Masa zaman sekolah dulu, saya memang suka layan komik. Antara komik yang saya sempat membaca ialah komik Le Gardenia. Habis semua siri saya baca dan masih saya simpan komiknya sehingga ke hari ini. Komik ni berjaya menyentuh perasaan saya serta mengetuk kotak fikiran saya. Perkara tersebut adalah tentang sistem pendidikan yang diperkenalkan dalam komik ni. Dalam komik ni, penulis telah membina situasi dimana masyarakat disana memandang tinggi sekolah swasta sampai sanggup bergadai harta demi menyekolahkan anaknya di sekolah swasta. Pada ketika itu masyarakat beranggapan yang anak mereka akan dapat tahap pendidikan yang berkualiti jika anaknya bersekolah di sekolah swasta. Anak dari keluarga kaya sudah semestinya menghantar anaknya ke sekolah swasta. Manakala anak dari keluarga sederhana cuba sedaya upaya menghantar anaknya ke sekolah swasta juga. Disini dapat dilihat yang sekolah swasta hanya untuk golongan elite sahaja. Bila ada pelajar yang berasal dari keluarga biasa dan masuk sekolah swasta, habis pelajar tu dikerjakan (buli). Bagi yang tidak berkemampuan hanya memadai bersekolah biasa.
Dengan wujudnya sekolah swasta secara tidak langsung mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat itu sendiri. Hal ini mungkin berlaku kerana hilang keyakinan terhadap kualiti pendidikan yang sedia ada di sekolah biasa oleh golongan kaya. Tidak dinafikan juga wujudnya sekolah swasta itu atas dasar mahu kelainan dalam sistem pendidikan yang sedia ada.
Seharusnya pendidikan itu harus diberi sama rata bukan mengikut kasta.
Semua pelajar berhak mendapat pendidikan yang berkualiti.
Jika sistem pelajaran yang sedia ada mampu melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing, masalah ini pasti tidak terjadi.
Jika begitu, sama juga dengan kewujudan kelas tusyen.
Kenapa ada yang sanggup bayar lebih untuk dapatkan pengajaran lebih?
Bagi yang berkemampuan bolehlah hantar anak ke pusat tusyen.
Bagaimana yang kurang berkemampuan?
Pelajar yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai semangat belajar yang tinggi.
Solusi express : menyertai TFTN (Teach for the Needs)
Jadi apa gunanya cikgu?
Alangkah bagus jika ada cikgu sudi mengajar sepenuh hatinya bukan sekadar mengajar sepenuh hati di dalam kelas malah di luar kelas. Pelajar yang lemah dibimbing dan disantuni bukan dimarahi dan dibenci.
Alangkah bagus juga jika cikgu tidak mengharapkan pusat tusyen untuk mengajar anak muridnya walaupun hampir satu kelas pergi tusyen. Hampir satu kelas. Bukan semua pelajar. Bagaimana dengan nasib sebilangan kecil pelajar yang tidak pergi tusyen dan hanya mengharap 100% ajaran dari cikgu.
Saya pernah jadi murid.
Saya pernah jadi cikgu.
Saya merasainya semua.
Kembalikan tugas asal guru,
kembalikan fungsi pendidikan yang sebenar
Pergi sekolah bukan sekadar mengejar bilangan A dan kedudukan kelas.
Pergi sekolah untuk jadi manusia.
Bukan sekadar pintar dari segi akal malah murni dari segi tingkah laku.
Memanusiakan manusia.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe