Sunday, March 18, 2012

Apa itu Muhasabah dan Muraqabah?

Apakah itu Muhasabah?
Sound familiar right. Muhasabah itu adalah proses menghitung atau menghisab diri. Kita dianjurkan supaya muhasabah balik diri kita. Ambil sedikit masa untuk mengenang kembali perilaku kita sepanjang hari. Hitung balik apa yang kita buat sepanjang hari. Adakah kita banyak menyakiti hati orang atau berbuat salah kepada orang lain. Jika kita melakukan kesalahan, kena cepat2 minta maaf dan bertaubat. Kita tak tahu sampai bila kita diberi peluang untuk hidup. Jadi gunakan kesempatan yang ada untuk muhasabah diri. Lagi baik kalau kita kenang balik perbuatan kita yang lampau. Sebagai contoh, mengenang kembali tingkah laku semasa kita remaja. Setiap orang pernah lakukan kesalahan. Jadi jadikan kesalahan itu sebagai pedoman dan pengajaran agar kesalahan yang sama tak akan berulang lagi. Kita kenang balik dan improve lagi diri kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari semalam. Sebaik-baik muhasabah diri ialah mengingati kematian dan membayangkan keadaan kita di akhirat.

Kemudian, Apakah itu Muraqabah?
Muraqabah ini adalah merasa diri diawasi dan diperhatikan oleh Allah SWT. Kita merasakan cctv Allah dimana sahaja. Hatta kamu berkeseorangan didalam bilik pun, Allah masih dapat melihat kita. Cuba cari tempat dipelusuk bumi ini dimana Allah tak dapat melihat kita. Namun usaha itu tidak akan berjaya. Ini adalah bumi Allah. Dia yang menciptanya. Allah mengetahui segalanya. Dia maha mengetahui, maha melihat dan maha mendengar.

Jadi, apa kesinambungan kedua-duanya?
Bila kita terasa diawasi, kita pasti akan berhati-hati dalam tingkah laku kita. Bila kita berbuat salah, kita akan cepat2 minta maaf dan bertaubat kerana ada yang sedang memerhati kita. Contohlah kamu bekerja di sebuah kilang membuat pinggan mangkuk kaca. Yang pasti ketika berkerja, supervisor akan mengawasi kamu kerana kamu sedang menghasilkan produk yang berisiko iaitu pinggan mangkuk kaca. Jika tersalah ukur atau ukiran ke atas pinggan dan mangkuk itu mengakibatkan pinggan itu sumbing dan jatuh standard kualiti. Bila kamu tersalah ukir, cepat2 kamu leburkan kembali untuk membuat pinggan baru. Kamu risau kamu bakal dimarah teruk oleh supervisor. Ini cuma contoh dalam konteks kehidupan manusia. Bagaimana dalam konteks kita dengan Allah. Allah lagi berkuasa dan lagi agung dari supervisor. Takkan kita lebih malu dan takut kepada manusia berbanding Allah? Renung-renungkanlah.

7 comments:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe