Tuesday, March 06, 2012

Pertarungan antara bakteria jahat dan bakteria baik


Itu dia mukadimah untuk entry kali ni. Haha... 
Setelah pertarungan selesai, bakteria baik dah kalah dengan bakteria jahat. 
Jadi bakteria jahat telah bermaharajalela sehingga membuatkan tempat itu dah tak selamat lagi.
Jap, kenapa mukadimah kali ini bertemakan bakteria?

Sebenarnya nak cakap yang hari ini saya tak beberapa sihat. Tapi pelik pula, lepas pergi klinik terus tak demam. Dapat MC pulak tu. Aish... Tak pasal2 ponteng kelas hari ini. Tapi lepas pergi klinik, aku dah kebas dari demam sebab aku berjalan jauh dari klinik ke bilik. Dah sampai bilik memang berpeluh-peluh. Terus hilang panas kat badan. Terus timbul rasa menyesal. Kalau aku tahu macam ni baik aku pergi kelas tadi. Tapi bila fikir nak patah balik pergi kelas memang taklah. Tadi agak risau juga, kalau aku still datang kelas juga walaupun diberi MC, silap2 esok aku dah tak larat nak bangun. Pernah terjadi bila aku memang sangat keras kepala, nak juga pergi kelas walaupun doktor bagi MC. Mulanya rasa badan dah kuat. Dah tak demam. Tengok2 lepas habis kelas, aku terus balik bilik sebab dah tak larat. Memang tak bangun2 aku masa tu. Yang lagi best, aku dapat lagi MC dari doktor lagi 5 hari. Lagi sakit hati dibuatnya. Itulah degil. Takpa hari ini aku ikut arahan doktor walaupun dah tak demam. Tapi esok nak juga pergi kelas walaupun dapat MC lagi. Haha...

Sebab demam, agaknya sebab salah makan. Itulah makan macam2 lagi. Banyak makan makanan bergoreng dan beli makanan kat tempat makan yang tak bersih. Bapak dah pesan dari dulu. Kalau nak makan makanan bergoreng tu kena hati2. Kadang2 tu ada sesetengah penjual mengunakan minyak berulang kali untuk mengoreng makanan. Even minyak dah hitam pun still lagi guna minyak tu. Lepas ni kena jaga sikit. Untuk masa terdekat ni, tekak aku tak boleh nak terima makanan yang bergoreng. Bukan itu sahaja, banyak juga faktor2 yang menyebabkan demam. hehe...

Tadi sempat pula aku tanya doktor kenapa badan rasa sengal2 sejak semalam. Dia terus terangkan mengunakan istilah perubatan yang aku memang "faham" apa yang dia cakap. Tapi ikut firasat aku, dia sebenarnya tengah cakap pasal bakteria. Boleh pulak macam tu...

P/s : Bakteria baik dalam badan aku dah kalah peperangan... Ayuh kita bangkit untuk lawan musuh!!!

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe