Monday, November 17, 2014

Bagai mencurah air ke daun keladi.

~Susahkan nak ubah seseorang~

Pernah tak jumpa orang yang bila bagi nasihat banyak2 pun tak dengar.
Ala2 mencurah air ke daun keladi.
Kadang2 rasa macam nak libas orang tu sampai lebam.

Terutama bila orang tu dah tetap pada pendiriannya.
Kadang2 pendirian dia bukannya betul sangat.
(Macamlah apa yang kita pandang tu betul.)

Ada beberapa faktor penyebab kenapa orang susah nak berubah :

1- Kurang matang.
Mungkin pada peringkat umur dia yang dia rasa apa yang dia buat tu sudah betul.

2- Berfikiran pendek.
Macam sama dengan kurang matang je.

3- Dia memang tak nak berubah.
Memang dia sendiri tak nak tolong diri sendiri untuk berubah. Dia dah selesa dengan hidupnya.

4- Suka mencari alasan.
Bila suruh sikit mulalah merengek tak nak buat. Kata banyaklah, susahlah, bosanlah...

Sebenarnya entry kali ini berkaitan dengan sikap pelajar sekarang. Contoh paling dekat adik sendirilah. Punyalah si Kakak yang baik hati ni paksa si adik ni buat latihan banyak2 akibat dari pencapaian yang kurang memuaskan semasa peperiksaan akhir tahun. Tapi itulah. Dah nama adik. Bila suruh sikit mulalah bising kata banyak sangat. Mula merengek panggil akaaak akaaak. Pastu termenung. Maka kerja yang sepatutnya cepat disiapkan terus jadi lambat siap.

Hurmmm... Si kakak ni pun tak tahu nak "basuh" dengan apalah dekat si adik ni. Dah berbuih mulut bagi nasihat. Nasib baik tahan marah. Memang dalam kepala rasa nak belasah budak ni. Tapi itulah. Ada benda kurang dalam dirinya iaitu motivasi. Motivasi untuk dia terus konsisten dengan apa yang dia tengah buat sekarang. Dah nampak dia macam robot sekarang. Buat tapi tak bersemangat. Tapi robot banyak mulut sebelum buat kerja. Haha...

Agaknya dia budak mentah lagi. Tambah lelaki. Lambat sikit nak matang.

Bukan banyak pun kerja yang dia kena buat. Salin balik buku cerita Bahasa Inggeris (satu muka surat je) dan latihan matematik 20 soalan. Ironinya, supaya dia dapat perbaiki tulisannya serta sambil menyalin tu dia boleh baca dan ingat ejaan Bahasa Inggeris tu. Menjadi bonus bila dia dapat tangkap struktur ayat Bahasa Inggeris tu. Dapat bantu dia buat karangan nanti. Latihan matematik tu seperti biasalah untuk memperkasakan lagi kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah. Orang dewasa bolehlah nampak kelebihannya. Apa pula kata si adik yang masih darjah 5 ni. Mesti dia terbeban. Tak sampai hati tetapi untuk kebaikan dia juga.

Saya buat semua ini bukan kerana nak dia sentiasa kejar pencapaian yang bagus di sekolah.
Saya nak dia belajar sesuatu dari apa yang dia belajar dari sekolah.
Apa yang dia belajar di sekolah tu benda yang asas.
Bila benda asas sudah tunggang langgang, macam mana nak tempuh perkara yang lagi rumit.
Dari kerja yang dia kena buat ni juga terselit pengajaran yang dia kena belajar untuk buat benda yang dia tak suka. Dia tak suka tetapi dia kena buat. Dalam hidup ni pun bukan benda yang seronok je muncul. Benda yang tak seronok pun boleh muncul. Dia kena belajar menerimanya. 
Dan dia kena ingat, dalam hidup ni semua bermula dengan perkara asas. 
Untuk membina sesuatu yang kukuh, perkara asas tu kenalah kuat dan dalam.

Motivasi... Kena mencari lagi motivasi lain untuk dia.... 
Motivasi yang lebih kuat untuk dirinya...
Selain dari motivasi sementara seperti main game clash of clans...

Clash of Clans pun boleh jadi motivasi. haha

P.s : Baru kena kaw kaw dengan adik sendiri. Kalau anak sendiri macam mana ek?


No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe