Bila tengok komik ni terus terdetik dalam hati. "Yalah, Bell pun macam tu juga, kataku sorang" Haha. Nak buat macam mana. Dah itu habitat aku. Lepas balik kerja mesti memerap dalam bilik. Pagi sampai petang kerja, jumpa orang. Malam mengajar tusyen, jumpa budak. Balik tusyen, badan penat terus melepek atas katil. Haip solat dulu sebelum melepek. Itulah hari2. Tak kira hari kerja dan waktu cuti. Recharge energy dengan memerap dalam bilik. Itu je cara nak menenangkan jiwa. Haha Cuma sejak kebelakangan ni rajin pula update blog. Haha. Sebelum ni malas nak update. Dah ada idea nak menulis kot. Idea menulis merapu.
Jadi, hargailah rakan anda macam saya. Kat dunia ni ada dua je jenis manusia secara am ya. Satu kelompok extrovert dan satu lagi introvert.
Apa tu extrovert? Maksud dalam kamus. Haha
Introvert?
Sebenarnya introvert ni bukan seorang yang pemalu sebenarnya. Cuma sifat dia macam pemalu. Apa maksudnya? Pemalu seorang introvert ni bukan sebab malu nak jumpa orang, tak berani nak berhadapan dengan orang atau terlalu menjaga pergaulan. Malunya mereka atas rasa keselesaan mereka ketika bergaul. Mereka juga suka bersosial tapi ikut cara mereka. Mereka bersosial bila dia rasa selesa nak berkawan dengan orang itu. Bila dia dah selesa dengan kawan tu, dia akan mula rapat dan setia dengan kawan tu. Sebab tu bila dia dalam satu kumpulan yang besar, dia akan diam dan buat hal sendiri. Dia diam dan buat hal sendiri bukan sebab sombong tapi sebab dia tak tahu nak reaksi dan berkomunikasi dengan kumpulan tersebut. Jadi, dia rasa baik dia diam dan buat hal sendiri daripada dia memalukan diri sendiri. Dia kena bersama dengan kumpulan tersebut sebab dia nak rasa juga macam mana rasanya duduk dalam kumpulan yang besar. Tetapi bila dia face to face dengan kawan yang dia selesa, dia punya bising macam kat pasar. Dia jadi begitu bukan sebab memilih kawan (mungkin juga dia memilih) tapi atas rasa keselesaan dan persamaan yang ada dengan kawan tu.
Kebanyakkan introvert ni seorang yang deep orangnya. Bila berbicara tu mesti nak topik serius dan mendalam maksudnya. Bila mereka suka berbual topik yang serius jadi tak ramailah kawan nak mendengar dan berkongsi cerita. Kebanyakkan orang tak suka bercerita topik yang serius dan berfakta. Jadi, introvert ni beranggapan yang baik dia diam dan hanya berkongsi ceritanya dengan orang yang sudi mendengar dan sudi juga berkongsi cerita dengan dia.
Sebenarnya introvert ni suka sangat berfikir. Kadangkala ambil masa untuk proses maklumat dan lambat membuat keputusan. Cuba bagi satu situasi kepada introvert ni. Dia mesti akan cari jalan yang jauh dan selamat. Sebab mereka berfikir pelbagai cara dan kemungkinan akan belaku jika dia sudah membuat keputusan. Jadi, bila dia dah buat keputusan tu kiranya keputusan terbaik ikut kiraan dia.
Introvert memang suka menyendiri. Jadi jangan ganggu dia bila dia menyendiri. Tetapi kalau emak dah minta tolong buat kerja tu jangan pula dijadikan alasan untuk tidak diganggu. Haha. Bila terjadi hal mak minta tolong, baik settlekan kerja tu dan sambung balik menyendiri. Boleh pula ye.
Banyak pula info tentang introvert. Macam mana dengan extrovert? Anda boleh faham dengan melihat maksud extrovert tadi. Nak cerita lebih tentang extrovert ni tak reti pula sebab saya tak mengalaminya. Nampak sangat Bell ni introvert orangnya.
Jadi, hargai rakan2 anda.
Fahami mereka dan jangan mudah label mereka macam2 ya.
Raikan perbezaan untuk melengkapi kekurangan masing2.
Tidak perlu bersedih jika anda seorang introvert dan berlainan dengan rakan anda.
Anda ada keistimewaan tersendiri.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe