Thursday, March 23, 2017

Mungkin boleh jadi kenangan terindah


Tak tahu kenapa, gambar ni nampak sweet sangat.
Antara department yang paling senyap, sibuk dan stress.
Senyap macam masuk dewan peperiksaan.
Hari2 diam je staff dia.
Bunyi mesin pencetak dan tapak kasut je 
yang dapat memecahkan kesunyian.
Sibuk dengan nak key in dokumen, cari dokumen, 
matching document, filing dokumen, 
submit GST at the end of month, buat payment,
collect surat, chase company secretary, 
update form and board reso.
Suka cari gaduh dengan purchasing 
sebab lambat hantar DO dan "sorok" Invoice.
Selalu bergaduh dengan despatch 
sebab banyak bagi dokumen untuk hantar, collect cek,
clear cek, keluarkan cash, singgah bermacam jenis dan tempat bank, 
pergi company secretary, jumpa lawyer.
Muahaha.
Nasib baik takda anugerah worst department.
Kalau ada memang dah tersenarai dalam calon dah tu.
Belum cerita karenah auditor masa audit dan stock take.
Haha...
Stress sebab memang jadi end user depatment.
Department yang bergantung dengan purchasing 
sebab perlukan dokument utk buat payment dan catat purchases.
Department yang bergantung dengan marketing 
sebab perlukan mereka untuk chase client dan nak catat sales or receivable.
Department yang bergantung dengan HR 
untuk catat utility expenses macam bayaran air, elektrik, cukai tanah, cukai pintu 
dan bermacam jenis expenses.
Bila dah tak dapat supporting dokumen, 
habis pergi serbu purchasing, marketing dan HR.
Naik muak mereka melayan karenah finance. Haha
Siapa suruh tak hantar.
Dan siapa suruh jadi orang last terima maklumat. errk

Walau semanis madu malah sepahit peria ku telan,
pengalaman ini tak dapatku lupakan

Terima kasih sebab terima saya seadanya
Terima saya yang zero dalam akaun
Masa periksa pandai je bab Financial Accounting
Sekarang dah ajar budak ambil CAT
dah pandai sikit bab Managerial Accounting
Bila bos explain pasal Job Costing, saya dah tahu dah
Sebelum ni tak faham sebab tu tak lepas masa exam Managerial Accounting
jadi terbabas ambil kursus ekonomi.
Sekarang saya kerja jadi kerani akaun. 
Hahaha
Apalah nasib.
Apapun thanks korang semua. Muah muah

P/s : Hari ni menulis dengan broken languange. Jangan tiru aksi ini dalam dewan peperiksaan

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe