Hari ini saya hendak buat perkongsian sedikit tentang bagaimana nak konsisten (istiqamah) dalam ibadah kita. Bab nak kosisten dalam ibadah ni memang sukar bukan? Ya. Semua orang pasti mengalami bukan. Mengalami situasi dimana kita merasa malas dan terasa kurang motivasi untuk terus melaksanakan ibadah tersebut. Anda pernah dengar tak tentang mutabaah ibadah?
Diatas ini adalah contoh mutabaah ibadah. Mutabaah ibadah ini kiranya macam target kita untuk melakukan ibadah khursus. Kita boleh target untuk melakukan semua dalam list ibadah ini sama ada dalam seminggu/sehari/sebulan, mengikut kemampuan kita. Bebalik kepada topik kita, agaknya bagaimana kita nak konsisten dalam ibadah. Disini saya sertakan tips2 untuk kosisten dalam ibadah kita.
1- Sedar akan kepentingan masa.
Apa kaitan kepentingan masa dengan kosisten dalam ibadah. Bagi mereka yang jenis menghargai masa, mereka tidak akan menggunakan masa mereka untuk melakukan perkara yang sia-sia. Mereka menggunakan kelapangan masa yang ada untuk melakukan perkara yang berfaedah. Ini kerana masa lapang yang kita peroleh sekarang mungkin kita tidak akan dapat kembali di masa hadapan. Kita tidak dapat menarik kembali @ menggunakan kembali masa yang kita telah sia-siakan.
2- Pandai curi masa.
Untuk konsisten dalam ibadah, kita perlu pandai mencuri masa dalam melakukan ibadah. Hatta sibuk pun kita dengan urusan dunia, jangan kita lupakan hak Allah. Contohnya , kita mahu kosisten dalam membaca Al-Quran. Jika tak berkelapangan untuk membaca Al-Quran, cuba curi masa 10 minit untuk baca walaupun hanya banya sepotong ayat. Sekurang-kurangnya kita tidak tinggal langsung membaca Al-Quran melainkan bila ada keuzuran. Bila kita sekali tinggalkan Al-Quran, rasa nak membaca itu akan semakin pudar dan sukar untuk istiqamah kembali.
3- Merasai kepentingan dalam melakukan ibadah.
Bila kita mengetahui kelebihan melakukan ibadah, kita akan bersemangat untuk mahu melakukannya lagi. Kesemua ibadah yang dituntut untuk dikerjakan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Alangkah ruginya kita bila kita tidak melaksanakannya.
4- Jangan malu melakukan ibadah.
Kita tak perlu malu untuk melakukan ibadah di khalayak ramai. Sebagai contoh, kita mahu membaca Al-Quran di dalam LRT. Kita tahu yang kita punya kelapangan ketika berada di dalam LRT. Tetapi kita dalam dilema kerana segan dengan orang sekeliling. Rasa rendah hati membuak-buak kerana mengingatkan yang bacaan tidak berapa cantik dan risau akan dikata orang bahawa kita mahu menunjuk-nunjuk.
5- Mujahadah yang tinggi.
Berusaha untuk penuhkan checklist mutabaah ibadah itu hari2. Selalu buat target dan jika terget itu berjaya, boleh ganjari diri itu dengan benda disukai. Jika tidak mampu untuk penuhi seorang diri, mungkin boleh ajak kawan2 untuk penuhkan checklist itu bersama-sama. Ia boleh menimbulkan semangat untuk berlumba lumba memenuhkan checklist tersebut.
Marilah kita berlumba lumba memenuhi checklist tersebut ye.