Diskriminasi? Apakah itu?
Diskriminasi adalah layanan yang tidak adil terhadap individu tertentu. Satu kelompok individu melayan individu lain secara tidak adil dan menangkan sebelah pihak atas sebab2 tertentu.
Pengasingan. Pemulauan. Itu antara perkataan yang dapat menerangkan sedikit tentang diskriminasi. Pernahkah anda rasa bagaimana rasanya diri anda di asingkan dari sesetengah kelompok? Mungkin anda tidak pernah rasa tapi orang lain pernah merasainya. Malah anda tidak sedar yang anda memulakan diskriminasi terhadap orang lain.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan diskriminasi itu berlaku.
Antaranya :
1- Kaum
2- Agama
3- Gender
4- Umur
5- Rupa paras
6- Darjat
7- Education
8- Disability
9- Bahasa
The real case yang pernah saya jumpa ialah diskriminasi dalam bahasa.
Di uia memang sangat sinonim dengan diskriminasi dalam bahasa. Biasanya berlaku bila bekerja dalam group ketika buat assignment. Mereka yang pandai berbahasa melayu akan mudah mendapat input dalam group. Tetapi bagi mereka yang tidak fasih berbahasa melayu, mereka akan terpinga-pinga dalam group. Seolah-olah mereka tidak diberi hak untuk melontarkan idea dalam asignment tersebut. Itulah realiti. Saya yakin, tidak semua melakukan hal begitu, hanya sekelompok kecil sahaja. Kita tak sepatutnya buat mereka begitu. Kita kena bincang bersama dalam group. Apa salahnya speaking english dengan mereka. Kata nak polish english. Bila lagi nak kenal student dari negara lain kalau bukan dalam kelas. Anda akan mendapat 1001 kenikmatan dan keunikan bila dapat berkenalan dengan student dari negara lain. Trust me.
Masalah diskriminasi seharusnya tidak patut berlaku dalam masyarakat kita. Allah ciptakan kita sama sahaja. Tiada apa yang beza. Masing2 berasal dari tanah. Bila mati pun kita ditanamkan dalam tanah jua. Mereka juga walaupun berlainan kulit, kaum, agama, umur, rupa paras, darjat, pendidikan, bahasa dan apapun kita kena ingat yang mereka juga manusia. Punya hati dan perasaan. Tak elok kita diskriminasi mereka. Cuba fikir jika orang lain diskrimasi kat kita. Apa perasaan kita? Jika perkara itu berlaku dekat kita, ingatlah kamu disuatu masa dahulu. Adakah kamu pernah mendiskriminasi orang lain?
Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe