Buntat yang kini sebesar dua tapak tangan dewasa sudah menghilang diri. Merajuk mungkin sebab kena tinggal.
Buntat mungkin tidak mengerti, bahawa dunia luar sana tidak sama seperti dalam rumah. Manusia bukan semuanya kawan. Anjing bukan sahabatmu walaupun ia sebesarmu. Tambah yang sama bermisai denganmu juga ada yang tidak senang dengan kehadiranmu.
Kini Buntat menghilang. Hilang entah kemana. Ibumu rungsing mencarimu walaupun kali terakhir melihatmu bila kamu bersama ibumu. Harap kamu tidak apa2, bisa berjumpa tuan sebaik kami, selamat dari gangguan anjing dan kalau ada rezeki kita berjumpa lagi.
Nampaknya tuanmu yang ketawakan kamu tadi kena belajar untuk melepaskanmu. Bukan semua perkara tuanmu boleh kawal. Harap Buntat baik2 aja.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe