Wednesday, October 26, 2011

Sudah jauhku terlajak

MasyaAllah...
Dah lama aku tak rasa begini...
Baru sebentar tadiku menanya khabar keluargaku..
Adakah mereka sihat?
Dah makan ke?

Rupa2nya ada sesuatu berlaku dirumah...
Aku terkesima mendengarnya...
Satu persatuku ingat kembali...
Betapa lekanya hidup aku disini...
Aku tak terfikir pun keadaan dirumah...
Mak kerja keras kumpul wang...
Untuk belanja dapur...
Bapak pening nak pusing duit...
Demi menyara adik2ku yang lain...

Tapi aku...
Aku terleka dengan duit pinjaman yang aku dapat...
Dengan duit yang aku pinjam,
Membeli benda yang tak sepatutnya...
Keluar kesana kesini...
Bergembira, Berseronok sakan bersama kawan2...
Tidak sedar yang ada orang sangat membuntukan wang...

Ya Allah...
Sedarkan aku...
Aku bukan dari keluarga yang senang...
Aku tak mahu semua nikmat yang aku dapat membuat aku leka...
Aku tak senasib dengan rakan2ku yang lain...
Dunia mereka jauh berbeza dengan dunia aku...

Aku kena selalu ingatkan diri aku...
Dunia aku tidak sama dengan dunia mereka...
Mereka tidak akan faham dengan kesusahan aku...

10 perkara Yahudi tahnak kita tahu

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Tuesday, October 25, 2011

Semut Bewarna-Warni



Seorang lelaki berjaya menangkap gambar yang begitu indah, iaitu gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya. Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Babu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.

Dia melakukan eksperiment dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.

Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen.

Mohamed Ba.bu atau dikenali Dr Ba.bu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.

Dia berkata: ‘Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur’

‘Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya’ . ‘Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kalu untuk mendapatkan image yang berkualiti’

Selain itu, Dr Ba.bu daripada Mysore, selatan India berkata:
‘Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan’

P/s : Lawa nye... Subhanallah....
Nak try guna air bandung pulak la... Nak tengok jadi macam mana...

Saturday, October 22, 2011

How to recover infected shortcut virus file?

1- click Start,
2- click Run, and type cmd


3- Command Prompt window will open, and type this attribute:

attrib -h -r -s /s /d g:\*.*

Note: Just replace g: of whatever your flash drive directory letter.




Then, click ENTER. See the result on the file at your drive.
Goodluck.

Source : http://www.jayrweblog.com/

Friday, October 21, 2011

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan?
Lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan.
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana membebel.
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
Persoalannya sekarang
Betul ke Allah x adil dengan perempuan
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa
Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
Masha Allah, hebatnya perempuan kan
Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap: 'Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap: 'Di sebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayangkan, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama.

Wahai kaum adam..
Hargailah wanita yg sentiasa berada di sisimu..
Bimbinglah dia, kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.

Adam, tegurlah Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.
Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.
Lindungilah dia dari fitnah dunia.

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi...

Thursday, October 20, 2011

RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1.Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw!

Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

Wednesday, October 19, 2011

Laut bergelora menjadi tenang

LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

-----------

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harian Metro
Baca Selanjutnya : [Link]

P/s : MasyaAllah. Betapa Allah memelihara al-Quran.

Monday, October 17, 2011

Santai bersama kucing... Part 1






Terus terang dengan saya, siapa kat sini takut kucing?
Kalau takut sila angkat tangan dalam hati.

Kucing adalah makhluk paling comel dan pembersih. Bila dia lapar, dia akan buat muka yang sangat comel dan gaya yang teramat comel untuk meminta makanan. Dia sendeng2 badan dia, dia guling2 kecomelan, dia mengiau dengan penuh kemerduan dekat tuan dia. (ada orang nak muntah ke?) Bila dia dah kenyang, dia akan jilat kaki dia, jilat badan dia, semua tempat dia nak jilat. Itu tandanya kucing adalah makhluk pembersih. Rugilah kalau korang takut dengan kucing. Rasa nak pegang2, cubit2 kucing tu. Setakat ini bebelan saya, jumpa saya lagi kat "Santai bersama kucing... Part 2".

P/s : Saya tengah stress dengan assignment yang satu lagi ni... Tambah pula kena tegur dengan roomate foreigner sebab tengok aku membebel bila kunci tetiba tersekat taknak masuk kan tombol pintu. Tapi serius, sejak petang tadi kunci tu buat hal. Kalau ok takdelah aku nak memekak kat depan pintu. Dia cakap aku terlalu banyak fikir sampai tombol pintu tu nak tercabut dibuat aku. Hahahaha... T_T...
Tengok kucing ,kat atas tu lagi bagus... Meow... Meow...

Bersentuhan dengan yang mana lagi baik?


Sabda Nabi: “Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” -Riwayat Ibnu Majah-

Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!

Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!

Sumber : Facebook

Sunday, October 16, 2011

Ter' rasa dengan perbuatan orang? Apa kes...

Nak rasa kecil hati dengan perbuatan orang?
Nak ter' rasa hati ke?
Tapi aku dah tak rasa apa2 dah...
Diorang nak marah ke, nak pinggir aku ke, nak sakiti aku ke,
nak sindir aku ke, nak benci aku ke, nak main2kan aku ke,
aku dah tak rasa apa2 pun.
Tak sedikit pun ter' rasa kecil hati.
Memang kadang2 tu ter' rasa juga.
Tetapi bila fikir2 balik, akhirnya aku juga mengalah.
Akhirnya aku lupakan sahaja dan anggap macam benda tu tak berlaku.
Aku anggap aku tak nampak apa2 pun.

Lagipun cuba cakap,
Siapa kat dunia ni tak pernah buat salah?
Ada ke orang yang bebas dari buat kesalahan?
Semua orang pernah buat salah...
Termasuklah aku...
Jadi adakah aku patut ter' rasa dengan orang yang buat salah kat aku?
Aku sendiri pun bukan manusia yang sempurna..
Aku sendiri pun masih buat salah juga.

Lagipun Allah pun masih sayangkan hambanya walaupun hambanya banyak buat salah...
Dia masih kurniakan rezeki, masih beri kesempatan untuk hidup.
Masih memberi peluang untuk bertaubat.
Walaupun hambanya tak reti2 nak bersyukur dengan kurniaan-Nya..
Jadi apa beza kita yang terang lagi bersuluh hamba Allah dengan pencipta kita iaitu Allah...

Kesimpulannya, S A B A R.
Jalanilah hidup dengan gembira tanpa memikir tentang orang.
Jadikan kesalahan orang terhadap kita sebagai panduan.
Kita tahu kita tak suka orang buat begitu kat kita,
jadi kita jangan buat begitu juga dekat orang.
Simple as that...

P/s : Assignment tak siap2 lagi... Need help... T_T

Let's change our habit & follow the sunnah...

Friday, October 14, 2011

Dialog Sengal : Adik

Anak : Mak, apa ade dalam perut mak tu?
Mak : Adik hang laa..
Anak : Mak benci adik ke??
Mak : Ehhh, nape ckp camtu? mak tak pernah benci anak mak..
Anak : Dah tu, nape mak telan dia???
Mak : Kalau mak tampaq hang kang, jangan tanya pasai pa, nohh...

P/s : Pernah tak adik korang tanya soalan ni?
Kalau dia tanya, agak2 korang nak buat apa dengan adik hang...

Thursday, October 13, 2011

Dialog Sengal : Ulat Gongok tak cukup kaki

amen : atuk sya ada teka teki untuk atuk ....

datuk : apa dea nak .. atuk sedia menjawabnya ...

amen : ok atuk degar ya...ulat gongok ada sratus kaki ...
knapa selepas dea melepasi sampah kakinya tinggal
99 ...

datuk : ermm .. ini snang ... psl kakinya tersangkut kat sampah ..

amen : salah lha tuk ....

datuk : ok atuk menyerah ...

amen: snang ja tuk pasal dea mhhu ttp idung ...

datuk:?????

P/s : amen ni cakap pelat ek...??? Susah sikit nak faham...

Halfest - Halal Fiesta Malaysia 2011


What is HALFEST?

From the founder of MIHAS, we bring you the local fiesta of the year! HALFEST – a halal fiesta exposition created to strengthen and to further stimulate the local halal industry before venturing into the global market. HALFEST further aims to be the platform in developing the halal market locally.

HALFEST – the perfect platform for halal manufacturers and service providers to promote and market their products to the local consumers while enhancing business relationship between the players in the industry with the local consumers.

HALFEST – benefits the local scene by aggressively promoting halal products and services and their stakeholders to the centre of attention of Malaysian Muslims and the public generally.

HALFEST is definitely buzzing with excitement and lively activities! Cooking demonstrations, quizzes and games, promising an unrivalled networking ground while providing a platform to address the concerns about the integrity of halal products in the mind of all halal consumers.

Products & Services Showcased

1- Halal Consumables
Food and beverages, meat, poultry, seafood products, halal certified organic products, raw food materials, food chemical, emulsifiers and ingredients, additives, canned food, processed and ready-to-eat products, preserved fruits and vegetables products, chocolate and dairy products, confectionary, biscuits, pastries, snacks and candies, health supplements and multivitamins, pharmaceutical and herbal products.

2- Non-Food Products & Services
Perfumery, toiletries, cosmetics, body care, leather goods.

3- Islamic Investment, Banking & Takaful
Islamic Financial Institution and Consultants, Islamic Banking, Islamic Unit Trusts, Islamic Capital Markets, Takaful (Insurance), Hibah (Wills).

4- Government Agencies & Associations
Government Agencies, Islamic Development Bodies, Halal Certification Agencies, Food Research & Development Centres, Trade Development Agencies, Halal parks, tourism board.

5- Food Packaging, Machinery & Catering Equipment
Ovens and cooking devices, cutlery, cooking utensils, kitchenware, glassware, serving equipment, food storage containers, food storage facilities, food processing and packaging machinery.

6- Halal Certified Premises
Abattoirs, hotels & restaurants, catering services, fast food franchises, bakeries, delicatessens.

7- General Muslim products
Religious publications and accessories, boutique style muslimah fashions and accessories, religious accessories and Islamic related products by Bumiputera Muslims

More information, click [Here]
List Exhitors : [Here]
Brochure Halfest : [Here]
Floorplan : [Here]

P/s : Pameran yang sangat bagus untuk kumpul maklumat tentang halal industri. Selain itu, boleh dapat maklumat tentang produk halal dalam industri pharmaceutical, food and beverage dan lifestyle sector. Memudahkan kerja untuk siapkan assignment Fiqh 1... Nak kena sediakan soalan yang best2 ni. Korang pun jomlah pakat2 pergi pameran ni.

SerumpuN - "Melangitkan karya Membumikan Cinta"

  Tanggal 8 October 2011, detik bersejarah bagi SerumpuN worriors. Pada tarikh ini telah berlansungnya Seminar Penulisan Putera Puteri Nusantara. Seminar ini bertempat di Moot Court Aikol UIA. Ia juga detik bersejarah buat aku yang buat pertama kali sertai dan kendali program yang sebegitu besar. Yang lagi best, aku jadi subcommittee Program Coordinator (SubCom PC). Memang seronok. Walaupun hanya bekerja dibelakang tabir tapi dapat tengok Habiburrahman El- Shirazy secara live. Asyik banggat. 

Habiburrahman bersama comittee

Lihatlah barisan Moderator dan Speaker.

Dari kiri : Ust Alwi Alatas, Hasbullah, Noviana, Helvi Tiana Rosa, Asma Nadia dan Fatimah Syarhah.

Ada persembahan Marawis dan Nasyid.



Aku tak dapat tengok persembahan Marawis. Aku kat belakang stage sambil strees nak hantar budak2 kecil balik rumah mereka. Budak2 kecil tu diperlukan untuk gimmik program SerumpuN. Jadi aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga budak2 tu, bagi makan, layan diorang sepanjang program tersebut. Jadi pengasuh kanak2 sekejap. Tapi serius, lepas ni aku taknak taruk budak2 dalam program. Dengar committee kasi cadangan nak guna budak, aku terus reject bulat2. Memang spoil habis. Aku tak sanggup nak cerita kat sini. Aku yang incharge bab gimmik dan gimmik tu tak jadi seperti apa dalam raptai. Rasanya seperti aku tak menjalankan tugas yang baik.

Yang paling best...Aku dapat ramai kawan dari negara seberang (Indonesia). Buat kerja sama2, makan sama2, meeting sama2. Best tau.

P/s : Aku ada buat something yang memalukan diri serta committee time program ni... Nak cerita ke tak? Hurm... Tak payahlah... Malu... :(

Dialog Sengal : Nyayuk

Penyakit Lupa
Ada 3 orang wanita yang sudah lanjut usianya bercerita tentang penyakit lupa.

Wanita1 : Ehhh korang nak tahu tak ? Aku ni kan pelupa sangat tau. Ada kah pernah satu hari tu aku boleh terlupa kat mana tuala aku simpan padahal kat bahu aku jerk. Siap aku berleter ngan anak² sangkakan dorang dah sembunyikan tuala tersebut.

Wanita2 : Ahhh itu belum cukup teruk lagi,.. aku ni lagilah teruk hari tu aku berada kat tangga rumah,.. boleh² aku terlupa nak naik ker turun,.. tak gila kau !!!

Wanita3 : Ahahahhahah teruklah korang ni ( ketawa berdekah² sambil tangan mengetuk² atas meja kerana terlalu gelihati dengar cerita dorang ) Nasib baik aku tak seteruk korang. Hahahahhaha. Ehhhh ,... korang dengar tak sesuatu ??

Wanita1 dan Wanita2 : Tidak ?? ( menggeleng kepala )

Wanita3 : Korang tak dengar ada orang ketuk-ketuk pintu

Wanita1 dan Wanita2 : !@ $%

P/s : Rupa²nya wanita3 itu terlupa yang dia masih mengetuk-ngetuk meja dan menyangka pintu rumah diketuk orang.

Tuesday, October 11, 2011

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Sudah lama 'dia' pergi tapi mengapa aku masih merasa 'dia' masih ada lagi.
Astagfirullah hal azim...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un 
We belong to Allah and to Him we shall return

Ya Allah...
Maafkan aku kerana masih mengingati 'dia'.
Begitu terkesan sekali memori 'dia' bersamaku,
memori 'dia' bersama keluargaku,
kadang2 hidupku sunyi dari usikan 'dia',
memahami aku,
Aku tak sempat nak berkongsi masalah dengan 'dia',
'dia' pernah menawarkan pertolongan jika aku dalam kebuntuan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

P/s : Inilah padahnya simpan foto banyak2. Bila dah terbuka macam ni jadinya. Yang sudah pergi biarkan dia pergi. Yang masih hidup teruskan hidup, simpan amal banyak. Esok lusa kita tak tahu berapa lama lagi kita akan hidup. Berbuatlah amal seperti kamu akan mati keesokan harinya.

Makhluk pelik sepanjang Convest'11


Kitorang memang geram tengok makhluk ni. Rasanya nak dibuat apa ek dengan makhluk ni?

P/s : Aku ternampak ada brother guna kepala makhluk ni semata-mata nak elak kepala kena hujan. Bayangkan dia sarung kotak 4 segi kat kepala dia siap ada mata dan mulut macam kat atas ni. Memang aku tergelak beso tengok die.

Tak rasa rupa dia macam Danbo ka?

Sunday, October 09, 2011

First Day in Sumayyah...^^


I'm good in writing but bad in speaking... Damn...

P/s : First day in my new room.. Awesome...
Berjaya tukar mahallah... Yeah...
Budak bilik aku budak foreigner. Berbelit lidah aku speaking dengan diorang.. Entah diorang faham ke tak. Seorang dari Somalia dan seorang lagi dah tak ingat dari mana.. (teruk beno aku ni). Ada seorang lagi roomate budak Malaysia. Memang berbilang negara rupanya bilik aku yang baru ni...

Esok nak kena pergi mahallah office balik la... Diorang salah kasi kunci... Macam mana boleh jadi 2 penghuni dalam satu bilik... Saya memang tak faham...

Monday, October 03, 2011

Dialog Sengal : Boy and Girl

Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...

Girl: Minum?
Boy: Tak...

Girl: Ada kereta?
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...

Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...

Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...

Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..

Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..

Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang... :P

Sunday, October 02, 2011

Dialog Sengal : Lembu

Pada suatu hari, Mikail telah kehilangan 4 ekor lembu miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah 3 hari melakukan operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Adam.

Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik En.Mikail. Adakah kamu mengaku salah?

Adam : betul tuan
...
Polis : Berapa ekor yang kau curi?

Adam : Seekor saja, tuan

Polis : kamu tak tipu?

Adam : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja

Polis : Tapi, Mikail kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya

Adam : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor

Polis : kamu jangan cuba berbohong. Mikail kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor

Adam : Betul tuan, cuma seekor. saya cuma mencuri ibu lembu… tapi, bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan… bukankah berdosa memisahkan sebuah keluarga?

Saturday, October 01, 2011

Dialog Sengal : Karenah nenek

cucu : nenek!! nenek..!! Datuk meninggal !! 

nenek : bila cu?? 

cucu : baru je, jatuh dari p0k0k sukun, cepat nek kerumah, keluarga sudah bkumpul semua, mari cepat nek !! 

nenek : jap cu, nenek nk pinjam HP kamu dulu cu..

cucu : nk tpon siapa spa nek ?? 

nenek : bukan! nenek nk buka facebook dulu.. 

cucu : npa nenek nk buka facebook lagi waktu bgini nie? 

nenek : Hmmm nenek nk ubah status dari BERKAHWIN menjadi JANDA...