Hari ini saya nak cerita tentang bagaimana nak cari informasi tentang foundation courses yang ditawarkan dalam asasi iium (centre foundation studies IIUM). Ini sebagai info kepada adik2 yang masih tak biasa dengan kursus yang ditawarkan dalam peringkat asasi iium. Ini juga atas permintaan adik aisyah yang menanyakan tentang kursus yang ditawarkan dalam peringkat foundation. (adik aisyah tanya tentang kursus sains kemanusiaan). Ya, saya yakin, adik2 diluar sana mesti tertanya-tanya. Mesti banyak persoalan terkeluar di benak fikiran adik2. Macam saya dulu-dulu. Haha
Lupakan tentang persoalan2 itu. Sekarang fikir bagaimana nak menjawab persoalan2 tersebut.
Disini, saya mencadangkan adik2 untuk pergi ke laman iium.edu.my/cfs. Disitu ada maklumat tentang kursus yang ditawarkan dalam peringkat asasi. Kat laman situ juga, adik kena click kat Programme Offered untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut tentang kursus yang ditawarkan dalam peringkat asasi. Kat situ, adik boleh tahu program yang ditawarkan, program description dan entry requirement. Program yang ditawarkan seperti Arabic program (foundation), Engineering program (foundation) dan banyak lagi.
Untuk memantapkan lagi pengetahuan adik2, adik boleh lawat iium.edu.my/browse. Kat situ, adik boleh mengetahui kursus yang ditawarkan lebih detail. Contoh, kalau adik nak tahu tentang human science, adik kena klik kat kuliyyah of islamic revealed knowledge and human science. Kalau adik nak tahu pasal languange courses macam arabic atau english, adik kena klik kat centre for languange and pre-university academic development (Celpad). Lepas klik nama kuliyyah tu, adik kena klik Visit Website. Bila kat dalam website tu, adik kena pandai2 klik kat menu sebelah kiri untuk mendapatkan maklumat.
Adik2 kena ingat. Peringkat asasi atau foundation ini kiranya macam persediaan adik2 dari segi basic2 knowledge dan skill sebelum adik2 melanjutkan dalam peringkat degree atau ijazah. Jadi, bila dah berjaya menghabiskan peringkat asasi, adik kena teruskan perjuangan dalam peringkat ijazah pula. Bila adik dah berjaya menamatkan pelajaran adik2 dalam peringkat ijazah dengan jayanya, adik berhak untuk mendapat segulung ijazah. Dengan sijil ijazah itu sangat berguna untuk memohon pekerjaan dan menyambung pelajaran keperingkat lebih tinggi (master).
Disini saya selitkan video. Semoga dengan video ini, adik2 lebih semangat untuk teruskan perjuangan adik2 hingga berjaya menjejak kaki ke Garden of knowledge and virtue.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe