Sunday, May 20, 2012

5 Steps to Sleep

Wonder how is it? 
It is special for person who hard to get sleep.
also for the person who stress waiting the examination day
See those picture carefully.




Get it?
Just 5 simple step.
everyone can do it.
Trust me.


P/s :Terasa kot. Time exam lah benda kat atas ni berlaku...
Asyik over sleep je.. huhu

Friday, May 18, 2012

Semakin mendekatiNya bukan menjauhiNya


Disuatu petang yang indah, Hani duduk diatas meja. Dia memerhati setiap buku yang ada dimejanya. Dia merasa rimas dengan buku2 itu. "Bosanlah tengok buku2 ni, exam lambat lagi", hani merungut. Lantas dia mengambil laptop untuk menghilangkan bosannya. Hani pun melihat movie2 yang ada didalam laptop tersebut. " Ni best ni, nak tengok GTO la", kata Hani dengan nada ceria. Namun tidak sampai 20 minit, Hani shut down laptopnya. Hani merengus kebosanan. Dia sedang mencari sesuatu. Mencari sesuatu yang dapat menghiburkan hatinya. Lantas dia teringat sesuatu. "Tetiba nak dengar lagulah, dah lama tak dengar lagu", kata Hani. Dia pun mencapai earphone dan mendengar lagu kesukaan tanpa henti. Secara tidak sedar, Hani telah memecah kesunyian dibiliknya dengan suaranya. Hani sedaya boleh menyanyi mengikut rentak lagu. "Sedap juga suara aku, hehehe", Hani bermonolog sendiri. Sepanjang hari, Hani cuma menghabiskan masa di depan laptop sambil mendengar lagu.

Setelah Hani puas melayan kehendaknya, Hani termenung seketika. Terdetik di fikirannya tentang seribu satu persoalan. "Kenapa aku begini seharian?. Nafsuku tak pernah puas dengan sesuatu. Bila sesuatu dah dipenuhi, nak lagi yang satu lagi. Aku dah habiskan masa satu hari didepan laptop dan mendengar lagu kesukaanku. Apa lagi yang tak cukup?", bermonolog Hani sendirian. Tiba2 Hani terdengar suara riuh diluar tingkap. Hani pun lantas bangun untuk melihat apa yang berlaku diluar sana. Kelihatan rakan2 sebayanya bermain bersama di padang itu. Hani tengok dengan perasaan hiba. "Aku dulu pun macam mereka. Setiap petang main bersama, makan bersama, ke kelas pun bersama. Tapi sekarang dah lain. Aku dah tak bersama mereka. Masing2 dah bawa haluan masing2." kata hani. Hani pun terus melihat rakan2nya bermain menerusi jendela biliknya. Satu persatu kenangan lamanya menerjah. 

Setelah puas hani melihat mereka main, Hani pun kembali ke katilnya. Sebolehnya dia mahu memejamkan matanya. Seboleh-bolehnya dia mahu lupakan segalanya. Dia penat hidup dengan keadaan sendirian. Dia penat tinggal di bilik yang sebenarnya ada penghuni tapi sepi suasananya. Secara tidak sedar, hani teringat sesuatu. Hani teringat lagu "Menanti di Alam Barzakh" dari kumpulan Far East. Satu perasatu lirik lagu itu menerjah ke kotak fikirannya. Tiba2 Hani merasa gerun. Bulu romanya menegak tiba2. "Kalau andaikata aku mati dalam beberapa saat lagi dan keadaan aku sebegini mesti aku menjadi manusia yang sangat rugi. Aku dah sia-siakan nikmatnya ke tempat tidak sepatutnya. Apa aku nak jawab dengan Allah bila ditanya apa yang lakukan dengan masa yang diberikan olehNya? Aku menzalimi diri aku sendiri. Aku guna mataku untuk melihat facebook bukan mengunakannya untuk membaca buku dan melihat ciptaanNya. Aku guna telinga untuk mendengar lagu kesukaan aku yang tiada manfaat langsung tapi aku tak menggunakannya untuk mendengar bacaan Al-Quran atau mendengar lagu berunsurkan perkara yang membolehkan aku mengingatiNya. Aku guna mulut untuk merungut sepanjang hari tapi aku tak gunakannya untuk membaca Al-Quran malah berzikir untuk mententeramkan hati. Aku guna akal fikiran aku untuk mengingati benda yang tak sepatutnya padahal sepatutnya aku harus mengunakannya untuk fikir nasib umatku yang sakit diluar sana. Aku menyiksa hatiku sendiri dengan membenci dan iri padahal sepatutnya aku patut isi hatiku dengan zikrullah. Ya Allah... Berdosanya hambamu sepanjang hari ini... Maafkan daku...", monolog Hani sendirian.

Kemudian Hani mencapai Al-Quran untuk membacanya. Hani menunggu azan Maghrib untuk solat awal waktu. Hani juga menunaikan solat rawatib selepas solat Maghrib. Hani bersyukur kerana dia sedar akan realiti kehidupannya. Dalam doanya Hani memohon supaya dia sentiasa diperingatkan supaya lepas ini dia tidak lagi hanyut dengan kenikmatan dunia dan memohon perlindungan dari Allah. Terdetik di fikiran hani bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Ada sebab mengapa manusia diciptakan dan ada misi besar yang Allah mahu kita laksanakan di muka bumi ini. Jadi jangan sia-siakan umurmu dengan kenikmatan dunia kerana di akhirat kelak kita akan dipersoalkan dengan umur kita. 

P/s : Sama2lah kita ambil ibra' dari cerpen ini. Aku seperti kamu juga. 
Kadang kala hanyut ditengah2 kenikmatan dunia.


Saturday, May 12, 2012

Bi taufiq wa najah for final exam




Maybe this will be the last post for this month (I hope so).
Wish me luck for my final exam for this semester.
Quite nervous because it is the first semester I enter the majoring courses.
The subject too though and interesting.
Good luck to all IIUM student.
Fighting!!!
 
And also not forget
 to the junior who will enter into cfsiium next month.
thanks for you because manage to full my comment box.
I love to reply your comment too.
Good luck to you and happy taaruf week.
we as super senior always welcoming you.
 
 
P/s : Banyak pula berceloteh.
Sambung balik baca buku...

Diskriminasi






Diskriminasi? Apakah itu?
Diskriminasi adalah layanan yang tidak adil terhadap individu tertentu. Satu kelompok individu melayan individu lain secara tidak adil dan menangkan sebelah pihak atas sebab2 tertentu.
 
Pengasingan. Pemulauan. Itu antara perkataan yang dapat menerangkan sedikit tentang diskriminasi. Pernahkah anda rasa bagaimana rasanya diri anda di asingkan dari sesetengah kelompok? Mungkin anda tidak pernah rasa tapi orang lain pernah merasainya. Malah anda tidak sedar yang anda memulakan diskriminasi terhadap orang lain.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan diskriminasi itu berlaku.
Antaranya :
1- Kaum
2- Agama
3- Gender
4- Umur
5- Rupa paras
6- Darjat
7- Education
8- Disability
9- Bahasa

The real case yang pernah saya jumpa ialah diskriminasi dalam bahasa.
Di uia memang sangat sinonim dengan diskriminasi dalam bahasa. Biasanya berlaku bila bekerja dalam group ketika buat assignment. Mereka yang pandai berbahasa melayu akan mudah mendapat input dalam group. Tetapi bagi mereka yang tidak fasih berbahasa melayu, mereka akan terpinga-pinga dalam group. Seolah-olah mereka tidak diberi hak untuk melontarkan idea dalam asignment tersebut. Itulah realiti. Saya yakin, tidak semua melakukan hal begitu, hanya sekelompok kecil sahaja. Kita tak sepatutnya buat mereka begitu. Kita kena bincang bersama dalam group. Apa salahnya speaking english dengan mereka. Kata nak polish english. Bila lagi nak kenal student dari negara lain kalau bukan dalam kelas. Anda akan mendapat 1001 kenikmatan dan keunikan bila dapat berkenalan dengan student dari negara lain. Trust me.

Masalah diskriminasi seharusnya tidak patut berlaku dalam masyarakat kita. Allah ciptakan kita sama sahaja. Tiada apa yang beza. Masing2 berasal dari tanah. Bila mati pun kita ditanamkan dalam tanah jua. Mereka juga walaupun berlainan kulit, kaum, agama, umur, rupa paras, darjat, pendidikan, bahasa dan apapun kita kena ingat yang mereka juga manusia. Punya hati dan perasaan. Tak elok kita diskriminasi mereka. Cuba fikir jika orang lain diskrimasi kat kita. Apa perasaan kita? Jika perkara itu berlaku dekat kita, ingatlah kamu disuatu masa dahulu. Adakah kamu pernah mendiskriminasi orang lain? 
Renung-renungkanlah.

Mengapa harus mengeluh?



Hai diri...
Setiap hari nak mengeluh...
Mengapa nak mengeluh?
Semua ada...
Allah dah bagi nikmat secukupnya kepada kamu..
Masih tak cukup lagi ke?

Takkan kerana satu hal kamu mengeluh?
Semua orang pun ada masalah.
Malah ada yang lebih besar masalah dari kamu
Jadi kenapa kamu harus mengeluh?

Bersyukurlah...
Orang diluar sana tidak bertuah seperti kamu sekarang
kamu boleh belajar
kamu ada alat untuk belajar
kamu ada ibubapa dan keluarga
kamu masih punya kesempatan untuk perbaiki diri kamu
kamu masih boleh makan dan minum dengan sempurna
kamu boleh bermain dan bergerak bebas
begitu banyak sekali nikmat kamu ada.
mengapa harus mengeluh?
mengapa?

 
 

Last day in leadership class





Lihatlah... Mereka begitu khusyuk mendengar presentation dari last group yang bertajuk Polygamy. Quite controversial topic. Hari ni terajin pula nak tangkap gambar bagai. Nampak sangat tukang ambil gambar ni tak ambil perhatian. Maaf... hehe

Apa2pun, hari ini hari last class leadership. Sedih ke? Tak jugak... Happy ke? Pun tak jugak...
Apa yang boleh katakan, seronok dapat satu kelas dengan mereka2 ni. Dapat kenal ramai orang sebab aku satu2nya course lain dalam group ni. Anehkan. Selalunya orang akan pilih kelas sama dengan kawan dia. Tambah skill class. Hurm... Aku, kes budak tercicir. Takpelah, not big deal. Best apa satu kelas dengan orang tak kenal. Tambah lagi bukan satu course dengan kita. Betul...
 
Yang lagi best dapat trainer yang terlalu lenient dan sporting. Maybe sebab ni skill class.
Nasib baik tak kena buat proposal report macam group2 kawan aku yang lain.

P/s : Bersemangat tengok budak2 law yang bersemangat melontarkan idea dan berdebat. 
Tidak kurang juga budak dari course human science. Mereka hebat2 belaka.

Women Issue : Azzam dan Tawakal



Tanggal 10 Mei 2012, saya menghadiri satu talk bertajuk Azam & Tawakal. Minggu nak exam pun masih ada hati nak dengar talk? Exam pun exam juga, pengisian hati pun perlu juga. Talk ni pun pasal exam juga kok. Talk kali ini dikendalikan oleh kak Mira Kartiwi. Dalam talk ini pun banyak memberi motivasi kepada pelajar untuk berusaha semaximas mungkin sebelum tawakal. (lor, ada bunyi endon dikit). 

Kak Mira juga beri 3 resepi untuk berjaya.
1- Build strategy and maximum the EFFORT.
Untuk berjaya, kita kena pilih sama ada nak work hard or work smart. Kadang kala kita perlu juga work hard. Jika kita tahu yang kita tak mahir dalam satu topik, kita kena usaha memahaminya, buat latihan banyak2 dan tanya orang yang pakar.

2- Make sure that TAWAKAL will always follow AZZAM.
Saya ada kupas sedikit perihal ini dalam post Azam dan tawakal. Post itu pun hasil dari pembentangan kak Mira juga. Untuk berjaya, kita perlu punyai dream big, persevere, strive dan determined. Mahu tahu maksud perkataan itu, cari kamus lor. hehe... Gurau jela... Seperti biasa, kalau nak berjaya mesti ada impian dan angan2 yang tinggi. Tanpa impian, kita mungkin tidak bermotivasi nak berjaya. Bila dah angan2 mengunung tu, kita kena usaha realisasikan impian tersebut. Jangan jadi macam angan2 mak jenin. Untuk mencapai angan2 tersebut kenalah usaha semaxima mungkin kemudian tawakal kepada Allah.

3- Find friend that share the same vision (Bi'ah Solehah)
Untuk berjaya, kita perlu punya supporter. Perlu juga punyai kawan yang punyai vision yang sama untuk berjaya.  Bantu kita bila kita tidak faham (assist), menaikkan semangat kita bila kita jatuh (motivate) dan memahami kita serta berusaha berkongsi ilmu dan pandangan bersama (empathy). Itulah fungsi kawan. Nak jumpa kawan memang susah.

Ungkapan yang diberikan kak Mira untuk menaikkan semangat:

"BE THE BEST VERSION OF YOU"
DO THE BEST YOU CAN

Talk tersebut pun berakhir dengan sebuah kata-kata yang indah dari surah Al-Baqarah ayat 214
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"
Jangan sesekali penat berusaha jika hasil tidak seberapa.Yang dipandang oleh Allah hanyalah usaha bukan hasilnya. Ingatlah, pertolongan Allah itu dekat. Dia tak akan sia-siakan hambanya yang penat berusaha mencari keredaan-Nya.

P/s : mentang2 penceramah dari indonesia, si penulis ni pun gatal2 nak speaking indonesia ya...

Azam & Tawakal


Mari kita buka post kali ini dengan ayat Al-Quran dari surah Ali Imran ayat 159.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.  (Ali Imran : 159)

Untuk post kali ini, kita hanya fokus pada konsep tawakal itu sendiri...
Tetapi kita kena ingat yang konsep tawakal tidak akan berjaya jika kita tidak mulakannya dengan usaha.

Seperti satu kisah di zaman Rasulullah dimana seorang sahabat membiarkan untanya begitu sahaja tanpa ditambat unta tersebut ditiang. Rasulullah menanya sahabatnya, kenapa tidak ditambat dahulu untanya sebelum beredar?. Kata sahabatnya, dia bertawakal sahaja sama Allah. Rasulullah tidak membenarkannya dan meminta sahabat itu menambat dahulu untanya baru tawakal.

Disini kita dapat lihat yang Rasulullah mensyorkan kita berusaha dahulu baru tawakal.
Tawakal itu tidak menjadi jika kita tidak usaha semaximum boleh.

Menurut Ibnu Qoyim al-Jauzi :
Tawakal merupakan amalan & ubudiyah hati dengan menyandarkan segala sesuatu hanya kepada Allah, percaya kepada-Nya dan ridha sesuatu yang menimpa dirinya berdasarkan keyakinan bahawa Allah akan memberinkanya segala kecukupan terhadap dirinya dengan tetap melaksanakan serta usaha keras untuk dapat memperolehnya.

Seperti dalam surah At-Talaq ayat 3

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq : 3)

Disini kita dapat lihat konsep tawakal dengan begitu jelas.
Konsep tawakal ini umpamanya seperti seekor burung yang keluar diwaktu pagi dan baliknya burung tersebut diwaktu petang dalam keadaan perut yang penuh. Jika kita lihat seekor burung yang tidak diberikan akal oleh Allah tidak gusar dengan rezeki di bumi inikan pula kita manuisa yang diberi akal oleh Allah. Allah mencukupi keperluan burung tersebut kerana Allah yang pemberi rezeki.

Ingatlah kata-kata Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 214
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"

Kesimpulannya, kita tidak perlu gusar.
Gusar memikirkan nasib kita kerana Allah sudah tentukan nasib kita sejak dalam rahim ibu lagi.
Allah sudah tentukan rezeki kita, ajal kita dan jodoh kita.
Tetapi kita kena ingat,
Kita diberi peluang untuk berusaha.
Berusaha untuk mengubah diri.
Dengan menimba ilmu dan beramal dengan ilmu tersebut.
Hanya Tawakal kepada Allah sahaja tidak memadai...
Usaha dulu semaximum baru boleh tawakal...

Monday, May 07, 2012

Perihal Usrah


Usrah dengan nama lainnya bulatan gembira ataupun keluarga, merupakan suatu proses pembelajaran luar kelas yang dikendalikan oleh seorang murabi dan pelajar2nya dikenali mutarabi. Siapa sangka, hanya berjumpa sekali seminggu, usrah ini mampu memberi kesan buat jiwa2 yang dahagakan atau laparkan ilmu2 dan pengisian hati.

Saya sendiri menyertai usrah ini. Hampir setahun juga saya menyertai usrah ini.
Apa yang best sangat dengan usrah? Bagi saya, menyertai bulatan gembira setiap minggu sangatlah best...
Anda tidak tahu betapa kosongnya hati saya sebelum ini. 
Saya tercari-cari apa tujuan saya hidup didunia ini.
Saya berputus harapan dengan kehidupan saya.
Hilang kepercayaan dengan orang lain.
Sentiasa menganggap yang tiada insan yang mahu berkawan dengan saya secara ikhlas.
Sebelum ini saya fikir...
Berhibur itu lebih seronok dari membaca Al-Quran.
Menonton televisyen itu lebih seronok dari menunaikan solat..
Dulu saya tunaiklan solat kerana disuruh.
Bila tak disuruh tak nak buat.
Kadang2 suka ponteng solat.
Saya memang tak suka pegang amanah dulu2.
Bila diberi amanah, saya pasti akan lepaskan.
Kalau boleh saya nak elakkan dari pegang amanah dan menjauhkan diri darinya.
Tetapi setelah sertai usrah,
Saya sedar tujuan hidup saya.
Allah tidak sia-sia menciptakan kita.
Ada hikmah terbesar kenapa dia ciptakan kita.
Saya sedar masih ada insan benar2 ikhlas berkawan dengan saya
Tidak perlu jumpa hari2
Tidak perlu nak bersama hari2
Sekali jumpa terasa hubungan kami begitu akrab
Kami berjumpa bukan berbincangkan hal2 yang melalaikan...
Kami berbincang tentang iman kami.
Bagaimana keadaannya... Sihat tak?
Secara tidak langsung,
menarik minat saya untuk solat dan solat dengan lebih khusyuk.
sesungguhnya solat yang khusyuk dapat menenangkan jiwa.
selain itu timbul rasa seronok baca Al-Quran.
tadabur ayat Al-Quran...
begitu banyak sekali kisah2 dan nasihat yg Allah berikan kepada kita..
Lama kelamaan,
saya menjadi tidak takut untuk pegang amanah...
malah saya mencarinya...
kerana, siapa lagi mahu memegangnya jika bukan kita?
Yang pastinya, bila diberi amanah..
harus kita laksanakan sebaiknya...

Itulah serba sedikit perubahan saya setelah sertai usrah...
Banyak lagi kekurangan saya yang perlu saya ubah...
Saya pun masih tidak sempurna...
Tidak sia-sia kita luangkan masa untuk sertai usrah...
Demi kebaikan diri kita juga..