Monday, November 17, 2014

Pengalaman menjawab peperiksaan PTD secara online

Seperti yang tertulis pada tajuk diatas, hari ini rasa nak coret sedikit pengalaman ketika menjawab peperiksaan PTD secara online baru2 ni. Walaupun tidak berjaya namun rasa bersyukur jugak bila diberi peluang untuk menduduki exam tersebut. Pengalaman itu penting. Berjaya atau tidak berjaya tu belakang cerita.


Sebelum itu, mesti ada yang tertanya-tanya apakah itu PTD?
PTD atau nama panjangnya ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Tugas sebagai seorang PTD ni meliputi....

" Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. [spa.gov.my]        "
Banyakkan tugas dia. Menurut sejarah, PTD ni sudah berada dalam jentera pentadbiran negara sebelum merdeka lagi. Bermula pada awal 1896 dimana PTD dinamakan sebagai Straits Settlement and Federated Malay States Civil Service yang ketika itu kewujudannya adalah untuk mentadbir Negeri2 Selat dan Negeri2 Melayu Bersekutu. Hebat tak? Sejak zaman British lagi dah wujud dah PTD ni. Nak tahu lebih boleh baca lagi sejarah tentang PTD di pautan INTAN.

Sebenarnya tugas sebagai pegawai PTD ni takdelah nak kena buat semua seperti yang tercatat pada portal SPA tu. Cuma untuk peringkat awal terutama bagi mereka yang mahu menjadi PTD kenalah tahu semua tugas penting sebagai PTD (8 Bidang Tugas Utama PTD). Bila sudah dapat jadi PTD baru ditempatkan pada bidang yang khusus.

8 Bidang Tugas Utama PTD :
--------------------------------------------------------------------------------------------------
1- Pengurusan Sumber Ekonomi
2- Pengurusan Sumber Kewangan
3- Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4- Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
5- Perancangan dan Pentadbiran Sosial dan Infrastruktur
6- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Perbandaran Tanah/Daerah Tempatan
7- Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
8- Keselamatan dan Pertahanan Negara

Berbalik kepada peperiksaan PTD,peperiksaan dibahagi kepada 5 bahagian.
Seksyen A - Pengetahuan Am (50 MCQ - 40 minit)
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah (40 MCQ - 45 minit)
Seksyen C - Ujian Psikometrik (36 MCQ - 15 minit)
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu (3 soalan, pilih 1 soalan - 30 minit)
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris (3 soalan, pilih 1 soalan - 30 minit)

Seksyen A, B dan C tu jawab secara online. Adalah tempoh masa yang mereka berikan telah ditetapkan. Yang ni kena semak email atau e-semak yang pihak SPA sediakan untuk mengetahui bila exam dan waktu bila. Buat masa ni Seksyen D dan E dibuat masa temuduga nanti. Itupun kalau BERJAYA melepasi peperiksaan online ni. Keputusannya peperiksaan tu boleh tahu 2 hari kemudian dan masih bergantung pada notis dari pihak SPA.

Topik yang akan masuk masa exam online PTD...... Tak berani nak bagi cadangan memandangkan saya sendiri pun tak berjaya melepasi exam ni. Haha.

Berdasarkan informasi yang berjaya dikutip sepanjang Kursus SPA Outreach PTD selama 2 jam, untuk Seksyen A - Pengetahuan Am tu bolehlah cuba baca topik yang ada dalam subjek Pengetahuan Am untuk pelajar tingkatan 6.

Rugi pula tak beli buku ni sebagai persediaan peperiksaan SPA. Haha
Tengok isi dia bagus (Baru tengok kat MPH MidValley Ahad lepas :P).
[sumber gambar ; ridersmalaya]


Saya pula mengharapkan informasi dari buku sejarah tingkatan 5 untuk mendapat informasi tentang dasar-dasar negara, perlembagaan dan organisasi yang Malaysia terlibat. Saya terlepas pandang tentang bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Fungsi kerajaan persekutuan pun ada tanya. Banyak betul jenis kerajaan ni ya. Untunglah bagi mereka yang pernah ambil subjek Pengajian Am masa tingkatan 6. Kenalah membaca sendiri untuk tambah pengetahuan sendiri. Selain dari mengharapkan informasi dari buku, informasi semasa dari surat khabar pun kena ambil tahu. Berita sukan, berita semasa, berita dalam dan luar negeri yang melibatkan Malaysia pun kena tahu. 


Antara buku rujukan saya. Betapa "bagus"nya  saya.

Untuk Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah pula, soalan yang ditanya kebanyakkan soalan logik dan permasalahan matematik asas seperti penambahan, penolakan, pembahagian, pendaraban, pecahan, peratusan, kebarangkalian dan nisbah. Kebanyakkan soalan adalah soalan KBAT. Haha. Apa tu KBAT? Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Istilah ni pun tengah hangat diperkatakan oleh para pelajar dan guru2. Latihan yang sesuai untuk permasalah matematik ni dengan membuat latihan matematik darjah 6 dan tingkatan 1. Terutama soalan yang formatnya situasi. Mesti pelik kenapa kena buat latihan matematik darjah 6 dan tingkatan 1? Percayalah, soalan matematik penyelesaian masalah bagi tahap mereka tersangatlah mencabar.

Dan terakhir Seksyen C - Ujian Psikometrik. Ujian ni penting untuk mengetahui personaliti kita. Melalui ujian ni kita dapat tahu yang kita ni lurus bendul ke, penipu ke atau macam2 lagi. Dengan ujian ni jugalah penentu yang kita ni sesuai ke tak untuk jadi PTD ke tak. Agak2 personaliti macam mana yang PTD kena ada ya?

Nasihat saya..... berusahalah sebaik mungkin supaya anda terpilih untuk meneruskan peringkat saringan seterusnya. Jika tidak berjaya tu jangan berputus asa. Mungkin rezeki anda bukan disitu. Mungkin juga anda kurang persediaan untuk menjawab exam tersebut. Dan perlu diingatkan, peratusan yang berjaya ke peringkat seterusnya teramatlah sedikit. Tetapi tak mustahil jika anda berjaya menempatkan diri anda dalam peratusan yang sedikit tu.

Jika anda berjaya interview nanti, anda akan diberi latihan di INTAN selama setahun. Selepas tamat barulah anda boleh meneruskan tugas anda sebagai PTD. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang INTAN boleh layari pautan www.intanbk.intan.my

Semoga berjaya buat bakal2 PTD dan tahniah buat yang berjaya. :)

P.s : Informasi ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa. Sila dapatkan informasi terkini dari portal SPA dan facebook SPA. Tidak lupa lapangkan masa anda untuk menghadiri SPA Outreach PTD bila anda sudah terpilih untuk menduduki ujian. Anda akan mendapat maklumat maklumat lebih terkini dari pihak PTD semasa kursus tersebut.

5 comments:

  1. saya penah attend exam audit n account.. memang tak preparation. dapat surat pn lg 2 mggu kena p exam.. memang tak sempat prepare mana dengan kerja masa shift plak. memang soalan seksyen B, yg mate tu mcm blurr banyak soklan..haha..

    AKU DAN KAMU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... memang pun soalan seksyen B tu boleh buat org berpinar mata. Tambah buat secara online. Berpinar mata pandang laptop.

      Delete
  2. MAsa jawab exam tu awak sempat tak kira2 atau google jawapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat kira. Mungkin sbb saya jenis kira lambat. Google pun xsempat. Soalan byk. Huhu

      Delete
  3. Format dan soalan peperiksaan online pegawai tadbir dan diplomatik setiap tahun mungkin berubah-rubah, tapi isu dan corak dia mungkin masih sama.

    Sebab itu persediaan memang penting untuk setiap calon. Jangan main belasah je, rugilah kan...sebab berapa ramai yang mohon tak dapat panggilan. zaman sekarang ni bukan senang nak dapat kerja...Exam PTD ni pula memang antara yang top dekat Malaysia.

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe