Monday, May 07, 2012

Perihal Usrah


Usrah dengan nama lainnya bulatan gembira ataupun keluarga, merupakan suatu proses pembelajaran luar kelas yang dikendalikan oleh seorang murabi dan pelajar2nya dikenali mutarabi. Siapa sangka, hanya berjumpa sekali seminggu, usrah ini mampu memberi kesan buat jiwa2 yang dahagakan atau laparkan ilmu2 dan pengisian hati.

Saya sendiri menyertai usrah ini. Hampir setahun juga saya menyertai usrah ini.
Apa yang best sangat dengan usrah? Bagi saya, menyertai bulatan gembira setiap minggu sangatlah best...
Anda tidak tahu betapa kosongnya hati saya sebelum ini. 
Saya tercari-cari apa tujuan saya hidup didunia ini.
Saya berputus harapan dengan kehidupan saya.
Hilang kepercayaan dengan orang lain.
Sentiasa menganggap yang tiada insan yang mahu berkawan dengan saya secara ikhlas.
Sebelum ini saya fikir...
Berhibur itu lebih seronok dari membaca Al-Quran.
Menonton televisyen itu lebih seronok dari menunaikan solat..
Dulu saya tunaiklan solat kerana disuruh.
Bila tak disuruh tak nak buat.
Kadang2 suka ponteng solat.
Saya memang tak suka pegang amanah dulu2.
Bila diberi amanah, saya pasti akan lepaskan.
Kalau boleh saya nak elakkan dari pegang amanah dan menjauhkan diri darinya.
Tetapi setelah sertai usrah,
Saya sedar tujuan hidup saya.
Allah tidak sia-sia menciptakan kita.
Ada hikmah terbesar kenapa dia ciptakan kita.
Saya sedar masih ada insan benar2 ikhlas berkawan dengan saya
Tidak perlu jumpa hari2
Tidak perlu nak bersama hari2
Sekali jumpa terasa hubungan kami begitu akrab
Kami berjumpa bukan berbincangkan hal2 yang melalaikan...
Kami berbincang tentang iman kami.
Bagaimana keadaannya... Sihat tak?
Secara tidak langsung,
menarik minat saya untuk solat dan solat dengan lebih khusyuk.
sesungguhnya solat yang khusyuk dapat menenangkan jiwa.
selain itu timbul rasa seronok baca Al-Quran.
tadabur ayat Al-Quran...
begitu banyak sekali kisah2 dan nasihat yg Allah berikan kepada kita..
Lama kelamaan,
saya menjadi tidak takut untuk pegang amanah...
malah saya mencarinya...
kerana, siapa lagi mahu memegangnya jika bukan kita?
Yang pastinya, bila diberi amanah..
harus kita laksanakan sebaiknya...

Itulah serba sedikit perubahan saya setelah sertai usrah...
Banyak lagi kekurangan saya yang perlu saya ubah...
Saya pun masih tidak sempurna...
Tidak sia-sia kita luangkan masa untuk sertai usrah...
Demi kebaikan diri kita juga..

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe