Harap student tu fahamlah. Harap jangan pula angkat kaki cabut lari lepas ni. Hahaha
Aku kena ajar bab costing, Absorption Costing, Marginal Costing dan Job Costing. Subjek yang aku kantoi masa universiti dan sekarang kena ajar orang pula. Ajar pelajar nak ambil ACCA pula tu. Haha. Pelajar tu baru ambil MA1 baru. Masih basic lagi. Nak sedapkan hati.
Nasib baiklah tak jual lagi buku Accounting masa ambil degree dulu. Nasib baik juga aku simpan lagi slideshow yang lecture bagi dalam kelas dulu. Berguna sangat. Arigato sensei.
Buku ni yang banyak selamatkan aku. Haha
Tak sia2 simpan buku ni.
Kononnya ambil job ajar tusyen untuk pelajar ACCA yang tengah ambil CAT tu rasa macam mereka belajar basic sahaja. Aku setakat ajar basic tu bolehlah. Tapi makin lama makin complicated pula soalan dan topik dia. Bayangkan subjek Financial Accounting dan Managerial Accounting belajar bersama dalam 3 bulan. Nota dalam textbook ringkas tapi soalan dia macam tiada dalam buku. Haha. Macamlah tak biasa. Masa degree pun macam tu jugakkan. =_=' Nampaknya macam aku pula nak kena ambil ACCA siap buat research bagai. Nama pun cikgu. Walaupun cikgu tusyen tapi kena juga persiapkan diri. Lepas ni untuk paper2 akan datang nak mengajar juga ke? Berpeluh ai nak mengajar.
P.s : Aku pun tak tahu apa yang aku mengarut malam2 ni
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe