Kebolehan Trengkas.
Kebolehan yang amat diperlukan bagi kerjaya kesetiusahaan dan kewartawanan.
Trengkas? Apakah itu?
Trengkas adalah singkatan bagi perkataan Tulisan Ringkas.
Kebolehan ini amat diperlukan untuk mencatat perkataan yang banyak pada masa yang singkat.
Sesuai digunakan untuk mencatat nota dengan lebih cepat.
Hurmm. Agak sesuai untuk tulis maklumat rahsia. Haha
Tak semua orang tahu dan faham tulisan Trengkas ni.
Apatah lagi pakar dalam menggunakan tulisan ni. Hoho
Ini Bonus.
Antara rujukan yang bagus (rujukan online) untuk mengetahui lebih mendalam tentang Trengkas ni adalah dari blog trengkas.blogspot.com dan belajartrengkas.blogspot.com. Rujukan dari belajartrengkas.blogspot ni sangat bagus kerana penulisnya sendiri merupakan pengajar tulisan ini dan ada buat kursus khas untuk sesiapa yang mahu belajar tulisan ni. Rujukan lain, emmymazli.blogspot.com
Saya nak ulas tentang trengkas pun tak reti. Saya sendiri pun tak faham. Harharhar.
Boleh pening dibuatnya saya bila belajar Trengkas ni. |
Hasil dari pemerhatian dan conteng2 yang saya buat selama beberapa minit, apa yang saya lihat tentang trengkas ni.... tulisan ni terhasil dari bunyi tu sendiri. Sebagai contoh :
Gambar dari belajartrengkas.blogspot.com |
Cuba lihat /p/ dan /b/ tu. Arah garisan sama cuma ketebalan yang berlainan. Mana yang huruf bunyinya tebal maka tulisannya pun akan tebal juga. /p/ dan /b/ juga bunyi nak seakan sama cuma ketebalan je lain. Bila sebut /b/, bunyi lagi tebal dari /p/. Cuba lihat huruf yang lain pula.
Dengan ini tidak mustahil untuk belajar tulisan ni jika kita tekun untuk menghadam apa yang telah disampaikan dalam blog tu. Belajar tulisan ni tak jadi kalau setakat tengok dan baca. Kena ada pen dan kertas juga kat sebelah. Bukan setakat ada pen dan kertas, kena cuba tulis. Dari situ pembelajaran bermula.
Trengkas ini juga tidak terhad untuk perkataan dalam Bahasa Melayu malah boleh juga digunakan untuk perkataan Bahasa Inggeris. Mungkin ada sedikit kelainan simbolnya.
Sumber gambar : [Link] |
Saya nak tulis dan tahu baca tulisan kat atas ni.
Anda mahu?
Jom belajar. :DDD
P.S.M TU APA MAKSUDNYA ?
ReplyDeleteP.S.M tu ukuran utk mengukur kelajuan menaip.
Deleteperkataan se minit
DeleteAssalamualaikum, akak, boleh x bagi saya contoh2 soalan trengkas? Nak practice ni... Saya ambik kursus SAINS Setiausaha...skrng blajar trengkas
DeleteWaalaikumsalam, akak pun tak sure nak sarankan contoh soalan yang macam mana. Maaf ya. Semoga berjaya.
Delete