Sunday, February 24, 2013

Induction QYC : The Owesome Race KL

Gambaran sepanjang aktiviti hari ini... 

Moment yang mendebarkan...

Map paling Legend... Haha

Ticket bas pun boleh...

Hee Hee...
Boleh taruk 3 gambar je.
Yang lain jadi tatapan sendiri.
(padahal gambar ada kat member)

Sebenarnya pagi tadi ada induction. Macam biasalah, bila dah sertai salah satu organisasi kenalah sertai aktiviti yang terpenting iaitu induction untuk saling kenal mengenali antara member baru dan lama, eratkan ukhwah dan menerangkan lebih terperinci tentang aktiviti yang organisasi itu jalankan. Induction kali ini ada nama special dia iaitu "The Owesome Race KL". Apa kena mengena race dengan induction? Diorang namakan sebegitu kerana dalam race atau dengan kata lain explorace itu terselit element2 biro QYC itu tersendiri. Dalam setiap check point ada element dari biro street da'awah, twilight, telesqop, media dan finance. Sepanjang explorace kitorang kena agihkan pamplet tentang islam kepada non muslim serta menerangkan serba sedikit tentang islam kepada mereka. Sambil berlari-lari ke checkpoint seterusnya kitorang kena jual barangan untuk mendapat wang perbelanjaan pergi balik dan makan. Ada checkpoint kena tadabbur ayat quran. Lepas tadabbur kena cari ibrah dalam ayat tu dan terangkan kepada orang awam yang beragama islam. Ada juga checkpoint yang kena cari orang awam untuk translatekan makna terjemahan surah yang tahu bahasa selain dari bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa tamil. Tak lupa checkpoint yang menguji kretiviti kitorg dengan menghasilkan sebuah video da'awah dan poster program dengan hanya menggunakan kertas warna dan alatan mewarna yang lain. Terasa kekok sebab selalunya buat poster program pakai software. Hue Hue Hue... Chekpoint terakhir tentang mencari isi penting dari sebuah karangan yang tak berspacing. Nak juling mata tengok karangan tu. Setiapperkataanbersambung. Lebih kurang macam tulah. 

Apa yang saya dapat dari berlari-lari sakan? Heh?
Banyak benda dapat belajar. Yang paling mencabar buat saya bila nak kena approach orang awam dan kena terangkan serba sedikit tentang Islam. Part tu memang tak reti. Rasa malu sangat sebab terasa siapalah kita untuk berkata tentang Islam jika kita sendiri kurang ilmu tentang Islam. Terasa yang diri ni masih banyak kekurangan. Tetapi kalau part praktikal saya masih boleh. Saya boleh lagi nak tunjuk akhlak2 yang baik selagi saya mampu. Tak menipu, hormat orang, jaga kebersihan, sentiasa jaga pergaulan, berbuat baik dengan orang, bersederhana, sedekah tak kira dengan harta mahupun tenaga. Kiranya macam "silent da'awah". Baru dapat perkataan tu tadi. Solusinya, dah tahu kurang ilmu kenalah tambahkan ilmu. Tak lupa juga kena belajar adab2 ketika berda'awah dengan orang awam. Kena ada caranya kalau nak lebih berkesan.

Sebelum explorace ada group binding. Alamak, spoil lah. Terasa banyak diam dari berkata-kata. Saya budak baik. Jadi pendengar setialah nampaknya. Lagipun hall tu bising sangat. Penat menjerit. Uhuk3... Tak payah nak batuk2 sangat. Banyak betul alasan. Terimalah hakikat yang saya memang tengah blur masa tu. Sepanjang masa blur. Hurm...

P/s : Terciptalah sebuah memori hari ini. Semoga memori ini dapat mematangkan kita untuk menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar serta merapatkan ukhwah sesama biro lain. Cabar diri anda untuk buat sesuatu kelainan. Sampai bila kita hendak tinggal di tangkuk lama... Zaman makin berubah beb...

Saturday, February 23, 2013

Ginger... Halia... Ginger...

Ginger? 
Bukan Ginger tu Halia dalam bahasa melayu ke?
Boleh jadi...
Tapi saya merujuk Ginger sebagai sebuah software.
Pernah dengar?
Pernah nampak?

Icon Ginger... Hai...

Ginger ni sejenis software percuma untuk meninggkatkan kualiti karangan bahasa inggeris dari segi grammar, punctuation dan spelling. (Baku + rojak bahasa ayat aku nih). Untuk tahu lebih lanjut tentang Ginger boleh rujuk di wikipedia [Link]. Jangan risau software ni sangat 3000x sangat berguna buat mereka yang banyak kena buat report dalam bahasa inggeris. Nak check satu-satu ayat memanglah tak sempat. Banyak lagi report nak kena siap. Lecture pula nak perferct aja. Salah grammar kena tolak markah. Tak pening kepala gitu. Tambah saya ni buat ayat english masih tunggang langgang. Kejap tambah 's'. Kejap letak 'ing', 'ed' kat belakang perkataan sesuka hati. Itu saya, saya pasti anda pasti lagi power buat ayat bahasa inggeris dari saya. Hehe... 

Software ni free. Boleh install dari website -> http://www.gingersoftware.com/

http://www.gingersoftware.com/
Software ni tak berat. Free from virus. Ia hanya berfungsi kat Microsoft Word, Microsoft Power Point, Internet Explorer, Firefox dan Google Chrome. Setiap kali anda mahu tulis sesuatu, dia akan automatik detect kesalahan selagi ada internet connection. Kepada yang berminat boleh install. Ia akan sertakan sekali tutorial bagaimana nak guna software ini

P/s : Dah ramai orang guna, anda bila lagi?

3rd Week of the semester 2, 2012/2013

Cepat masa berlalu. Tup... Tup... dah minggu ke-3.
Banyak benda nak tulis kat sini sampai tak tahu nak mula dari mana dan nak letak tajuk apa kat sini. Haha...
Firstly, nak perkenalkan kawan baru saya...
Maid Maiden... Last series... Finally...
The Muqaddimah-Ibn Khaldun
Quantum Tarbiyah - Solihin Abu 'Izzuddin
Mudahkan Jangan Susahkan - Syed Alwi Alatas
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Hamka

Semester kali ini berazam nak jadi ulat buku. Sebenarnya ada banyak lagi koleksi buku dan kebanyakkannya buku motivasi. Sedang mencuba genre berat macam buku The Muqaddimah-Ibn Khaldun. Hurm, tetiba gatal tangan beli buku tu dalam terjemahan bahasa inggeris padahal ada je terjemahan dalam bahasa melayu. Takpe, dapat tambah vocab dan biasakan diri dengan gaya bahasa yang begitu berbunga-bunga. Buku economics pun lebih kurang berbunga juga gaya bahasa. hoho... Sekadar nak mengisi masa lapang. Sambil2 tunggu orang boleh baca jap. Tengah tunggu program bermula ke. Dalam train nak balik rumah ke atau tengah tunggu bas ke. Rugi kalau masa tu dibuang macam tu je Dari pada duduk fikir benda tak berfaedah baik baca buku. Bertambah sikit ilmu.

Perasan tak ada buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck kat gambar tu. Siapa pernah baca?
Betapa teruja bila terjumpa dan memiliki buku tu. Bukan senang nak jumpa.
Saya dalam proses membacanya. Banyak nilai murni dapat diambil dari kisah dalam novel tu dan sangatlah relevant dengan situasi sekarang. 

Secondly, seperti biasa sebagai pelajar universiti dipertanggungjawab dengan homework, assignment, group presentation dan exam. Jadi kena serius sedikit. Dah kena amalkan baca dulu sebelum masuk kelas. Bila tak faham kena tanya. Jadi peramah dan sabar dalam mengendalikan kerja berkumpulan. Cuma semester kali ini saya agak berani sedikit. Berani untuk tegur kesilapan dan belajar dari kesilapan orang lain. Sebelum ini saya agak berlembut sedikit kerana nak menjaga hati orang lain. Kali ini saya nak jadi penasihat yang baik. Nak buat mereka sedar atas kesilapan mereka. Jika mereka mahu tegur saya pun tak apa. Saya terima teguran mereka.

Thirdly, ...
Nak cerita 2 kisah yang saya rasa agak kelakar dan mengajar kita tentang sesuatu.
Kisah pertama :
Saya ada pergi sebuah kedai buku terkemuka. Ketika itu saya seorang diri dan memakai beg galas. Saya masuk dan pergi ke setiap rak buku. Bila saya pergi ke setiap rak buku, saya akan ambil buku yang saya rasa menarik dan membelek-belek buku tersebut. Mula melihat sinopsis dahulu kemudian isi kandungan. Kadang2 tu saya tawaf 2, 3 kali ke tempat yang sama sambil pegang buku yang masih belum dibayar. Aksi saya ini tidak disenangi oleh seorang pengawal kedai buku tersebut. Ketika saya sedang belek2 buku, dia berdiri sebelah saya. Gaya dia mahu cakapkan sesuatu. Bila saya hampir2 berdekatan dengan pintu kedai buku tu, dia dah ambil langkah berdiri di depan saya. Saya pergi berdekatan dengan pintu kedai tu sebab ada buku yang menarik kat situ. Dalam hati terdetik juga, takkanlah aku nak bawa lari buku yang tak berbayar ni. Agak2lah. Disebabkan geram sangat, saya pergi kaunter, bayar buku tu dan terus pergi. Agaknya saya jadi suspecious sebab sebelum ni ada kes orang curi buku yang masuk ke kedai buku seorang diri dengan berbeg galas.

Kisah kedua :
Baru2 ni, saya ada naik teksi ketika mahu balik ke universiti. Buat pertama kali saya jumpa pemandu teksi yang peramah. Habis dia cerita pasal kampung dia, pekerjaan dia dan macam2 lagilah. Ketika nak masuk ke gate besar universiti, dia kena tunjuk pas. Saya tanya dia sejak bila kena tunjuk pas bila nak masuk sebab sebelum ni takda pula kena buat begitu. Dia kata baru lagi sejak orang atasan tukar baru. Bila orang baru naik makanya sistem pun bertukar. Sistem kali ini, setiap kali teksi masuk kena tunjuk pas dan ada beberapa procedur yang kena buat untuk dapatkan pas. Dia kata, sepatutnya pihak sekuriti periksa penumpang sekali. Ini periksa pemandunya sahaja. Dalam hati aku mengiakan je. Ada betul juga katanya. Terfikir juga kenapa tidak diperiksa sekali penumpangnya.

Terbanyak pula saya menulis kali ini. Dah macam rojak.
Harap dapat pelajari sesuatu dari pengalaman saya dan saya akan terus menulis dan menulis.
InsyaAllah...

Tuesday, February 05, 2013

First day in sem 2, 2012/2013

How my first day?
Not bad...
Early in the morning, I get motivation booster.

Method of Da'awah textbook just to cover chapter 1 and 2 only...
Another chapter.......... cover in slide... uhu
Then, need to make use with the Bahasa Melayu class..
After 5 years I left my secondary school, today is the first time I heard teacher address herself as Cikgu.
Yeah, that is Bahasa class and it only happens in that subject. We need to use Bahasa Melayu baku in the class and we can speak in Malay in that class without limitation. I feel so heavenly.

At afternoon I have financial management II class.
Woah... I can't imagine how "interesting" the subject it is.
Bare in mind that every semester the subject becomes tough.
Wish me luck...

My last class for today (yesterday) is Organizational Behavior. 
I will learn about human behavior in an organization.
It looks interesting plus we learn it in the small class.
We can interact more with the lecturer.
Why I hate this subject before?
Maybe getting trauma with the fundamentals of this subject before.

Tomorrow (today)
I have Econometrics I class and Usul Fiqh II class.
After that queuing to get RM250 book voucher.
I need a book to read while waiting my turn to get the voucher.
May Allah gives me strength and patient to go through all the difficulty.

P/s : Remember what I have learned today.
Good night all the readers and recite the do'a before sleep.

Friday, February 01, 2013

My fault, My regret, My guilty... Again!

I need someone to talk.
But I don't know who I can tell all of these things.
My life becomes miserable now.

Yeah, I need to admit.
Be praise to Allah for giving me a chance to pass my exam
Even though my cgpa and gpa falling down.
Everything is ok.
I know my mistake.
I'm not serious in seeking knowledge.
I'm playing around.
Doing unnecessary things.
Lazy in revising the subject.
Just knowing to complaint everything.
Complaining the lecture, the books, the assignment...
The people surrounding me.
I just know how to complain.
But never know how to appreciate it.

I need to set a goal.
I need to search the purpose.
Why I'm being there?
Living in that university, comes to the class every day and learn.
What's the purpose?
Are you just blaming that subject become tougher and more tougher?
And you accepted that fact without finding a way to master the subject?
Where your strategy?

Come on...
Don't waste your time.
Don't waste taxpayer money.
You are not from the rich family.
How you want to support your family, my dear.
Please wake up my dear...

P/s : Now I feel uneasy when my parent asks about my result...
Why I don't realize it before???
Now I start feeling guilty...
I'm now working out my potential and effort into maximum..
What a waste...

[sources]

Ost Setia ke Hujung Nyawa... err

Seperti yang dah tertera kat tajuk kat atas ni,
korang mesti dah tahu cerita ni kan....
Jangan nak tipu kalau tak tahu...

[Sumber]

Kalau rajin bacalah novel dia... hehe [Sumber]

Sejujurnya, aku dah kemaruk tengok cerita ni. Sejujurnya juga memang tengah2 episod cerita ni nampak membosankan sebab asyik gaduh je tapi bila nak penghabis episod ni alamak seronok pulak cerita dia.  (Aku baru start tengok cerita ni bila dah episod diorang tengah bergaduh). Diorang ni bikin aku panas. Rasa nak kawin cepat pun ada. Geram tengok diorang bermanja bagai. Haih... Bahaya2. 

Yup, berkahwin tu memang seronok. Tetapi kena ingat dalam perkahwinan tu bermacam-macam benda nak kena jaga dan bermacam-macam dugaan boleh melanda. Bak kata allahyarham Tan Sri P.Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri". Haih... Jadi kena banyak2 sabar.

Tak sabar nak tengok ending cerita ni. Dalam novel kata ending mereka akan hidup happy ever after. Haraplah begitu. Aik, macam watak mereka wujud kat dunia sebenar pula. Sampai nak harap macam2. Itu cuma rekaan dan buah fikiran penulis. Jika sama tu kebetulan je. Yang penting mana yang baik kita ambil dan mana yang buruk tu dijadikan sandaran. 

Dalam cerita ni soundtrack yang paling lagend bagi aku --> Last minute_-_maafkan aku
Suka dengar bunyi gitar dia dan rentak lagu dia kelakar... Woho...

Nak berkongsi sikit, dalam cerita ni part mana yang korang suka?
Aku? Aku suka part L mula pandai memertahankan diri bila Zain buli L...
Nak tunjuk sikit yang isteri ni bukan untuk dibuli dan disakiti sesuka hati...
Korang pulak suka part mana?

P/s : Minggu depan dah nak habis cerita dia. Lagi 4 episod lagi... Huhu

Aku lihat...


Aku lihat keluargaku...
Emak, Bapak, Adik2...
Alangkah indahnya kalau universiti sebelah rumah...
Boleh hari2 balik rumah...

Aku rindu diri aku dahulu...
Pagi2 pergi sekolah,
lalui kehidupan seorang pelajar 
yang bertukar menjadi 360 darjah...
petang terkejar-kejar pulang ke rumah
aktiviti kokurikulum aku ponteng
siap gaduh ngan cikgu 
sebab tak beri komitmen dalam persatuan
kadang2  merempit naik basikal balik rumah
kena balik cepat
semata-mata nak jadi babysister...
ada terpaksa balik rumah sampai basah kuyup
sebab tak bawak payung...
sayu je masa tengah mandi hujan
sambil berfikir sampai bila aku harus begini...

Rindu...
Hari2 gaduh dengan emak
sebab malas nak baca buku...
Segala amarah emak sudahku lali...
kadang2 kena marah sebab bangun lewat,
tak basuh pinggan, melekat depan tv tengok cerita indon...
Degil...
Pemalas...
Hari2 gaduh dengan adik sebab bilik bersepah...
Bermain badminton bersama...
Lalui dugaan dan konflik keluarga bersama...
Aku rindu semua tu...

Sekurang-kurang aku tak rasa sunyi.
Aku ada mereka yang menghidupkan suasana...
walaupun aku ada simpan cita2 nak ke sekolah asrama
untuk lari kehidupan yang membosankan
tapi sekarang aku bersyukur
aku pernah rasai semua itu
erti hidup berkeluarga

Rupanya hidup di asrama tak seseronok yang digambarkan
sangat membosankan...
Aku rasa keseorangan
mungkin aku pendiam
tak ramah...
low profile...
sesiapa pun bosan kan...

Puteh...
Dia adalah seekor kucing...
Walaupun dia adalah haiwan,
walaupun dia tahu nak minta makanan,
walaupun dia tahu mengiau je...
tapi dia tahu untuk hargai aku...
sebab dia tahu,
aku je yang rajin layan dia,
rajin bagi makanan favourite dia...
dia pun tahu yang aku jarang kat rumah...
dia pun tahu aku akan balik asrama kembali...
dia menggunakan kesempatan untuk manja lebih...

Mood : Meniti hari2 ke kehidupan yang membosankan...