Monday, March 20, 2017

Apakah personaliti anda?

Hasil buat ujian personaliti tengah hari tadi.


Sebelum ni masa zaman sekolah dan zaman universiti, bila buat ujian personaliti mesti dapat INFJ. Tak pernah berubah. Bila masuk alam pekerjaan jadi INTJ pula. Tak puas hati dengan hasil keputusan ujian, buat lagi sekali pada waktu malam, dapat.....


ISTJ

Haha. Cepat pula berubah ye dalam masa satu hari. Yang pasti masa jawab tengah hari tadi adalah beberapa soalan yang aku pilih jawapan "uncertain" dan skala tengah yes dan no. Kiranya malam ni aku jawab dengan penuh yakin. YES dan NO sahaja. Bila aku tegas, jadi ISTJ. Bila aku ambil mudah dan kurang berfikir, jadi INTJ atau INFJ. Hahaha. Kecelaruan personaliti kah aku ni?

Kenapa nak kena ambil ujian personaliti? Ambil ujian kerana nak kenal siapakah diri anda. Nak tahu anda ni macam mana orangnya. Apakah kekuatan anda dan juga kelemahan anda, Bila dah kenal diri, baru boleh guna potensi yang ada tu sebaik-baiknya. Dah tahu kelemahan diri tu kenalah cuba baiki diri tu. Bukan baiki untuk menjadi orang lain tapi mengurangkan impak negatif atas kekurangan diri bila berdepan dengan masyarakat mahupun cabaran. Sebagai contoh saya sebagai introvert, memang mencabar bila bergaul dengan rakan. Bila sudah tahu yang diri tu tak suka bersosial, susah nak mulakan perbualan dan suka buat hal sendiri walaupun ketika bersama rakan jadi tak perlulah rasa sedih kalau diri tu tak sama dari orang lain. Tangani stress dan jadi diri sendiri. Mungkin cuba belajar sedikit cara untuk bergaul dan bermesra dengan rakan. Skill bergaul tu penting walaupun memang tak reti nak bergaul. Haha 

Kat dunia ni ada banyak jenis ujian personaliti kat dunia dan yang ini antara salah satunya. Test ni menggunakan teori "Carl Jung’s and Isabel Briggs Myers’ typology". Anda mungkin sudah biasa dengan teori tu dari seminar mahupun dalam kelas management.


Itu adalah cadangan kerjaya bagi setiap jenis personaliti.
the counselor->the mastermind->the supervisor
hahaha
Anda pula jenis personaliti apa?
Boleh cuba untuk buat test untuk kenali personaliti anda.
link test : http://www.humanmetrics.com/cgi-win/jtypes2.asp




INTJ summary personality : http://www.humanmetrics.com/personality/intj
ISTJ summary personality : http://www.humanmetrics.com/personality/istj

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe