Friday, November 21, 2014

What do you learn from Matematics?


"Mathematics teach us to be systematic and doing something in order by doing the solution in order."

"Mathematics teach us to be particular in small things. By doing a silly mistake, the true answer will not come out"

"Mathematics teach us to think and create a strategy to solve the problem. No matter which way. Any way also bring to the true answer either the way is too long or the short one. But make sure not to enter the wrong way"

Sebenarnya matematik ni banyak mengajar kita jika kita sedar kelebihan mempelajarinya.
Malangnya ramai pelajar tidak suka matematik kerana menyangka matematik itu subjek yang sukar dan melecehkan. Itu belum cerita pasal matematik tambahan mahupun calculus. 

Kunci untuk pandai matematik :
Banyakkan buat latihan.
Biasakan diri dengan soalan matematik.
Sentiasa mengemaskini jalan kira yang terkini untuk menyelesaikan masalah matematik.
Sebab, adakalanya kita terlepas pandang tentang jalan kira penting yang perlu dinyatakan selain dari jalan kira yang biasa kita gunakan.

Matematik itu bukan subjek yang sukar.
Yang sukar itu hanyalah mindset kita.

P.s : Hanya dari sekeping gambar dapat menerangkan bermacam perkara. Haha

Thursday, November 20, 2014

Le Gardenia dan sekolah


Masa zaman sekolah dulu, saya memang suka layan komik. Antara komik yang saya sempat membaca ialah komik Le Gardenia. Habis semua siri saya baca dan masih saya simpan komiknya sehingga ke hari ini. Komik ni berjaya menyentuh perasaan saya serta mengetuk kotak fikiran saya. Perkara tersebut adalah tentang sistem pendidikan yang diperkenalkan dalam komik ni. Dalam komik ni, penulis telah membina situasi dimana masyarakat disana memandang tinggi sekolah swasta sampai sanggup bergadai harta demi menyekolahkan anaknya di sekolah swasta. Pada ketika itu masyarakat beranggapan yang anak mereka akan dapat tahap pendidikan yang berkualiti jika anaknya bersekolah di sekolah swasta. Anak dari keluarga kaya sudah semestinya menghantar anaknya ke sekolah swasta. Manakala anak dari keluarga sederhana cuba sedaya upaya menghantar anaknya ke sekolah swasta juga. Disini dapat dilihat yang sekolah swasta hanya untuk golongan elite sahaja. Bila ada pelajar yang berasal dari keluarga biasa dan masuk sekolah swasta, habis pelajar tu dikerjakan (buli). Bagi yang tidak berkemampuan hanya memadai bersekolah biasa.

Dengan wujudnya sekolah swasta secara tidak langsung mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat itu sendiri. Hal ini mungkin berlaku kerana hilang keyakinan terhadap kualiti pendidikan yang sedia ada di sekolah biasa oleh golongan kaya. Tidak dinafikan juga wujudnya sekolah swasta itu atas dasar mahu kelainan dalam sistem pendidikan yang sedia ada. 

Seharusnya pendidikan itu harus diberi sama rata bukan mengikut kasta.
Semua pelajar berhak mendapat pendidikan yang berkualiti.
Jika sistem pelajaran yang sedia ada mampu melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing, masalah ini pasti tidak terjadi.

Jika begitu, sama juga dengan kewujudan kelas tusyen.
Kenapa ada yang sanggup bayar lebih untuk dapatkan pengajaran lebih?
Bagi yang berkemampuan bolehlah hantar anak ke pusat tusyen.
Bagaimana yang kurang berkemampuan?
Pelajar yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai semangat belajar yang tinggi.
Solusi express : menyertai TFTN (Teach for the Needs)

Jadi apa gunanya cikgu?
Alangkah bagus jika ada cikgu sudi mengajar sepenuh hatinya bukan sekadar mengajar sepenuh hati di dalam kelas malah di luar kelas. Pelajar yang lemah dibimbing dan disantuni bukan dimarahi dan dibenci.

Alangkah bagus juga jika cikgu tidak mengharapkan pusat tusyen untuk mengajar anak muridnya walaupun hampir satu kelas pergi tusyen. Hampir satu kelas. Bukan semua pelajar. Bagaimana dengan nasib sebilangan kecil pelajar yang tidak pergi tusyen dan hanya mengharap 100% ajaran dari cikgu.

Saya pernah jadi murid.
Saya pernah jadi cikgu.
Saya merasainya semua.
Kembalikan tugas asal guru, 
kembalikan fungsi pendidikan yang sebenar

Pergi sekolah bukan sekadar mengejar bilangan A dan kedudukan kelas.
Pergi sekolah untuk jadi manusia.
Bukan sekadar pintar dari segi akal malah murni dari segi tingkah laku.
Memanusiakan manusia.

Wednesday, November 19, 2014

Trengkas

Kebolehan Trengkas.
Kebolehan yang amat diperlukan bagi kerjaya kesetiusahaan dan kewartawanan.

Trengkas? Apakah itu?
Trengkas adalah singkatan bagi perkataan Tulisan Ringkas.
Kebolehan ini amat diperlukan untuk mencatat perkataan yang banyak pada masa yang singkat.
Sesuai digunakan untuk mencatat nota dengan lebih cepat.

Hurmm. Agak sesuai untuk tulis maklumat rahsia. Haha
Tak semua orang tahu dan faham tulisan Trengkas ni. 
Apatah lagi pakar dalam menggunakan tulisan ni. Hoho
Ini Bonus.

Antara rujukan yang bagus (rujukan online) untuk mengetahui lebih mendalam tentang Trengkas ni adalah dari blog trengkas.blogspot.com dan belajartrengkas.blogspot.com. Rujukan dari belajartrengkas.blogspot ni sangat bagus kerana penulisnya sendiri merupakan pengajar tulisan ini dan ada buat kursus khas untuk sesiapa yang mahu belajar tulisan ni. Rujukan lain, emmymazli.blogspot.com

Saya nak ulas tentang trengkas pun tak reti. Saya sendiri pun tak faham. Harharhar.

Boleh pening dibuatnya saya bila belajar Trengkas ni.
Hasil dari pemerhatian dan conteng2 yang saya buat selama beberapa minit, apa yang saya lihat tentang trengkas ni.... tulisan ni terhasil dari bunyi tu sendiri. Sebagai contoh : 

Gambar dari belajartrengkas.blogspot.com
Cuba lihat /p/ dan /b/ tu. Arah garisan sama cuma ketebalan yang berlainan. Mana yang huruf bunyinya tebal maka tulisannya pun akan tebal juga. /p/ dan /b/ juga bunyi nak seakan sama cuma ketebalan je lain. Bila sebut /b/, bunyi lagi tebal dari /p/. Cuba lihat huruf yang lain pula.

Dengan ini tidak mustahil untuk belajar tulisan ni jika kita tekun untuk menghadam apa yang telah disampaikan dalam blog tu. Belajar tulisan ni tak jadi kalau setakat tengok dan baca. Kena ada pen dan kertas juga kat sebelah. Bukan setakat ada pen dan kertas, kena cuba tulis. Dari situ pembelajaran bermula.

Trengkas ini juga tidak terhad untuk perkataan dalam Bahasa Melayu malah boleh juga digunakan untuk perkataan Bahasa Inggeris. Mungkin ada sedikit kelainan simbolnya.

Sumber gambar : [Link]

Saya nak tulis dan tahu baca tulisan kat atas ni.
Anda mahu?
Jom belajar. :DDD

Cara untuk menguji kepantasan menaip.

Bagi yang sedang mencari kerja terutama yang sedang memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan pasti pernah terjumpa ruangan untuk mengisi kepantasan menaip.

Yang kat atas ni antara contoh borang yang ada ruangan khas untuk mengisi tahap kebolehan menaip dan tahap kebolehan trengkas.

Jadi, macam mana nak tahu tahap kebolehan menaip ni?
Saya ada jumpa 2 website yang best dan sangat membantu untuk mengukur tahap kebolehan menaip.
Antara websitenya :

1- 10 Fast Fingers -> url : http://10fastfingers.com/typing-test/


Website ni menawarkan ujian menguji kepantasan menaip dalam pelbagai bahasa selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 
Nak uji kepantasan menaip bahasa lain pun disediakan. 

Yang bawah ni saya punya.
Tak berapa nak pantas sangat nak menaip. 
Hueh hueh.

 

2- http://www.sense-lang.org/typing/test/test.php?lang=MS&lesson=16


Website ni pula hanya menawarkan ujian menaip khusus untuk Bahasa Melayu.
Siap sediakan latihan dan games untuk menaip pun ada.

Yang kat bawah ni saya punya.
Tak berapa nak pantas juga nak menaip. Huhu


Dengan adanya 2 website ni, anda tak perlu pening2 nak fikir macam mana nak uji kepantasan menaip. Hanya taip je apa yang website tu sediakan dan lihatlah keputusannya. Bila dapat keputusan tu bandingkan dan pilih mana yang tinggi. Hehe

Untuk kebolehan trengkas tu saya akan ulas pada post akan datang. Saya pun tak mahir bab trengkas ni. Saya dah jumpa maklumatnya tapi tengah tunggu masa sesuai untuk menulisnya.
[Baca : Trengkas]

Selamat mencuba!

Monday, November 17, 2014

Bagai mencurah air ke daun keladi.

~Susahkan nak ubah seseorang~

Pernah tak jumpa orang yang bila bagi nasihat banyak2 pun tak dengar.
Ala2 mencurah air ke daun keladi.
Kadang2 rasa macam nak libas orang tu sampai lebam.

Terutama bila orang tu dah tetap pada pendiriannya.
Kadang2 pendirian dia bukannya betul sangat.
(Macamlah apa yang kita pandang tu betul.)

Ada beberapa faktor penyebab kenapa orang susah nak berubah :

1- Kurang matang.
Mungkin pada peringkat umur dia yang dia rasa apa yang dia buat tu sudah betul.

2- Berfikiran pendek.
Macam sama dengan kurang matang je.

3- Dia memang tak nak berubah.
Memang dia sendiri tak nak tolong diri sendiri untuk berubah. Dia dah selesa dengan hidupnya.

4- Suka mencari alasan.
Bila suruh sikit mulalah merengek tak nak buat. Kata banyaklah, susahlah, bosanlah...

Sebenarnya entry kali ini berkaitan dengan sikap pelajar sekarang. Contoh paling dekat adik sendirilah. Punyalah si Kakak yang baik hati ni paksa si adik ni buat latihan banyak2 akibat dari pencapaian yang kurang memuaskan semasa peperiksaan akhir tahun. Tapi itulah. Dah nama adik. Bila suruh sikit mulalah bising kata banyak sangat. Mula merengek panggil akaaak akaaak. Pastu termenung. Maka kerja yang sepatutnya cepat disiapkan terus jadi lambat siap.

Hurmmm... Si kakak ni pun tak tahu nak "basuh" dengan apalah dekat si adik ni. Dah berbuih mulut bagi nasihat. Nasib baik tahan marah. Memang dalam kepala rasa nak belasah budak ni. Tapi itulah. Ada benda kurang dalam dirinya iaitu motivasi. Motivasi untuk dia terus konsisten dengan apa yang dia tengah buat sekarang. Dah nampak dia macam robot sekarang. Buat tapi tak bersemangat. Tapi robot banyak mulut sebelum buat kerja. Haha...

Agaknya dia budak mentah lagi. Tambah lelaki. Lambat sikit nak matang.

Bukan banyak pun kerja yang dia kena buat. Salin balik buku cerita Bahasa Inggeris (satu muka surat je) dan latihan matematik 20 soalan. Ironinya, supaya dia dapat perbaiki tulisannya serta sambil menyalin tu dia boleh baca dan ingat ejaan Bahasa Inggeris tu. Menjadi bonus bila dia dapat tangkap struktur ayat Bahasa Inggeris tu. Dapat bantu dia buat karangan nanti. Latihan matematik tu seperti biasalah untuk memperkasakan lagi kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah. Orang dewasa bolehlah nampak kelebihannya. Apa pula kata si adik yang masih darjah 5 ni. Mesti dia terbeban. Tak sampai hati tetapi untuk kebaikan dia juga.

Saya buat semua ini bukan kerana nak dia sentiasa kejar pencapaian yang bagus di sekolah.
Saya nak dia belajar sesuatu dari apa yang dia belajar dari sekolah.
Apa yang dia belajar di sekolah tu benda yang asas.
Bila benda asas sudah tunggang langgang, macam mana nak tempuh perkara yang lagi rumit.
Dari kerja yang dia kena buat ni juga terselit pengajaran yang dia kena belajar untuk buat benda yang dia tak suka. Dia tak suka tetapi dia kena buat. Dalam hidup ni pun bukan benda yang seronok je muncul. Benda yang tak seronok pun boleh muncul. Dia kena belajar menerimanya. 
Dan dia kena ingat, dalam hidup ni semua bermula dengan perkara asas. 
Untuk membina sesuatu yang kukuh, perkara asas tu kenalah kuat dan dalam.

Motivasi... Kena mencari lagi motivasi lain untuk dia.... 
Motivasi yang lebih kuat untuk dirinya...
Selain dari motivasi sementara seperti main game clash of clans...

Clash of Clans pun boleh jadi motivasi. haha

P.s : Baru kena kaw kaw dengan adik sendiri. Kalau anak sendiri macam mana ek?


Pengalaman menjawab peperiksaan PTD secara online

Seperti yang tertulis pada tajuk diatas, hari ini rasa nak coret sedikit pengalaman ketika menjawab peperiksaan PTD secara online baru2 ni. Walaupun tidak berjaya namun rasa bersyukur jugak bila diberi peluang untuk menduduki exam tersebut. Pengalaman itu penting. Berjaya atau tidak berjaya tu belakang cerita.


Sebelum itu, mesti ada yang tertanya-tanya apakah itu PTD?
PTD atau nama panjangnya ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Tugas sebagai seorang PTD ni meliputi....

" Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. [spa.gov.my]        "
Banyakkan tugas dia. Menurut sejarah, PTD ni sudah berada dalam jentera pentadbiran negara sebelum merdeka lagi. Bermula pada awal 1896 dimana PTD dinamakan sebagai Straits Settlement and Federated Malay States Civil Service yang ketika itu kewujudannya adalah untuk mentadbir Negeri2 Selat dan Negeri2 Melayu Bersekutu. Hebat tak? Sejak zaman British lagi dah wujud dah PTD ni. Nak tahu lebih boleh baca lagi sejarah tentang PTD di pautan INTAN.

Sebenarnya tugas sebagai pegawai PTD ni takdelah nak kena buat semua seperti yang tercatat pada portal SPA tu. Cuma untuk peringkat awal terutama bagi mereka yang mahu menjadi PTD kenalah tahu semua tugas penting sebagai PTD (8 Bidang Tugas Utama PTD). Bila sudah dapat jadi PTD baru ditempatkan pada bidang yang khusus.

8 Bidang Tugas Utama PTD :
--------------------------------------------------------------------------------------------------
1- Pengurusan Sumber Ekonomi
2- Pengurusan Sumber Kewangan
3- Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4- Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
5- Perancangan dan Pentadbiran Sosial dan Infrastruktur
6- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Perbandaran Tanah/Daerah Tempatan
7- Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
8- Keselamatan dan Pertahanan Negara

Berbalik kepada peperiksaan PTD,peperiksaan dibahagi kepada 5 bahagian.
Seksyen A - Pengetahuan Am (50 MCQ - 40 minit)
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah (40 MCQ - 45 minit)
Seksyen C - Ujian Psikometrik (36 MCQ - 15 minit)
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu (3 soalan, pilih 1 soalan - 30 minit)
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris (3 soalan, pilih 1 soalan - 30 minit)

Seksyen A, B dan C tu jawab secara online. Adalah tempoh masa yang mereka berikan telah ditetapkan. Yang ni kena semak email atau e-semak yang pihak SPA sediakan untuk mengetahui bila exam dan waktu bila. Buat masa ni Seksyen D dan E dibuat masa temuduga nanti. Itupun kalau BERJAYA melepasi peperiksaan online ni. Keputusannya peperiksaan tu boleh tahu 2 hari kemudian dan masih bergantung pada notis dari pihak SPA.

Topik yang akan masuk masa exam online PTD...... Tak berani nak bagi cadangan memandangkan saya sendiri pun tak berjaya melepasi exam ni. Haha.

Berdasarkan informasi yang berjaya dikutip sepanjang Kursus SPA Outreach PTD selama 2 jam, untuk Seksyen A - Pengetahuan Am tu bolehlah cuba baca topik yang ada dalam subjek Pengetahuan Am untuk pelajar tingkatan 6.

Rugi pula tak beli buku ni sebagai persediaan peperiksaan SPA. Haha
Tengok isi dia bagus (Baru tengok kat MPH MidValley Ahad lepas :P).
[sumber gambar ; ridersmalaya]


Saya pula mengharapkan informasi dari buku sejarah tingkatan 5 untuk mendapat informasi tentang dasar-dasar negara, perlembagaan dan organisasi yang Malaysia terlibat. Saya terlepas pandang tentang bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Fungsi kerajaan persekutuan pun ada tanya. Banyak betul jenis kerajaan ni ya. Untunglah bagi mereka yang pernah ambil subjek Pengajian Am masa tingkatan 6. Kenalah membaca sendiri untuk tambah pengetahuan sendiri. Selain dari mengharapkan informasi dari buku, informasi semasa dari surat khabar pun kena ambil tahu. Berita sukan, berita semasa, berita dalam dan luar negeri yang melibatkan Malaysia pun kena tahu. 


Antara buku rujukan saya. Betapa "bagus"nya  saya.

Untuk Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah pula, soalan yang ditanya kebanyakkan soalan logik dan permasalahan matematik asas seperti penambahan, penolakan, pembahagian, pendaraban, pecahan, peratusan, kebarangkalian dan nisbah. Kebanyakkan soalan adalah soalan KBAT. Haha. Apa tu KBAT? Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Istilah ni pun tengah hangat diperkatakan oleh para pelajar dan guru2. Latihan yang sesuai untuk permasalah matematik ni dengan membuat latihan matematik darjah 6 dan tingkatan 1. Terutama soalan yang formatnya situasi. Mesti pelik kenapa kena buat latihan matematik darjah 6 dan tingkatan 1? Percayalah, soalan matematik penyelesaian masalah bagi tahap mereka tersangatlah mencabar.

Dan terakhir Seksyen C - Ujian Psikometrik. Ujian ni penting untuk mengetahui personaliti kita. Melalui ujian ni kita dapat tahu yang kita ni lurus bendul ke, penipu ke atau macam2 lagi. Dengan ujian ni jugalah penentu yang kita ni sesuai ke tak untuk jadi PTD ke tak. Agak2 personaliti macam mana yang PTD kena ada ya?

Nasihat saya..... berusahalah sebaik mungkin supaya anda terpilih untuk meneruskan peringkat saringan seterusnya. Jika tidak berjaya tu jangan berputus asa. Mungkin rezeki anda bukan disitu. Mungkin juga anda kurang persediaan untuk menjawab exam tersebut. Dan perlu diingatkan, peratusan yang berjaya ke peringkat seterusnya teramatlah sedikit. Tetapi tak mustahil jika anda berjaya menempatkan diri anda dalam peratusan yang sedikit tu.

Jika anda berjaya interview nanti, anda akan diberi latihan di INTAN selama setahun. Selepas tamat barulah anda boleh meneruskan tugas anda sebagai PTD. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang INTAN boleh layari pautan www.intanbk.intan.my

Semoga berjaya buat bakal2 PTD dan tahniah buat yang berjaya. :)

P.s : Informasi ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa. Sila dapatkan informasi terkini dari portal SPA dan facebook SPA. Tidak lupa lapangkan masa anda untuk menghadiri SPA Outreach PTD bila anda sudah terpilih untuk menduduki ujian. Anda akan mendapat maklumat maklumat lebih terkini dari pihak PTD semasa kursus tersebut.

Friday, November 14, 2014

Terjumpa pautan yang meragukan? Hati-hati


Pernahkah anda terlihat pautan seperti yang diatas?
Sama ada anda terlihat kawan anda yang post atau pautan tersebut sudah ada 
pada wall facebook anda?

Jika anda pernah melihatnya dan ada pada wall facebook anda sebaiknya anda delete pautan tersebut. Sejak pautan ini berada di laman social terutama Facebook, banyak kes sebaran virus dilaporkan.
Virus tersebut akan menyerang akaun peribadi dengan mengepost pautan yang kurang sesuai di post sama ada pada wall facebook anda atau wall kawan anda.

SKMM pun sudah memberi peringatan pada pengguna Facebook khususnya.
Terutama pautan dari paintchibi.net dan iphonevl.com
Boleh rujuk pada rajah di bawah ini.



Langkah yang selamat untuk mengelak kejadian sebegini berulang lagi:
1- Memeriksa dahulu pautan sebelum tekan pautan tersebut dan jika nampak pautan tersebut mencurigakan lebih baik tak perlu tekan pautan tersebut.
2- Jangan mudah terpedaya dengan post yang lawa dan susunan ayat yang menarik.
3- Menolong pengguna lain untuk menghebahkan perkara ini supaya pengguna lain tidak terjerat pada perangkap yang sama. Anda perlu delete jika pautan ini ada kat wall anda.

Jadi tak perlu gusar dan risau jika anda sentiasa ikut langkah 1 dan 2. 
Layari Facebook anda tanpa was-was.

P.s : Nasib baik masih selamat. Pernah juga tekan link paintchibi.net tu sebab tengok lukisan dia lawa. Mujur line internet lembap masa tu. Haha

Monday, November 03, 2014

Kegunaan "Activity Log" dalam Facebook.

Tahukah anda yang dalam Facebook ada Activity Log?


Anda boleh tahu Activity Log anda dengan menekan butang butang segi tiga terbalik tu dan pilih Activity Log.


Activity log ini sangat penting dan merupakan tempat tertulisnya aktiviti seharian ketika menggunakan facebook. Kat situ tercatatnya post yang anda post kat wall facebook, page mana yang anda like, comment yang anda berikan pada individu tertentu dan banyak lagi. Aktiviti anda yang terdahulu juga tersimpan disitu.

Ini saya punya.

Aktiviti log ini sangat berguna bagi mereka yang...

1- Mahu hide atau delete atau higlight post sendiri dari pandangan umum mahupun kawan. Status yang di share pada wall sendiri pun boleh hide atau delete atau highlight post tersebut.



2- Mahu delete komen dia sama ada komen pada post sendiri atau komen pada status kawan.


3- Mahu unlike page dan unlike pada status kawan atau pada status sendiri.


4- Mahu cari balik link2 atau post2 yang penting yang telah di share pada wall sendiri pada masa lalu.

link ini berjaya di perolehi walaupun link ini di post kira2 5 bulan yang lepas.

Activity Log ini dikira macam history bagi pengguna facebook. Lebih kurang macam history yang tersimpan dalam browser anda dimana semua aktiviti carian anda lakukan dengan browser anda akan disimpan sama ada anda guna Google Chrome atau Mozilla Firefox. Semua carian anda disimpan selagi history itu tidak di delete. Begitu juga dengan Activity Log di Facebook. 


Anda boleh scrol menu yang sudah disediakan dalam Activity Log.
Menu yang tertera mengandungi history yang di susun mengikut kategori tertentu seperti yang sudah tertera dalam menu tersebut. Ini memudahkan dalam proses pencarian post yang dikehendaki.

Kotak search pun disediakan untuk memudahkan lagi pencarian.
Hanya perlukan letakkan perkataan yang bersesuaian dengan post yang anda cari.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa harus guna Activity Log untuk hide atau delete post di facebook. Kenapa tidak hide atau delete dekat profile page.

Pilihan yang disediakan pada setiap post dekat profile page.

Memang benar yang post boleh hide atau delete dekat profile page. Tetapi post yang di delete hanya terhad pada post yang ditulis oleh kita sendiri atau post yang di share pada wall page sendiri. Post2 lain seperti post yang kita share pada orang lain atau komen yang diberikan pada post kawan2 sukar ditemui semula jika kita mahu delete. Apatah lagi nak cari balik post tersebut di wall page kawan teramat susah. 

Walaupun bukan tujuan nak delete, jika mahu tengok balik post2 yang penting terdahulu yang terdapat pada profile page sendiri tersangatlah susah kerana facebook sudah sorok post yang kurang mendapat like dan komen dari profile page sendiri. Jadi dengan cara mudah untuk mendapat kembali post terdahulu dengan cara menggunakan Activity Log itu sendiri. Dengan kata lain, anda boleh mengimbau kembali kenangan penuh anda bersama facebook dengan melihat sendiri catatan yang tersimpan dalam Activity Log itu sendiri.

Jadi gunalah kemudahan yang diberikan oleh Facebook sebaik mungkin.
Dan sentiasa peka dengan perubahan persekitaran yang berlaku dalam Facebook anda.
Jangan pernah berhenti share perkara yang bermanfaat atau menyimpan maklumat penting untuk rujukan sendiri. Dengan adanya Activity Log, anda boleh mencari balik maklumat penting yang anda telah share.

P/s : Facebook dah kawal aktiviti kita. T_T