Friday, May 18, 2012

Semakin mendekatiNya bukan menjauhiNya


Disuatu petang yang indah, Hani duduk diatas meja. Dia memerhati setiap buku yang ada dimejanya. Dia merasa rimas dengan buku2 itu. "Bosanlah tengok buku2 ni, exam lambat lagi", hani merungut. Lantas dia mengambil laptop untuk menghilangkan bosannya. Hani pun melihat movie2 yang ada didalam laptop tersebut. " Ni best ni, nak tengok GTO la", kata Hani dengan nada ceria. Namun tidak sampai 20 minit, Hani shut down laptopnya. Hani merengus kebosanan. Dia sedang mencari sesuatu. Mencari sesuatu yang dapat menghiburkan hatinya. Lantas dia teringat sesuatu. "Tetiba nak dengar lagulah, dah lama tak dengar lagu", kata Hani. Dia pun mencapai earphone dan mendengar lagu kesukaan tanpa henti. Secara tidak sedar, Hani telah memecah kesunyian dibiliknya dengan suaranya. Hani sedaya boleh menyanyi mengikut rentak lagu. "Sedap juga suara aku, hehehe", Hani bermonolog sendiri. Sepanjang hari, Hani cuma menghabiskan masa di depan laptop sambil mendengar lagu.

Setelah Hani puas melayan kehendaknya, Hani termenung seketika. Terdetik di fikirannya tentang seribu satu persoalan. "Kenapa aku begini seharian?. Nafsuku tak pernah puas dengan sesuatu. Bila sesuatu dah dipenuhi, nak lagi yang satu lagi. Aku dah habiskan masa satu hari didepan laptop dan mendengar lagu kesukaanku. Apa lagi yang tak cukup?", bermonolog Hani sendirian. Tiba2 Hani terdengar suara riuh diluar tingkap. Hani pun lantas bangun untuk melihat apa yang berlaku diluar sana. Kelihatan rakan2 sebayanya bermain bersama di padang itu. Hani tengok dengan perasaan hiba. "Aku dulu pun macam mereka. Setiap petang main bersama, makan bersama, ke kelas pun bersama. Tapi sekarang dah lain. Aku dah tak bersama mereka. Masing2 dah bawa haluan masing2." kata hani. Hani pun terus melihat rakan2nya bermain menerusi jendela biliknya. Satu persatu kenangan lamanya menerjah. 

Setelah puas hani melihat mereka main, Hani pun kembali ke katilnya. Sebolehnya dia mahu memejamkan matanya. Seboleh-bolehnya dia mahu lupakan segalanya. Dia penat hidup dengan keadaan sendirian. Dia penat tinggal di bilik yang sebenarnya ada penghuni tapi sepi suasananya. Secara tidak sedar, hani teringat sesuatu. Hani teringat lagu "Menanti di Alam Barzakh" dari kumpulan Far East. Satu perasatu lirik lagu itu menerjah ke kotak fikirannya. Tiba2 Hani merasa gerun. Bulu romanya menegak tiba2. "Kalau andaikata aku mati dalam beberapa saat lagi dan keadaan aku sebegini mesti aku menjadi manusia yang sangat rugi. Aku dah sia-siakan nikmatnya ke tempat tidak sepatutnya. Apa aku nak jawab dengan Allah bila ditanya apa yang lakukan dengan masa yang diberikan olehNya? Aku menzalimi diri aku sendiri. Aku guna mataku untuk melihat facebook bukan mengunakannya untuk membaca buku dan melihat ciptaanNya. Aku guna telinga untuk mendengar lagu kesukaan aku yang tiada manfaat langsung tapi aku tak menggunakannya untuk mendengar bacaan Al-Quran atau mendengar lagu berunsurkan perkara yang membolehkan aku mengingatiNya. Aku guna mulut untuk merungut sepanjang hari tapi aku tak gunakannya untuk membaca Al-Quran malah berzikir untuk mententeramkan hati. Aku guna akal fikiran aku untuk mengingati benda yang tak sepatutnya padahal sepatutnya aku harus mengunakannya untuk fikir nasib umatku yang sakit diluar sana. Aku menyiksa hatiku sendiri dengan membenci dan iri padahal sepatutnya aku patut isi hatiku dengan zikrullah. Ya Allah... Berdosanya hambamu sepanjang hari ini... Maafkan daku...", monolog Hani sendirian.

Kemudian Hani mencapai Al-Quran untuk membacanya. Hani menunggu azan Maghrib untuk solat awal waktu. Hani juga menunaikan solat rawatib selepas solat Maghrib. Hani bersyukur kerana dia sedar akan realiti kehidupannya. Dalam doanya Hani memohon supaya dia sentiasa diperingatkan supaya lepas ini dia tidak lagi hanyut dengan kenikmatan dunia dan memohon perlindungan dari Allah. Terdetik di fikiran hani bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Ada sebab mengapa manusia diciptakan dan ada misi besar yang Allah mahu kita laksanakan di muka bumi ini. Jadi jangan sia-siakan umurmu dengan kenikmatan dunia kerana di akhirat kelak kita akan dipersoalkan dengan umur kita. 

P/s : Sama2lah kita ambil ibra' dari cerpen ini. Aku seperti kamu juga. 
Kadang kala hanyut ditengah2 kenikmatan dunia.


No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe