Sunday, December 03, 2017

Kawan Plastik

Kenapalah dalam hidup ni asyik jumpa kawan plastik sahaja.
Aku ni dah macam pampers pakai buang.
Bila dia rasa bosan takda orang nak lepak dengan dia baru nak cari aku.
Bila kawan2 baik dia yang lain free takda pula nak contact aku join sama.
Kawan baik dia pun aku kenal apa. Lagipun lama tak jumpa dengan diorang juga kan.
Itupun dapat tahu kat Insta Stories. Puff

Ada lagi teruk nak kawen pun tak bagi tahu.
Dahlah dah kawen tak jemput. Rasa macam aku ni siapa je masa lepak sesama dulu.
Ada yang kawen just invite facebook event je.
Takda nak message personal at least nak bagi tahu dia dah nak kahwen.
Just what? Aku ni dah macam stranger.

Kebanyakkan mereka dulu mesra semacam dan tiba2 terus dingin.
Aku pun macam tu ke kat orang lain?
Sakit hati jugalah.
Yang aku pun pergi layan kawan2 plastik tu dah kenapa.
Memang aku ditakdirkan lonely sampai bila2 ke.

Kadang2 disebabkan diorang yang plastik ni aku dah susah nak mula relationship dengan sesiapa. Sebab akhirnya mereka pasti berpaling dari aku juga.
Aku tak tahu bab apa yang mereka start bosan dengan aku sebab aku tak sempat tanya.

Pleaselah kuatkan hati kau untuk boikot kawan2 plastik.
Buat semak kepala dan buat sakit hati je.
Diorang bahagia apasal aku nak derita pula.
Aku nak bahagia kena cari sendiri.
Aku kena bersyukur ada keluarga.
Inilah masa nak rapat dengan family kau.
Daripada fikir kawan2 kau yang entah kisah tentang kau tak.
Aku takda niat nak putus silaturahim dengan kawan2 plastik ni.
Tapi kalau macam ni perangainya tak ke rasa macam nak menyumpah rasanya.


Dalam mimpilah nak kawan macam ni.

Saturday, November 25, 2017

Handmade Ramen - Restoran Kungfu Ramen



Tengok macam kedai makan cina tapi ni kedai makan cina muslim.



Antara menu yang diorder.
Entah apa nama menu ni. cuma tahu dumpling dan milo O je. Haha
First time makan dumpling.
Not bad rasanya.
Mee tu mee tarik tangan tau.
Meenya lembut dan kenyal.
Tak macam mee kuning dalam peket ok.
 Bahan mee tu macam menggunakan adunan yang sama untuk membuat kulit dumpling.
Kuah dia sedap juga. Lebih berperisa rasanya.
Nak try bolehlah datang.

Nama restoran ni Restoran Kungfu Ramen.
Rupa kedai tu macam kat gambar atas tu.
Restoran ni berdekatan dengan UCSI Universiti.
Kat area Taman Connaught.


Selamat mencuba ya.

Monday, November 20, 2017

Jalan-jalan cari durian


Best hujung minggu mengisi perut dengan menikmati durian Musang King dari Pahang. 
Cendol dia pun sedap. Lain dari yang lain.
Beli cendol biasa tambah durian sendiri. Jimat berpuluh ringgit. Hoho
Cendol kongsi 2 orang. Kekonon nak simpan space perut untuk menikmati durian.
Gambar tu sengaja nak buat korang2 terliur :P


With my food hunter buddy, Identiti dirahsiakan haha.

Kat mana nak cari durian? terutama kat sekitar Selangor.
Google je Kedai Durian SS2.
Tempat yang selesa untuk menikmati durian.
Ada bermacam jenis durian kat sini. Order je.
Para pekerja akan cuba melayan anda sebaik mungkin.
Dapat durian busuk atau tak sedap, usah ragu2, bagi tahu sahaja.
Kalau betul2 busuk, mereka tukar dengan durian lain.
Parking lot banyak, jadi jangan risau untuk parking kereta.
Ada banyak lagi menu sampingan lain tapi berpada-pada.
Simpan space perut anda dengan durian.
Cuma pastikan bawa duit lebih.
Tak macam kitorang, nak makan pun kena fikir 2-3 kali.
Takut rabak poket. Hohoho

Selamat mencuba. 
Kalau nak suggest tempat lagi best untuk makan durian bolehlah roger di ruangan komen ya. :D


Trauma berkawan

Trauma nak berkawan masih belum hilang lor.
Takut mereka menyampah dengan kita.
Takut mereka tak suka dengan kita.
Takut dikianati mereka.
Kita yang syok sendiri nak berkawan dengan dia.
Sakit hati bila kita syok sendiri nak berkawan.



Terjumpa rajah ni masa mengajar kelas Bahasa Inggeris. Haha

Kadang2 tertanya-tanya kenapa kawan2 lain boleh jadi rapat.
Kenapa tak boleh rapat dengan kita.
Common Interest or am I to weird.

Tak retilah berkawan.
Kawan biasa2 jelah.

Wednesday, October 18, 2017

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

we belong to Allah and to Him we shall return

Ungkapan yang ringkas tapi mendalam maksudnya.

Kita adalah milik Allah hatta tubuh badan sendiri, makanan, tempat tinggal, keluarga, harta, kebahagiaan, keamanan semuanya adalah pinjaman dan milik Allah yang mutlak.

Kita datang ke dunia sehelai sepinggan. Tiada pakaian, tiada teman, tiada bekalan. Sendirian.

Satu persatu kita diperkenalkan mengikut adat dan budaya keluarga yang Allah takdirkan untuk hidup bersama. 

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya. Ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.” - (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bila menginjak ke alam dewasa, kita diperkenalkan dengan "syurga dunia" dan hakikat tanggungjawab. Syurga dunia memang best dan melalaikan. Silap hari bulan boleh hanyut sampai lupa diri. Boleh jadi tak ingat akhirat dan tak ingat mati. Setiap tingkah laku kita harus kita bertanggungjawab. Baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. Walaupun terlepas dari hukuman dunia, nanti di akhirat kelak dapatlah balasannya. Walaupun derita di dunia insyaAllah jika memang hak kita, kita akan dapat kebahagian di akhirat kelak.

Memang hidup ni adakalanya kita rasa tak adil. Adakala yang berkuasa sentiasa menang. Yang miskin dan yang lemah ditindas. Musibah melanda dalam hidup sehingga hairan mengapa terkena dekat "Aku". Sial sangat ke sampai Allah tarik nikmat. Apa yang aku dah buat sampai kena musibah macam2. Orang lain bahagia walaupun sentiasa bergelumang dengan dosa. Kenapa orang baik2 kena ujian yang maha dahsyat? Memang ikut akal semuanya sial dan tidak adil. Tetapi ingatlah. Dunia ini hanyalah medan ujian. Ujian yang menguji sebenar2 hamba Allah yang sejati kerana syurga itu mahal harganya. Syurga adalah nikmat berkekalan dan abadi buat hamba yang beriman.

Tatkala ditimpa ujian dan musibah, cubalah pujukkan hati. Memang susah tapi berusahalah.
Ingatlah yang semua kita ada bukan kita punya. Kita mula rasa macam2 sebab kita sudah mula rasa semua nikmat yang Allah beri adalah milik kita. Nikmat yang dia beri milik-Nya. Bila2 masa Dia boleh ambil. Nikmat kesihatan, jodoh, kekayaan, ketenangan hatta tubuh badan.

Ingatlah, mungkin nikmat yang ditarik itu sebagai peringatan atau teguran daripada-Nya atau mungkin ladang pahala buat anda untuk bekalan kelak. Cuba untuk positifkan diri. Hidup harus diteruskan. Usah pertikaikan ketentuanNya.

Firman Allah:  
لا يكلف الله نفساً إلا وسعها 
Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286)

Yup. Menulis memang senang. Ayat klise.
Masing2 dengan ujian masing2.
Saya dengan ujian saya. 
Kena beringat masa diuji nanti.
Diri kena kuat.
Bersihkan hati.
Positifkan diri.
Saya menulis bukannya sebab saya kuat.
Adakala kecundang juga.


Karnival Misaki EcoGarden Semenyih

Al kisah hujung minggu. Nampak banner besar2 kat kawasan rumah tentang Karnival Misaki ni masa balik kerja. Baru terdetik hati ini nak ke sana tup tup ada kawan sudi nak bawa. Memang pucuk dicita ulam mendatang betullah. Jadi tadaaa.... inilah hasil tangkapan saya.










Jadi, ape bende Karnival Misaki ni?
Seperti jangkaan saya, ni karnival rumah. Tempat ni bersebelahan dengan EcoWorld Galery. Jadi korang boleh cuci mata melihat seni bina rumah exclusive yang terdapat kat EcoGarden ni. Korang mesti perasan ada gambar rumah kat atas tadi. Gambar dalam rumah memang tak share sebab staff di situ tidak benarkan menangkap gambar dalam rumah tu. Jadi saya tak tangkap gambarlah. Overall memang rambang mata tengok rumah. Kalau berminat, bolehlah pergi lihat sendiri. Maklumat ada dibawah.


Pastikan korang ke sana dengan bantuan waze ya.
Bukan macam kami bergantung hasil carian google map memang menyesatkan. Haha

Jadi, apa yang kitorang buat kat sana?
Nak place order untuk beli rumah memang tak mampu buat masa ni.
Jadi, bergambor jelah.
Boleh jadi tempat photoshoot wedding tak? Pak guard bagi ke? Hehehe

Kekonon kat Jepunlah.

Dapatlah buah tangan. Lawa pula. Sayang nak minum.

Dari Semenyih terus ke Bangi pula.
Ni kawan yang nak pergi jadi layan jelah.
Overall boleh terimalah  makanan dia.


Nama dia soba. Ingatkan udon. Bukan bihun sup ya.

Memang tema ke Jepunlah. Tapi dalam Malaysia

Novel Hero karya Hilal Asyraf


Yeay. Buku yang dinanti-nanti sudah sampai. Hehe
Walaupun sibuk bekerja tapi aktiviti membaca novel memang tak boleh tinggal.
Tambah lagi karya Hilal Asyraf. Setakat ni saya boleh layan novel Hilal Asyraf je.
Kalau novel karya penulis lain mesti buat saya mengantuk dan tertidur. Sedar2 dah subuh. Haha
Tapi yang hairan bila baca novel karya Hilal Asyraf mesti tak mengatuk. Sampai boleh habis satu buku dalam satu malam. Bagus betul.

Untuk pengetahuan, novel ni sudah berada dalam pasaran sebelum ni dan novel ni adalah cetakan semula dengan penambahan plot cerita yang menyegarkan. Novel ni mengisahkan pemuda yang bernama Afam, seorang pewaris tunggal empayar perniagaan ayahnya yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Namun, Afam bukan pemuda yang jahat. Afam masih ada sisa2 kemanusiaan dalam hatinya dengan menjaga keamanan Kota Raya Angasan dari segala kegiatan jenayah dan musibah dengan menggunakan sut khas yang dinamakan Hero. Dia dikurniakan seorang isteri yang solehah hasil wasiat bapanya dengan harapan supaya Afam berubah. Dapatkah Afam berubah? Apakah cabaran yang Afam hadapi apabila dia memiliki sut Hero? Nak tahu jawapan kenalah baca novel ni.

Apa yang best pasal novel ni?
Mestilah tentang nilai2 murni yang cuba diterapkan oleh saudara Hilal Asyraf dalam novel Hero ni.
Antaranya:
1) Sehebat manapun seseorang tu berjaya menyelesaikan misi seorang diri pasti dia gagal juga menyelesaikan sesuatu misi suatu hari nanti. Itulah pentingnya kerjasama dan pembahagian tugas. Masing2 bekerjasama dalam menyelesaikan misi.

2) Pentingnya berada dalam kelompok orang yang baik2. Bila berada dalam kalangan orang baik2, kita juga terarah nak jadi orang baik2 juga.

3) Kelebihan bersahabat dengan orang hebat2. Bila kita down pasti ada orang akan support kita.

4) Berkat ikut pesan mak ayah.

5) Nikmat bila mendekatkan diri kepada tuhan. Hidup tenang

6) Tiada guna tunjuk protes terhadap tuhan dan ibu bapa dengan melakukan perkara yang tuhan benci kerana tuhan tidak terkesan dengan perbuatan kita tapi kita yang rugi

7) Pendosa masih ada harapan untuk bertaubat.

dan banyak lagi... malas nak tulis.

Yang lagi best dapat penanda buku dan tandatangan Hilal Asyraf. Haha


Ni best. Jawapan mantap tentang solat.
Mungkin boleh jadi motivasi untuk istiqamah dalam mengerjakan solat.

Apapun belilah novel ni. Best tau.
Nak tanya beli kat mana bolehlah roger2 kat komen dibawah.

Sunday, August 13, 2017

Ujian personaliti diri

Sejak akhir2 ni rajin pula buat test personaliti diri. Haha. Nak kenal diri secara mendalam. Kononlah.

Dalam banyak2 test yg test kat bawah ni best.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ujian diambil dari blog 1001 Rahsia Diri

UJIAN PERSONALITI
ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan 
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. 

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan saya 
(1) Adik
- rapatlah jugak sebab selalu lepak dengan dia


(2) Kucing Hutan
- terbayang kucing tapi sebab dalam hutan jadilah kucing hutan. Kucing kecil kot jadi masalah kecil kot. Haha

(3) Biarkan
- dah kucing hutan jadi biarkan jelah. Dah habitat dia kat hutan jadi jangan kacaulah. Haha. Ikut tafsiran dia, saya ni suka biarkan masalah tu berlaku. Haha

(4) 1
- memang kawan tak ramai. Mungkin tiada. Haha

(5) Terbuka
- saya memang open minded

(6) Bulat
- teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya. Yup memang saya. Tapi bila teman dah mula khianati saya, sampai bila2 dah tak percaya kat teman tu.

(7) Penuh
-hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!. Mungkinlah. Hidup dengan family memang bahagia.

(8) Tanah Liat
- kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh. Ini pun biasa. Selalu kena tegur dengan mak bila mengeluh pasal kerja.

(9) 3
- ni no komen

(10) Peti Besi Besar
- ego tinggi. Memang. Tapi tak selalu. Ikut keadaan.

(11) Peti Besi Logam
- bangga diri. Haha. Tang bila ni? 

(12) Jambatan Logam
punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda. Yeke? Teman2 sekarang pun dah buat hal masing2. Entah2 selisih bahu pun tak nampak. Malas nak fikir. Tengok. Memang suka biarkan masalah berlarutan.

(13) Putih
pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda. Saya tak jumpa lagi pasangan. Jadi no komen. Pilih warna putih sebab warna putih nampak suci. Macam sama je maksud kat atas. 

(14) Diam
pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati. Haraplah. Tak jumpa lagi so no komen.

(15) iii
- atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah. Rapat betul dengan pasangan nampaknya. So tak jumpa lagi tak berani komen. Cuma masa menjawab tu terfikir kalau tinggalkan kuda depan mata kesian pula dia kena tornado tu. Jadi bawalah dia lari sekali. Hahaha.

Jawapan anda macam mana pula. Seronok pula buat test ni. 

Sunday, July 16, 2017

Jawatan kosong Mara - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


Cubalah minta jawatan ni pula. Manalah tahu rezeki anda.
Boleh isi borang kat -> http://apps.mara.gov.my/vacancy2/

Semoga berjaya

Sunday, July 02, 2017

Cara nak delete akaun instagram

Hari ini nak tunjukkan cara nak delete akaun instagram.

Step 1 : pergi ke link Insta Login

Mesti guna link ini untuk delete akaun.

Step 2 : Kena login akaun Insta nak delete

Pastikan username dan password kena betul

Step 3 : Akan keluar page seperti dibawah


Pilih mana2 alasan kat dropbox tu

Step 4 : Dah siap delete akaun.

Semoga berjaya.

Sumber : FAQ Instagram

P.s : Tak bagi tutorial buat akaun tapi bagi tutorial delete akaun. Haha.
Rasa semak bila banyak akaun Insta

Tuesday, June 27, 2017

Sketsa raya : Adik beradik dan Harta pusaka

Raya ketiga. Macam biasa bila hari raya. Hari melawat ke rumah sanak saudara dan hari ini juga hari bersejarah buat daku yang daku akan ingat sampai bila-bila.

Kebiasaan bila balik kampung mesti nak berkampung untuk tinggal bersama Embah untuk beberapa hari. Tidak lupa juga untuk melawat Toki yang merupakan bekas suami arwah Wan. Kami hanya mampu melawat Toki memandangkan Toki merupakan atuk tiri. Toki juga ada ramai anak kandungnya yang beraya dirumahnya. Jadi kami cuma "adik beradik anjing" dan sekadar mampu untuk memenuhi syarat untuk menjenguk dan menanya khabar berita sahaja. Kami berbuat begini kerana masih rasa terkilan dengan perbuatan anak2nya yang "membuli" arwah Wan sepanjang sisa hidupnya. 

Hari ini lain dari biasa. Kedatangan kami telah membongkarkan satu rahsia yang Toki pendam lama setelah 2 tahun kematian Wan. Kelihatannya Toki tidak selesa dengan kedatangan kami. Saya juga bila melihat Toki terus teringat arwah Wan dan merasa macam tak adil mengapa Wan harus menghadapi semuanya. Mahu menitis air mata ini mengenangkan nasib Wan.

Rahsia Toki yang mahu bongkarkan adalah tentang rahsia harta peninggalan Wan sebelum Wan jatuh sakit. Toki hairan mengapa harta peninggalan Wan boleh jatuh kepada isteri adik lelaki emak. Toki melihat sendiri harta tersebut apabila Wan menunjukkan harta peninggalan kepadanya dan semua harta tersebut diserahkan kepada isteri adik lelaki emak. Adik bongsu emak pun setuju untuk serahkan harta itu kepada isteri adik lelaki tersebut dengan alasan mereka yang menjaga Wan ketika Wan tengah sakit sebelum kematiannya. Tambah kehairanan mengapa adik lelaki emak sanggup gunakan semua wang Tabung Haji Wan untuk membeli kereta. Katanya untuk buat modal perniagaan yang kononnya bakal membawa pulangan jutaan ringgit. Sampai kerah semua wang Wan yang Adik bongsu pegang untuk membuat modal kereta tersebut, Yang terbaru isteri adik lelaki itu juga ada datang jumpa Toki untuk meminjam wang untuk buat modal perniagaan dan berjanji untuk memberi pulangan hasil perniagaan. Namun, Toki tidak terima pulangan yang dijanjikan apatah lagi modal yang diberi pinjam. Banyak kali juga Toki ulang cerita tentang isteri pinjam modal kepada kami.

Kami yang mendengar cerita Toki terus terkesima. Berani mereka pinjam wang dengan Toki dan siap berjanji untuk memberi pulangan lagi. Dahlah pinjam pastu terus diam tanpa khabar berita. Kami sudah masak dengan perangai adik lelaki emak sejak kematian arwah Toki (atuk kandung). Habis harta pusaka Toki digadai dan kikis harta Wan sepanjang hidup Wan. Adik lelaki emak dan isterinya memang sudah konplot lama tentang hal ini. Tambah Wan pun sokong tindakan dia sebab dia anak lelaki dan Wan merasa dia lebih berhak harta tersebut berbanding anak perempuannya. Mak hampir dimarahi Wan bila mak mula nak tanya tentang harta pusaka. Namun, adik bongsu mak yang merupakan anak perempuan juga dapat merasai sedikit harta peninggalan tersebut. Nampak begitu ketara bila sepanjang Wan hidup, adik bongsu mak menjadi sangat pemurah terhadap kami dengan belanja makan mahal2 bila berjumpa dan beri baju2 mahal yang dia sudah puas memakai. Tapi selepas kematian Wan, adik bongsu mak jarang berjumpa dengan kami dan menjadi sangat kedekut. Mak sudah syak yang selama ini adik bongsunya ada terima wang dari Wan. Rasa macam jadi pengemis pula bila dapat tahu hakikat ini.

Yang sedihnya kami dapat tahu semua cerita ini dari mulut pihak ketiga. Mengapa mereka tak berterus terang? Mengapa tidak cerita terlebih dahulu sebelum gunakan semua harta2 tersebut? Memang selepas kematian Wan, duit Wan habis licin. Yang nampak nyata kereta yang dibeli oleh adik lelaki emak. Ada dengar angin2 yang adik lelaki ambil duit Wan untuk beli kereta. Ada juga dengar Wan serahkan hartanya kepada isteri adik lelaki mak. Tapi kami tak tahu yang harta yang diserahkan tu tinggi nilainya dan semuanya habis dikebas mereka. Ada dengar angin2 mereka guna wang simpanan Tabung Haji Wan yang selama ini Wan berniat sangat nak pergi haji dengan wang yang dia ada. Tapi hajat Wan tak kesampaian bila Wan beri tanpa rela kepada anak lelakinya sebagai modal membeli kereta. Sebelum ini Wan banyak kali simpan wang dalam Tabung Haji tapi selalu tewas untuk menyimpan bila Wan beri wang simpanannya apabila adik lelaki mak minta duit. Ada dengar angin2 lepas Wan beri simpanan terakhir tersebut terus Wan jatuh sakit dan meninggal. Kami dengar angin2 tapi Toki yang mengesahkan cerita tu. Tergamak mereka. Apakan daya, mak sebagai anak sulung reda dengan apa yang sudah terjadi. Dia anggap sebagai sedekah atas setiap bahagian harta emak yang mereka tidak agihkan kepada emak dan mereka gunakan untuk urusan peribadi mereka. 

Aku boleh menceritakan semula sebab aku cucu sulung dalam kelurga tu. Aku dari kecil sampai sekarang melihat dari jauh tingkah laku mereka. Aku tak tahu apa rancangan tuhan yang membenarkan aku melihat sandiwara dunia ini tapi apa yang aku belajar, harta memang benda yang sangat menakutkan. Manusia menjadi buta bila berdepan dengan harta tambahan sesama adik beradik. Bila ketamakkan berlaku hilang sudah talian darah yang ada. Orang yang ada ilmu malah warak pun boleh tewas dengan harta kerana rapuhnya iman. 

Satu lagi yang aku belajar, nasib anak sulung memang menyedihkan. Anak sulung memang selalu kena sisih. Orang terakhir dapat tahu berita, orang terakhir untuk bawa berbincang dan memang adik beradik komplot untuk sisih anak sulung termasuk ibu bapa itu sendiri. Mungkin niat mereka tidak mahu susahkan anak sulung tapi mereka ada fikir apa perasaan anak sulung bila dia dapat tahu dia orang terakhir dapat tahu semua benda dan adik beradik termasuk mak ayah sendiri tidak mahu melibatkannya dalam semua perbincangan hal keluarga. Hasilnya anak sulung ini bawa dirilah jawabnya.

Memang mengambil harta orang tua tu tak berkat. Aku lihat hidup adik lelaki emak sejak kematian Wan kelihatan tunggang langgang. Keadaannya tak macam masa Wan hidup dulu. Kehidupan adik bongsu mak pun sama. Bisnes dia tak sebagus dahulu. Mungkin faktor keadaan ekonomi yang tak berapa bagus barangkali. Mungkin hukum karma, dari mata kasarlah, Mungkin kebetulan. Dari situ aku belajar, nak apa2 sebaiknya aku bersusah dahulu menggunakan tulang empat kerat untuk mencari wang sara diri dan beri wang kepada emak dan bapak. Emak bapak sudah bersusah payah mencari rezeki sejak aku kecil. Takkan aku nak tambah menyusahkan mereka lagi bila aku mampu untuk mencari rezeki. Aku tak sanggup nak guna duit mereka. Biar mereka belanjakan wang tu pada adik2 yang masih bersekolah. Itulah anak sulung. Dia fikirkan adik2. Tapi ada ke adik2 fikir susah payah akak atau abang sulung mereka?



Wednesday, June 21, 2017

Kali terakhir

Rasanya ni kali terakhir saya akan keluar makan dengan rakan sekerja. Lepas ni kena kuatkan hati untuk tidak keluar dengan mereka lagi.

Apapasal tak nak keluar bersama?
Macam memutuskan tali persahabatan je ayatnya. Selama ni memang saya buat pekak, buta dan tuli. Kali ni saya tak buta dan pekak lagi.

Baru2 ni ada makan2 berbuka puasa beramai-ramai. Pertamanya mereka berbincang tanpa pengetahuan saya. Part ni tak kisah walaupun nampak macam membelakangkan saya. Kemudian mereka mengajak tanpa memberi detail yang jelas. Sepatutnya dah nampak hint yang mereka tak perlu kehadiran saya. Jadi dah ajak saya pun setuju sajalah. Lagipun tempat pun dekat jadi tiada masalah untuk pergi. Keesokkan harinya mereka tukar plan tempat. Tempatnya pula agak jauh. Jadi saya tarik diri untuk ikuti mereka. Tapi ada seorang kawan cuba pujuk saya untuk pergi tapi saya tolak juga. Saya beritahu yang saya tak boleh nak ikuf kalau tempat jauh. Mereka pun bincang balik dan setuju untuk kembali ke plan asal. Ada seorang kawan macam perli ayatnya. Katanya disebabkan saya jadi plan kena tukar tapi dalam nada bergurau. Jadi saya buat macam biasa macam tiada apa2.

Masa hari kejadian, ada seorang kawan ingatkan saya tentang makan2 ni. Dengan nada gurau katanya jangan saya sampai tak datang yang disebabkan saya semua plan tukar. Saya dalam hati salah aku ke. Petang tu saya datang sorang2 dan sampai dulu ke tempat yang dijanjikan. Mereka sudah berpakat untuk pergi sama cuma saya tak tahu. Memandangkan tempat tu dalam shopping mall jadi saya melepak kat kedai buku sambil tunggu mereka. Tak lama kemudian mereka call yang mereka sudah sampai. Dipendekkan cerita, masa berbuka sudah tiba maka semua pun menjamu selera. Masing2 rancak berbual pasal kerja, pasal bos, pasal diri... biasalah orang perempuan bila sembang macam mana. Cuma saya tak join dan cuma diam sambil nikmat makanan. Sampai ada seorang tegur suruh saya cerita sesuatu. Saya dengan selamba kata tengah ambil mood menikmati makanan. Mereka pun sembang sesama mereka. Saya cuma dengar dari jauh. Tambah saya kena balik awal sebab mak panggil suruh hantar dia pergi masjid. Mula dari makan2 ni mereka jadi dingin dengan saya. Saya tak tahu apa yang diorang sembang belakang2 tapi mereka dingin.

Cuma ayat dari salah seorang kawan tu tak boleh bla. Memandangkan dia secara suka rela membayar semua makanan dan masing2 terpaksa mengeluarkan kos hampir RM50 seorang untuk bayar kepadanya, dia macam meletakkan semuanya salah saya. Katanya kalau saya setuju untuk ikut mereka pergi Putrajaya, beli makanan kat bazar je rasanya setiap orang tak perlu nak keluar budget sebanyak RM50. Dia yang bukan main pujuk sampai tukar plan dan kononya sebab aku mereka tak dapat pergi ke tempat yang mereka nak. Memanglah. Saya taubat dah nak keluar dengan mereka.

Mereka bebas. Aku tak.
Mereka boleh keluar malam sesuka hati. Aku tak.
Disebabkan aku tak boleh keluar malam, aku kena hadap semua ni. Maaflah.

Aku boleh mesra, buat macam biasa tapi sekarang ada had.
Lepas ni setiap hari Jumaat kena lepak sendirilah.

Tuesday, June 20, 2017

Kawan lagi. Hurmm

Kadang2 saya tak faham.
Orang sekeliling buat2 mesra dan baik sebab ada makna. Bila rasa dah susah dan perlukan bantuan baru nak sembang dan bertegur sapa. Bukan sorang dua. Tapi banyak orang macam tu. Haha. Gelak pun ada makna.

Takut lama2 saya salah mengerti.
Jika suatu hari ada insan yang tulus mahu mengenali dan rapat dengan saya tapi saya tolak kerana menyangka dia pun sama macam kawan2 yang lain yang suka ambil kesempatan masa dia susah saja. Harap dijauhkan.

Yang pasti hati ni banyak kali disakiti.
Bila sudah beri kepercayaan tapi diremuk dengan sandiwara yang menjengkelkan.

Lebih baikku sendiri saja.
Hidup dalam duniaku saja.
Tak perlu hiraukan yang lain.
Macam pentingkan diri sendirikan.
Lantak

Monday, May 15, 2017

Ost Healer vs Surihati Encik Pembunuh



Ji Chang Wook... Hehehe. Dah terjebak dengan mamat ni pula. Sebelum ni layan cerita Lee Seung Gi je sebab tahu yang Seung gi ni jenis yang memilih drama yang dia berlakon dan semua yang dia berlakon ceritanya best2. Sejak Seung Gi dah masuk tentera, dah tak banyak dia berlakon. Maka carilah pengganti Seung Gi iaitu Ji Chang Wook. Setakat ni cerita yang Chang Wook berlakon best2 dan lasak2 termasuk lah cerita yang saya baru tonton ni, Healer. Bukan Healer Clash of Clan ya. Ada juga layan drama lain yang Chang Wook berlakon macam K2. Best juga.

Apa yang best tentang Healer ni? Dia punya cerita twist dia lain sikit. Cerita tentang bagaimana kisah silam ibu bapa mereka mempengaruhi masa depan anak2 mereka dan juga kisah seorang wartawan junior yang membesar dalam 2 zaman yang berbeza. Ibu bapa mereka tergolong dalam 5 sekawan wartawan yang mempunyai sifat kewartawanan yang tulen dan sering membongkarkan skandal2 yang berprofil tinggi. Sehinggalah mereka menemui kes yang membuatkan kehidupan mereka tidak tentu arah termasuklah anak mereka. Yang bestnya bila Chang Wook jadi Healer generasi ke 2. Dia punya aksi berlawan dan masa dia menjalankan misi mengumpul maklumat memang gempak. Tapi misi Healer berjaya dengan hasil bantuan Hacker juga yang merupakan bekas pegawai polis pakar dalam mengodam komputer.

Cuma masa tengok cerita Healer ni kenalah kuatkan iman ek. Hahaha.
Jangan diikut perasaan sedih terutama bila kehilangan insan tersayang. Sampai nak give up untuk hidup. Yang tu tak usah tiru ek. Memang nampak yang kehidupan Healer tu tersangat kosong. Tiada ayah, mak kandung tinggalkan dia, tiada kawan, cikgu dia tinggalkan dia dan tak sempat nak bermesra bila berjumpa dengan cikgu dia setelah sekian lama. Hidup dia hanyalah untuk menjalankan misi, ikut arahan hacker tu dan ayam goreng segera. Kosongnya. Cuma Healer mula berubah bila dia cuba siasat seorang klien dia yang berkait rapat dengan kisah silam ayah dia dan kisah zaman kanak2 dia. Bila tengok cerita ni, teringat pula novel Surihati Encik Pembunuh.



Lebih kurang plot dia cuma dalam novel ni watak utama dia adalah seorang pembunuh yang sedang mencari jalan keluar. Jalan untuk menjadi insan yang normal dan beriman kepada tuhan. Yang tolong pembunuh ni mencari jalan keluar juga adalah seorang perempuan juga yang pernah belajar bersama masa universiti. Tetapi dalam novel ni ada roh dan nilai murni. Walaupun tentang kisah seorang pembunuh tetapi pembunuh tu ada prinsip yang murni iaitu dia hanya membunuh orang yang terlibat dalam kontrak dia sahaja. Dia tidak akan membunuh kanak2, orang tua dan wanita. Pada pengakhir cerita pun pembunuh ni serah diri kepada polis dengan rela hati setelah berjaya menumpaskan majikan yang mengupahnya sebelum ini. Kira ada nilai murni dalam novel ni berbanding cerita Healer tadi.

Walaupun cerita Healer tu nampak macam kosong, namun seronok juga bila dapat layan movie osem macam tu. Ia lebih mengingatkan saya tentang plot novel Surihati Encik Pembunuh. Haha.

P.s : Apa2jela. Layan je.

Sunday, May 14, 2017

Paradigma Guru - Pokcik Fingernailz

Apa yang best masa Pesta Buku Antarabangsa 2017?


Merembat buku hasil karya Pokcik Fingernailz la. Hihi

Sebelum ni cuma follow komik ni di alam maya sahaja, Sekarang sudah di cetak dalam bentuk hardcopy. Best Oooo. Walaupun nampak macam bakal memenuhkan tempat letak buku bila beli komik fizikal ni tapi bila dapat karya dalam bentuk fizikal, ia seperti tersimpan sentimental value.
Yang penting, boleh baca banyak2 kali tanpa buka pc dan internet. 
Jimat line internet saya. Hehehe


Yang lagi best dapat autograph dari tuan tanah komik tu.
Oklah nama saya Nabilah dan sememang blog ni bermula dengan Bella jadi dah boleh agakkan. Haha


Sanggup dia lukiskan watak kegemaran saya. Hehehe
Cuma saya tak bergambar dengan penulis komik ni.
Mungkin segan kot. 
Takpalah, biar ia tersemat dalam ingatan ini.
Dapat autograph pun jadilah ek.

Apa yang best dengan komik ni?
Dari tajuk komik tu pasti dapat teka yang tema utama komik ni tentang guru.
Bukan guru biasa2 tau. Guru yang ada kuasa luar biasa.
Kuasa boleh membaca fikiran orang. Bukan setakat tu je. 
Banyak pengajaran yang diselitkan setiap bab.
Anda juga tak kering gusi melihat telatah guru2 dan anak murid mereka.
Best tau.
Komik ni juga mengingatkan saya tentang cerita Great Teacher Onizuka.
Lebih kuranglah tema dia tapi Paradigma Guru ni lebih sopan lagi jalan ceritanya.
Jadi sesiapa pun boleh membaca komik ini dengan riangnya.

Nak baca komik Paradigma Guru juga?
Klik sini untuk baca secara online.
Tak sabar nak tunggu episode seterusnya. :D


Saturday, May 13, 2017

Jualan buku terjejas


Nak baca berita penuh sila ke link sini

Haih, penjualan buku masa PBAKL pun terjejas, inikan pula penjual buku kecil-kecilan macam saya. Tahun ni memang sangat perlahan penjualannya. Mungkin sebab buku. Yalah buku, siapa je yang suka membaca. Kalau boleh blog ni pun kena tukar jadi post bergambar baru ada orang nak tengok blog. Haha

Dah macam strategi buat. Guna Facebook Ads pun sudah. Rabak wey nak bayar. Bayar lebih tapi tiada orang respon. Agaknya post kat facebook tak menarik perhatian audien atau aku salah pilih audien. Tapi awat mereka like page? Haha rajin beno menglike. Ramai je like, view kurang dan tiada respon. Instagram? Sudah lama buat. Pun sama kes. Beribu follow tapi yang view cuma beratus saja. Belum kira yang rajin respon. Tapi instagram lagi better dari fanpage facebook. Sekurang-kurang ada orang liked post kat instagram daripada facebook fanpage. Ke nak tampal gambar sendiri jadi model pegang buku baru nak ada orang respon ke? Hurm.

What next strategi perniagaan? Entahlah.
Fikir macam mana nak bagi orang suka baca buku.
Hahah. Entah bilalah tu. Takde semangat.

PBAKL pun sales merosot dikatakan puncanya dari Kad Diskaun Siswa.
40% penurunan jumlah jualan dan 40% itu adalah dikalangan mahasiswa. Banyak juga tu.
Macam mana dengan pengunjung lain terutama kalangan ibu bapa dan golongan bujang yang bekerjaya? Saya golongan bujang dan bekerjaya jadi saya pun tak belanja sangat masa PBAKL tu sebab nak berjimat. Saya sendiri pun kena ikat perut apatah lagi golongan bujang lain.
Cuma pergi PBAKL utk makan angin dengan adik2. Bagus betul.

Monday, May 01, 2017

Sedap ke Dubuyo?

Saya rasa enty ni pasti membuatkan peminat makanan korea bash saya. Haha
Itulah. Kena terima hakikat yang saya memang tekak kampung.
Hari ni dalam sejarah kononnya nak cuba makanan korea memandangkan restoran fastfood 3 serangkai (KFC,McD dan Pizza Hut) tiada di Sunway Putra, jadi apa salahnya mencuba kan. Agak pelik juga bila KFC & McD tiada di Sunway Putra. Haha. Kalau ada KFC, takdalah nak rasa makanan korea ni.

Jadi menu yang diorder hari ini :

Dol Sot Bibimbap - Meat

Spicy Seafood Ramyeon & Cheese Toppokki

Penilaian dari 1st impression, Dol Sot Bibimbap memang win dan nampak menyelerakan. Cuma Spicy Seafood Ramyeon & Cheese Toppokki memang out dari rupanya. Spicy Seafood Ramyeon tu ada 2 ekor udang dan 3 keping kepah yang bersemadi di dasar mangkuk tu. Haha.. Bersemadi tak tahan. Faham je kenapa dia letak udang dan kepah kat dasar mangkuk tu. Mungkin mereka nak udang dan kepah tu masak dalam mangkuk tu memandangkan kuah dia memang panas dan tak nak ramyeon tu kembang dalam kuah yang panas. Kiranya, mereka letak udang dan kepah dulu dan masak bersama kuah dan ramyeon bersama tauge dan kimchi letak masa nak angkat. Yang cheese Toppokki tu... Hurm... Saya bayangkan.... macam kat gambar bawah ni.


Tapi, yang dapat macam biasa. Tak banyak cheese. Mungkin saya salah kedai kot kalau nak rasa macam kat dalam gambar kat atas ni.

Penilaian dari segi rasa, Dol Sot Bibimbap memang sedap dan boleh diterima tekak. Cuma Spicy Seafood Ramyeon tu kuah dia tersangat masin. Masa makan tu rasa macam nak komplain sebab masin sangat tapi mungkin sebab makanan korea macam tu kot. Haha. Masa tengah makan memang panas hati jugaklah. Tengok pelanggan lain hirup kuah sedap je. Saya punya masin. Mungkin pelanggan lain order menu lain, jadi boleh hidup kuah dengan bahagianya. Adik order menu sama pun kuahnya memang rasa masin. Jadi kena tos dulu kuah dan lauk masa makan. Namun masih terasa kemasinan. Nanges. Tahap kepedasan, tiada. Sepatutnya dibuang perkataan Spicy tu. Mungkin makanan korea tak pedas kot. Haha. Cheese Toppokki pula boleh tahan rasanya. Boleh diterima. First time makan rice cake. Tapi kenapa rasa hapak rice cakenya? Mungkin rasa macam tu kot. 

Sedap ke Dubuyo? Saya baru rasa 3 menu ni jadi tak boleh nak kata yang makanan dia tak sedap. Mungkin ada menu yang lain sedap. Antara 3 menu yang diorder, Dol Sot Bibimbap yang sedap. Jadi, orderlah Dol Sot Bibimbap ye. Nak cuba kemasinan melampau, orderlah Spicy Seafood Ramyeon. 

Dari pemerhatian tengok menu yang pelanggan lain order, ramai yang order menu yang ada nasi. Mungkin menu yang ada nasi yang sedap kot. Mungkin sebab tengah hari jadi ramai yang order nasi. Hahaha. Rajin-rajinlah diri untuk semak menu di website ya ->https://www.dubuyo.com/

P/s : Nasi panas + Udang tumis cili api + labu air masak air lagi win rasanya. Memang lidah kampung. T_T

Monday, April 24, 2017

Review Novel Surihati Encik Pembunuh - Hilal Asyraf

Kali ni nak review novel terbaru karya Hilal Asyraf yang berjudul Surihati Encik Pembunuh. Sebelum ini saya ada review novel Pemburu karya penulis yang sama. Boleh semak review tersebut di sini. Apa yang best novel kali ini? Pastilah tentang aksi ketangkasan seorang pembunuh dalam menjalankan misinya. Pembunuh yang digelar "Izrail" kerana bilangan orang yang dibunuhnya ramai dan ketangkasan dalam berlawan. Pembunuh ni juga ada prinsip. Dia hanya bunuh orang yang tersenarai dalam kontrak sahaja. Dia tidak akan membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam dunia gelap. Setiap kontrak yang ditawarkan akan disemak dahulu sebelum terima. Bagus pula pembunuh ni.. Ada lagi best dari itu. Kisah perjalanan hidup seorang pembunuh yang mencari jalan pulang dan mahu menjadi manusia normal serta kembali kepada tuhan. Macam klise kan. Yang lagi best dalam mencari jalan pulang tu, pembunuh tersebut telah jumpa surihati yang dapat membimbingnya. Tetapi untuk mencapai impiannya, dia perlu menjalankan misi terakhir dan terhebat sepanjang karier dia sebagai pembunuh. Adakah dia dapat menjalankan misinya? Adakah dia berjaya keluar dari kumpulan gelap itu? Apakah kesudahannya? Kenalah baca ya. Saya sudah baca sampai habis. Memang best novelnya. Rugi kalau anda tidak memilikinya dan tidak membacanya.


Itu dia cover novelnya. Amacam?

Bila baca novel ni teringat kisah yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA tentang seorang lelaki yang membunuh 99 orang hingga dia bertanya beberapa orang alim tantang dosanya dan penerimaan taubatnya oleh tuhan. Lelaki itu berjumpa seorang alim dan mengutarakan soalan tentang dosa dia dan penerimaan taubatnya. Namun orang alim tu menyatakan yang tuhan tidak akan menerima taubatnya kerana dosanya terlalu besar lalu lelaki itu membunuh orang alim itu sehingga genaplah 100 orang. Kemudian lelaki itu berjumpa dengan orang alim yang lain dan menanyakan soalan yang sama. Orang alim menjawab ya dan meminta lelaki itu berhijrah ke negeri lain supaya dia dapat belajar agama. Maka lelaki tersebut berhijrah tetapi lelaki itu meninggal dunia ketika di dalam perjalanan. Maka berlakulah perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab dimana malaikat rahmat mahu membawa lelaki itu ke syurga kerana  lelaki itu dalam keadaaan bertaubat namun malaikat azab mahu membawa lelaki itu ke neraka kerana lelaki itu belum beramal soleh. Datanglah seorang malaikat lain yang mencadangkan supaya diukur jarak perjalanan lelaki itu. Jika jarak perjalanan dekat dengan negeri lain maka ke syurgalah lelaki itu dan sebaliknya jika jarak perjalanan jauh dengan negeri lain maka ke nerakalah lelaki itu. Apabila diukur jarak perjalanan tersebut, lelaki itu akan ke syurga kerana jarak perjalanan dia dekat dengan negeri lain.

Apa pengajaran dalam kisah lelaki itu? Pengajarannya, rahmat Allah sangat luas. Dia mengasihani lelaki itu dengan mentakdirkan lelaki itu meninggal berdekatan dengan negeri lain supaya lelaki itu dapat memasuki syurga. Allah juga menerima taubat lelaki itu apabila melihat kesungguhan lelaki itu berusaha untuk keluar dan berhenti dari melakukan maksiat. Sudah semestinya, pengakhiran seseorang manusia itu sama ada ke syurga atau neraka itu adalah dengan izin dan rahmat Allah. Bukan atas amal soleh seseorang itu dapat menentukan seseorang itu dapat masuk syurga atau neraka. Namun, beramal soleh perlu juga dilakukan sebagai tanda keimanan dan syukur atas nikmat Allah kurniakan. Kisah lelaki itu juga merupakan latar dalam novel ini. Seorang pembunuh yang sedang mencari jalan pulang. Ada juga pengajaran lain yang boleh diperlajari dari novel tu antaranya, cara nak meninggalkan dosa, kejujuran dan banyak lagi. 

Itulah dia serba sedikit review novel ini.
Harap anda mencari novel ini di pasaran.
Yang terdekat, boleh dapati di Pesta Buku Antarabangsa 2017, PWTC.
Stok terhad dan jangan lepaskan peluang untuk membaca karya terhebat ini.

P.s : Semangat mempromot nampaknya.

Friday, April 21, 2017

Cara nak pembaharuan lesen perniagaan

Hari dinanti telah tiba. Esok cuti sudah diluluskan maka bermulalah menguruskan urusan peribadi. yey. Jadi esoklah masa yang sesuai nak pembaharuan lesen perniagaan memandangkan lesen pun dah nak tamat lagi beberapa hari. Dah berniaga online jadi kenalah ada lesen demi menjaga kepentingan pelanggan gitu. Itulah, esok pagi nak mulakan kerja baru malam ni nak google cari macam mana nak renew lesen perniagaan. Bagus betul.

Antara hasil carian tempat untuk baharui lesen perniagaan :
1- pergi kaunter SSM
2- daftar online SSM
3- pergi kaunter BSN

Memandangkan pilihan pertama tidak sesuai untuk saya pilih sebab lokasi kaunter SSM jauh dari rumah (Putrajaya je pun), kena kira kos petrol lagi, kereta pun tak dapat nak gerak jauh2, maka pilihan pertama terpaksa ditolak. Pilihan kedua juga terpaksa ditolak sebab saya belum daftar pengguna untuk menggunakan servis online SSM. Nak daftar pengguna pun kena pergi kaunter SSM juga. Maka, tak payahlah. Tinggal pilihan ketiga. Memang pilihan yang bijak sebab BSN dekat je dengan rumah. Cuma nak kena gerak awal sebab parking terhad.

Cara nak renew lesen kat kaunter BSN.

Sumber Info [Link]

Itu saya ambil terus dari laman sesawang BSN.
Apa tu borang A1?


Nak dokumen penuh klik sini.



Jadi, isilah maklumat yang diperlukan.
Selamat mencuba. Saya pun. Semoga urusan esok dipermudahkan.