Wah.... Dah lama tak update blog. Ni update blog sebab sudah berjanji untuk update blog sekali sehari. (masaklah aku... Mana nak curi masa nak update blog)... Yelah... Sayakan busy women. Takde masa nak update blog. Ingat nak pulun update blog banyak2 masa cuti semester yang bakal menjelma. Tak sabarnya. T_T
Baiklah. Kita lupakan sebentar tentang update blog, sekarang nak masuk part serius iaitu "Pengalaman saya ketika berWorkshop". Apa yang boleh saya katakan... pengalaman yang sangatlah seronok. Memang kena dengan jiwa ini yang sangat minat dengan perihal software2 ni. Nak belajar sendiri memang takda masa. Ni kena pergi workshop sebab kerja sampingan. Saya sudah menjadi ahli kelab QYC dalam biro Publication and Information (PnI). Sudah menjadi tugas saya untuk mengetahui selok belok dan cara membuat video, buat poster, jadi editor dan bagaimana nak publish buletin dengan mengunakan software. Nampak menarik. Saya sangat suka. Minggu lepas saya belajar cara nak buat poster pakai Adobe Photoshop (PS). Saya tahu, korang pasti dah pakar dalam mengunakan PS. Saya baru nak merangkak dalam selok belok PS. Saya pun dapat tugasan membuat poster. Buat poster tentang "Spread Salam". Nak kena submit lepas cuti semester. Kena buat yang osem sebab buat time cuti dan tempoh due date yang lama. InsyaAllah saya akan post kat sini juga hasil poster saya. Hehe...
Selain itu saya belajar cara nak buat movie pakai Corel Video Studio. Software ni sangatlah osem. Tapi malangnya laptop saya tak cukup power untuk guna software Corel. Haish... Takpe... Yang penting saya dapat ilmu bagaimana nak buat video osem punya macam TOMATO dan OREO - 3 plus 1. Korang dah tengok short film ni? Baik korang tengok... Sangatlah best dan menyentuh hati. Korang search kat youtube kalau nak tengok ek.
Hari ini pula, saya belajar bagaimana menjadi penulis. Bukan senang nak jadi penulis. Kena ada bakat, mengetahui kosa kata yang banyak dan perlu ada daya imaginasi yang tinggi. Kami diajar bagaimana nak tulis cerpen dan novel dengan cara yang sistematik. Kami juga diajar bagaimana nak buat plot, synopsis dan cara menghidupkan watak. Wah... Kami juga diberi tugasan untuk menyiapkan cerpen. Tambahan pula visi aku kali ini pun nak buat satu cerpen setiap semester. Wow... Mampukah saya. Tahu tak, lepas habis workshop penulisan, terus teringat mak. Dulu2 mak ada menyatakan hasrat dan menyuruh saya siapkan satu buku atau novel sebelum graduasi. Nampaknya kata2 mak bakal menjadi kenyataan.
Lepas pergi workshop penulisan disebelah pagi, saya pergi pula workshop art and design disebelah petang. Workshop art and design nilah yang paling best. Dia ajar macam mana nak guna Adobe InDesign untuk design buletin atau majalah. Memang rumit nak publish buletin atau majalah tapi seronak. Dia juga tunjuk cara nak buat majalah dalam bentuk digital. Ala... Majalah yang boleh selak2 kat dalam internet tu. Sebagai contoh, majalah Generasi. Klik [Link] untuk melihat majalah tu.
Lepas habis kesemua workshop, baru terasa indahnya hidup ini. Takdelah rasa hidup ini hanya perlu mengadap buku 24 jam. Skill2 lain juga perlu ditambah. Bestnya dapat godek2 software yang power2 tu. Lepas ni bila dah pro mengunakan software tu, boleh kerja kat syarikat penerbitan atau buat syarikat penerbitan sendiri. Wah... Tingginya cita-cita aku... mudah mudahan. Itulah skill2 yang berjayaku kutip selama di universiti buat setakat ini. Skill2 ini bukan sahaja untuk diriku, tapi untuk semua. Skill2 ini juga dapat digunakan dalam medan dakwah. Ia juga sebagai satu cara yang bagus untuk menarik minat remaja untuk lebih kenal Pencipta. Dengan menggunakan software2 ini, tak salahkan kalau aku gunakan media untuk sebarkan dakwah. Semoga usaha ini berterusan dan aku Istiqamah dalam pekerjaan sampingan ini...
P/s : Walaupun aku sibuk dengan kerja sampingan, pelajaran harus aku utamakan.
Tapi hal dakwah bukan perkara kedua. Dakwah dan pelajaran harus berjalan beriringan...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe