Ginger... Halia... Ginger...

Ginger? 
Bukan Ginger tu Halia dalam bahasa melayu ke?
Boleh jadi...
Tapi saya merujuk Ginger sebagai sebuah software.
Pernah dengar?
Pernah nampak?

Icon Ginger... Hai...

Ginger ni sejenis software percuma untuk meninggkatkan kualiti karangan bahasa inggeris dari segi grammar, punctuation dan spelling. (Baku + rojak bahasa ayat aku nih). Untuk tahu lebih lanjut tentang Ginger boleh rujuk di wikipedia [Link]. Jangan risau software ni sangat 3000x sangat berguna buat mereka yang banyak kena buat report dalam bahasa inggeris. Nak check satu-satu ayat memanglah tak sempat. Banyak lagi report nak kena siap. Lecture pula nak perferct aja. Salah grammar kena tolak markah. Tak pening kepala gitu. Tambah saya ni buat ayat english masih tunggang langgang. Kejap tambah 's'. Kejap letak 'ing', 'ed' kat belakang perkataan sesuka hati. Itu saya, saya pasti anda pasti lagi power buat ayat bahasa inggeris dari saya. Hehe... 

Software ni free. Boleh install dari website -> http://www.gingersoftware.com/

http://www.gingersoftware.com/
Software ni tak berat. Free from virus. Ia hanya berfungsi kat Microsoft Word, Microsoft Power Point, Internet Explorer, Firefox dan Google Chrome. Setiap kali anda mahu tulis sesuatu, dia akan automatik detect kesalahan selagi ada internet connection. Kepada yang berminat boleh install. Ia akan sertakan sekali tutorial bagaimana nak guna software ini

P/s : Dah ramai orang guna, anda bila lagi?

2 comments:

  1. bagus jugak software ni...boleh detect terus semua kesalahan...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan3... Seronok...
      Tak rugi... alang2 free...
      Sambil detect kesalahan tu boleh belajar grammar sekali...
      Lama dah boleh agak mana kesalahan kita... :)

      Delete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe