Tanggal 10 Mei 2012, saya menghadiri satu talk bertajuk Azam & Tawakal. Minggu nak exam pun masih ada hati nak dengar talk? Exam pun exam juga, pengisian hati pun perlu juga. Talk ni pun pasal exam juga kok. Talk kali ini dikendalikan oleh kak Mira Kartiwi. Dalam talk ini pun banyak memberi motivasi kepada pelajar untuk berusaha semaximas mungkin sebelum tawakal. (lor, ada bunyi endon dikit).
Kak Mira juga beri 3 resepi untuk berjaya.
1- Build strategy and maximum the EFFORT.
Untuk berjaya, kita kena pilih sama ada nak work hard or work smart. Kadang kala kita perlu juga work hard. Jika kita tahu yang kita tak mahir dalam satu topik, kita kena usaha memahaminya, buat latihan banyak2 dan tanya orang yang pakar.
2- Make sure that TAWAKAL will always follow AZZAM.
Saya ada kupas sedikit perihal ini dalam post Azam dan tawakal. Post itu pun hasil dari pembentangan kak Mira juga. Untuk berjaya, kita perlu punyai dream big, persevere, strive dan determined. Mahu tahu maksud perkataan itu, cari kamus lor. hehe... Gurau jela... Seperti biasa, kalau nak berjaya mesti ada impian dan angan2 yang tinggi. Tanpa impian, kita mungkin tidak bermotivasi nak berjaya. Bila dah angan2 mengunung tu, kita kena usaha realisasikan impian tersebut. Jangan jadi macam angan2 mak jenin. Untuk mencapai angan2 tersebut kenalah usaha semaxima mungkin kemudian tawakal kepada Allah.
3- Find friend that share the same vision (Bi'ah Solehah)
Untuk berjaya, kita perlu punya supporter. Perlu juga punyai kawan yang punyai vision yang sama untuk berjaya. Bantu kita bila kita tidak faham (assist), menaikkan semangat kita bila kita jatuh (motivate) dan memahami kita serta berusaha berkongsi ilmu dan pandangan bersama (empathy). Itulah fungsi kawan. Nak jumpa kawan memang susah.
Ungkapan yang diberikan kak Mira untuk menaikkan semangat:
"BE THE BEST VERSION OF YOU"
DO THE BEST YOU CAN
Talk tersebut pun berakhir dengan sebuah kata-kata yang indah dari surah Al-Baqarah ayat 214
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"
Jangan sesekali penat berusaha jika hasil tidak seberapa.Yang dipandang oleh Allah hanyalah usaha bukan hasilnya. Ingatlah, pertolongan Allah itu dekat. Dia tak akan sia-siakan hambanya yang penat berusaha mencari keredaan-Nya.
P/s : mentang2 penceramah dari indonesia, si penulis ni pun gatal2 nak speaking indonesia ya...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe