Bila aku tengok gambar ni yang tengah viral kat facebook (mungkin kat wall facebook akulah) aku faham benda lain. Haha. Maksud perfect match tu dari segi gerak kerja.
Aku bulan 8, bos aku bulan 1. Gerak kerja yang harmoni. Haha
Tapi betullah. Kebanyakkan kawan aku mesti lahir bulan 1.
Even family aku semua lahir bulan 1 cuma aku je pelik lahir bulan 8.
Sebab tu aku tak matang2 lagi :P.
Aku tak cari tapi mereka datang sendiri.
Entah bila bersama mereka, aku rasa senang nak bekerja.
Setakat ni tiada conflik antara aku dangan bos walaupun sebelum ni ramai yang berhenti kerja sebab tak tahan dengan perangai dia. Kekonon nak harmoni sangat. Perangai dia? Macam mana aku boleh tahan? Mungkin aku tak suka ada conflict jadi aku mengurangkan conflict dan ikut je apa yang dia suruh selagi arahan dia tak melampaulah. Kalau macam melampau tu, pandai2lah aku adjust. Walau kadang2 rasa macam nak sorok je muka ni (malu) kat officemate lain sebab aku dah jadi partner in crime dengan bos tu tapi nak buat macam mana. Dia bos aku, aku kena ikut arahan dia. Mereka tak faham dan mereka selamanya tidak akan faham. Haha.
Ala apa je perangai dia. Macam biasalah bos.
- suka bagi arahan last minit
- paksa orang lain siap kerja cepat padahal dia bagi arahan lambat (macam sama je kat atas tadi)
- overexcited. Hurmm.
- pelupa mungkin faktor umur. Dia dah macam mak2. Kalau dia membebel, layan je. Kalau dia lupa, ingatkan je. Kalau dia salah letak dokumen, tolong carikan. Kalau dia marah kau, layan juga lepas tu cari bukti untuk payback. Selalunya kesalahan tu berbalik pada dia. Yang ni kalau kau yakin kau betullah, Kalau kau yang salah pasrah jelah bila kena marah.
- jangan ganggu bila dia sibuk. Nanti kau kena.
- suka push orang sampai orang naik rimas.
- nak sentiasa tahu perkembangan kerja.
- kau balik awal, esok bersedialah timbunan kerja oleh dia. Haha
- pandai mengelat dan pas kerja kat orang lain. Nama pun bos wey.
Disebabkan perangai dia ni, aku terpaksa push orang secara tak rela. Hurmmmm
Apa yang best pasal bos.
- Nak cuti senang approve sebab aku jarang cuti.
- Dengan aku dia baik sebab dia tahu dia akan susah kalau dia cari pasal dengan aku. Tapi kalau dengan orang lain memang teruk layanan dia. Sampai orang menyumpah dia belakang dia tapi menyumpah depan aku. Apa kes zaman silam dia pun aku tak tahu sampai orang bengang dengan dia.
Mana2 tempat kerja pun samakan. Haha
Ke tempat aku kerja ni dah teruk sangat. Hurmmm
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe