Friday, March 30, 2012

Tutorial import wordpress to blogger


Hai semua. Bertemu kembali pada pertemuan yang baru dangan tutorial yang baru. Hari ini saya nak tunjukkan cara bagaimana nak import wordpress to blogger. Tutorial ini khas buat mereka nak tukar platform yang dari mulanya menggunakan wordpress dan sekarang nak guna blogger pula. Dan yang pasti kat wordpress tu banyak entry2 yang best dan sayang juga kalau nak delete begitu sahaja atau biarkan blog itu tidak terupdate. Jadi dia nak import entry2 dari wordpress ke blogger tapi tak dapat sebab ada error.

Alamak, ada error la.. Code bX-lyly16


Takpe, jangan risau. Ada penyelesaian dalam masalah ini.

Cara-caranya :
Kamu cuma perlu pergi ke link [wordpress2blogger]
Bila dah pergi  link tu, baca arahan dengan teliti dan ikut step by step.

Fungsi sebenar link itu ialah untuk convert wordpress XML file to blogger XML file.
Kiranya laman tu telah convert wordpress file ke file yang blogger faham (macam pelik je ayat).
Harap dengan tutorial ini, korang dapat transfer wordpress file ke blogger dengan jayanya... weeee~
Semoga tutorial ini berguna... ^^

P/s : Kat wordpress lagi senang nak import blogger XML file.
Takde nak kena convert2 blogger file tu dulu... hehe 

sources : Google group

Thursday, March 29, 2012

Tutorial reply to the comment

 

Hari ini terjumpa tutorial best. Cara2 nak enable reply comment dengan cara yang paling mudah. Tak payah nak susah2 edit HTML code. Tutorial ini khas buat mereka yang guna new blogger interface. Bagi yang masih guna old blogger interface tu cepat2 tukar kepada new blogger interface. Banyak kelebihan bila guna new blogger interface. (padahal dulu bukan main liat nak tukar). Ok, kita teruskan tutorial kita.

Cara-caranya :
1- Pergi kat Settings > Post and Comments > Comment location > Embended
Kat sebelah comment location ada drop box. Pilih embended kat drop box.
2- Kemudian pergi kat Settings > Other > Allow blog feed > Full
Kat sebelah allow blog feed tu ada drop box. Pilih Full kat drop box menu.

Setelah melakukan 2 perkara diatas, sekarang kamu cuba test kat entry kamu yang ada comment banyak.
Tengok ada tak perkataan yang saya bulatkan dibawah ni.


Yang bulat hitam tu untuk reply comment.
Yang bulat biru tu untuk delete comment.

Pastu, korang boleh cuba2 reply comment macam saya buat...


Wah, anonymous jadi model saya untuk tutorial kali ini...
Harap dengan tutorial ini, korang takde nak pening2 kepala nak edit HTML kod tu...
Pihak blogger pun dah kesan permintaan untuk menaruk butang reply kat setiap komen...
Jadi diorang buat khas untuk pengguna blogger...
Cuma satu je. Button dia tak sewarna-warni dan tak bergambar.
Bagi saya, ini sudah cukup daripada takda langsung. Hehe...
Kepada korang, selamat mencuba... Semoga korang pun dapat macam saya punya...


P/s : Butang tu sangat berguna... Tak la aku pening tengok dan senang untuk membalas komen... ^^

Wednesday, March 28, 2012

Hasil poster : Sebarkan Salam



Demi menunaikan janji saya kat entry ini [Link], saya akan letak poster hasil kerja saya disini.




Hurm... Ada kesalahan ejaan disana. Baru sedar. Sepatutnya ukhti bukan ukti. haha...
Jap lagilah saya betulkan. Harap dengan poster2 ini orang boleh tertarik untuk mengamalkan sunnah Rasulullah iaitu memberi salam kepada orang lain. InsyaAllah...

Tuesday, March 27, 2012

Ada apa dalam kepalaku?



Disuatu tengah hari yang terik, tatkala aku dan kawanku menunggu makanan tengah hariku siap dimasak kat cafe mahallah, aku didatangi seorang budak. Budak itu dalam lingkungan umur 10-12 tahun (aku agak je). Dia telah membuatkan sesuatu yang agak mengejutkan aku. Peristiwa itu bermula begini...
Lepas je aku bagi duit tu, aku buat muka selamba tanpa menghiraukan orang disekeliling. Kawan aku yang duduk disebelah aku diam seribu bahasa melihat perbuatan aku yang tak semena-mena beri duit kat seorang budak yang tidak dikenali. Kawan aku pun tak faham dengan sikap aku. Dan aku lagi tak faham kenapa aku buat macam tu. Yela, ce korang tetiba budak datang nak minta duit pastu budak tu pula bukan adik kandung korang. Agak2 korang nak bagi tak? Hurm... Entah angin mana masa tu aku bagi je seringgit tanpa banyak soal. Tetiba pula aku rasa yang aku jadi mangsa peras ugut pula. Macam kes budak2 sekolah rendah. Kena bayar wang perlindungan kalau nak selamat. Hahaha... Ada2lah kamu...

P/s : korang pernah alami benda yang sama?

Cara mencari Asasi IIUM : Foundation courses

Hari ini saya nak cerita tentang bagaimana nak cari informasi tentang foundation courses yang ditawarkan dalam asasi iium (centre foundation studies IIUM). Ini sebagai info kepada adik2 yang masih tak biasa dengan kursus yang ditawarkan dalam peringkat asasi iium. Ini juga atas permintaan adik aisyah yang menanyakan tentang kursus yang ditawarkan dalam peringkat foundation. (adik aisyah tanya tentang kursus sains kemanusiaan). Ya, saya yakin, adik2 diluar sana mesti tertanya-tanya. Mesti banyak persoalan terkeluar di benak fikiran adik2. Macam saya dulu-dulu. Haha
Lupakan tentang persoalan2 itu. Sekarang fikir bagaimana nak menjawab persoalan2 tersebut.
Disini, saya mencadangkan adik2 untuk pergi ke laman iium.edu.my/cfs. Disitu ada maklumat tentang kursus yang ditawarkan dalam peringkat asasi. Kat laman situ juga, adik kena click kat Programme Offered untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut tentang kursus yang ditawarkan dalam peringkat asasi. Kat situ, adik boleh tahu program yang ditawarkan, program description dan entry requirement. Program yang ditawarkan seperti Arabic program (foundation), Engineering program (foundation) dan banyak lagi.

Untuk memantapkan lagi pengetahuan adik2, adik boleh lawat iium.edu.my/browse. Kat situ, adik boleh mengetahui kursus yang ditawarkan lebih detail. Contoh, kalau adik nak tahu tentang human science, adik kena klik kat kuliyyah of islamic revealed knowledge and human science. Kalau adik nak tahu pasal languange courses macam arabic atau english, adik kena klik kat centre for languange and pre-university academic development (Celpad). Lepas klik nama kuliyyah tu, adik kena klik Visit Website. Bila kat dalam website tu, adik kena pandai2 klik kat menu sebelah kiri untuk mendapatkan maklumat. 

Adik2 kena ingat. Peringkat asasi atau foundation ini kiranya macam persediaan adik2 dari segi basic2 knowledge dan skill sebelum adik2 melanjutkan dalam peringkat degree atau ijazah. Jadi, bila dah berjaya menghabiskan peringkat asasi, adik kena teruskan perjuangan dalam peringkat ijazah pula. Bila adik dah berjaya menamatkan pelajaran adik2 dalam peringkat ijazah dengan jayanya, adik berhak untuk mendapat segulung ijazah. Dengan sijil ijazah itu sangat berguna untuk memohon pekerjaan dan menyambung pelajaran keperingkat lebih tinggi (master).

Disini saya selitkan video. Semoga dengan video ini, adik2 lebih semangat untuk teruskan perjuangan adik2 hingga berjaya menjejak kaki ke Garden of knowledge and virtue.

Tuesday, March 20, 2012

It is haram to feed a cat? It is true?

 

I wanna ask you again. It is haram to feed a cat that has no owner. You see the lonely cat that hungry, then you not allowed to feed them because it is haram to feed them. Especially if you see the lonely cat at the mahallah. Which is near to your block and your room. I heard this statement from someone. 

Why it is haram to feed a cat? 
The reason they give me is because the cat is dirty. They living somewhere else. They has no owner want to feed them, to clean them, to take care of them. When you feed the cat, it will attract the cat to stay near to the block. When the cat hungry, it will come to your room and ask the food. After eating, the cat will go anywhere they like. It splits everywhere and make some dirty outside your room. It also may disturb other people that allergy with cat or has asthma. It also make the work load to the cleaner to clean the cat faeces.

But wait a second. 
I admit that the cat will bring the disaster to some people and place. But why we need to say that it haram to feed the cat? Can't we just say that, if you really want to feed the cat, just feed them at the place that the cat may not disturb other people. 

For example, if you see lonely and hungry cat near your room and you want to feed them, you need to feed the cat away from your room. The things that you really need to remember about the cat is when you start to feed the cat in front of your room, it will come to your room again and ask the food. And they also leave the faeces in front of your room. That is the habit of the cat. You can't scold the cat because they leave the faeces in front of you room. It is your fault because you feed the cat in front of your room. 

So, the best way to feed the cat is you bring the cat far away from your room and other people room. And also, if can, you bring the cat near to the cafe. It also help them to be independent for searching their own food when they feel hungry.

The moral of the story is don't easily put the "hukum" about something because it look bad. Sometime, we need the resolution and strategy in solving the certain problem.

P/s : That is my opinion about that issue. How about yours?

How to delete AutoComplete in browser

By the way what is AutoComplete?
AutoComplete is the auto-fill option that has been saved after you browsing something. Usually they saved your e-mail address when you log in to your website and they also saved the keyword that you have enter when searching something.

Why the browser save all sort of things?
It help you to save your time rather than repeating key in the same keyword all over the time. Sometime it helpful and sometime not if there has too many keyword they saved.


Now I teach you how to remove unwanted AutoComplete quickly and easily.
The easy way to delete it is..
  1. Double-click in the text field so the drop-down box of auto-fill options appears.
  2. Hold your mouse over the option that you want to remove from auto-fill so that it's highlighted. Don't click on it.
  3. Press your delete key. The option should be deleted from your AutoComplete. 
It is applicable to all browser.

The sources : about.com

Monday, March 19, 2012

Dia sangat gagah perkasa



Subhanallah...
Itulah kata-kataku bila menyaksikan sepohon pokok yang besar tumbang begitu sahaja.
Boleh dikatakan petang tadi hujan lebat disertakan kilat sambung menyambung.
Bila sampai sini terus nampak pokok tumbang.
Nak kata akibat perbuatan manusia tak jugak.
Kelihatan seperti pokok itu dicabut dari akar...
Itulah kekuasaan Allah...
Dia mampu menumbangkan apa sahaja...
Tak kira sebesar mana ciptaan dia...
Dia mampu menumbangkannya...

P/s : Objek besar tu pun Dia mampu tumbangkan apatah lagi makhluk yang bernama manusia.
Bila-bila masa sahaja Dia boleh binasakan jika kita ingkar kepadaNya..

Sunday, March 18, 2012

Apa itu Muhasabah dan Muraqabah?

Apakah itu Muhasabah?
Sound familiar right. Muhasabah itu adalah proses menghitung atau menghisab diri. Kita dianjurkan supaya muhasabah balik diri kita. Ambil sedikit masa untuk mengenang kembali perilaku kita sepanjang hari. Hitung balik apa yang kita buat sepanjang hari. Adakah kita banyak menyakiti hati orang atau berbuat salah kepada orang lain. Jika kita melakukan kesalahan, kena cepat2 minta maaf dan bertaubat. Kita tak tahu sampai bila kita diberi peluang untuk hidup. Jadi gunakan kesempatan yang ada untuk muhasabah diri. Lagi baik kalau kita kenang balik perbuatan kita yang lampau. Sebagai contoh, mengenang kembali tingkah laku semasa kita remaja. Setiap orang pernah lakukan kesalahan. Jadi jadikan kesalahan itu sebagai pedoman dan pengajaran agar kesalahan yang sama tak akan berulang lagi. Kita kenang balik dan improve lagi diri kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari semalam. Sebaik-baik muhasabah diri ialah mengingati kematian dan membayangkan keadaan kita di akhirat.

Kemudian, Apakah itu Muraqabah?
Muraqabah ini adalah merasa diri diawasi dan diperhatikan oleh Allah SWT. Kita merasakan cctv Allah dimana sahaja. Hatta kamu berkeseorangan didalam bilik pun, Allah masih dapat melihat kita. Cuba cari tempat dipelusuk bumi ini dimana Allah tak dapat melihat kita. Namun usaha itu tidak akan berjaya. Ini adalah bumi Allah. Dia yang menciptanya. Allah mengetahui segalanya. Dia maha mengetahui, maha melihat dan maha mendengar.

Jadi, apa kesinambungan kedua-duanya?
Bila kita terasa diawasi, kita pasti akan berhati-hati dalam tingkah laku kita. Bila kita berbuat salah, kita akan cepat2 minta maaf dan bertaubat kerana ada yang sedang memerhati kita. Contohlah kamu bekerja di sebuah kilang membuat pinggan mangkuk kaca. Yang pasti ketika berkerja, supervisor akan mengawasi kamu kerana kamu sedang menghasilkan produk yang berisiko iaitu pinggan mangkuk kaca. Jika tersalah ukur atau ukiran ke atas pinggan dan mangkuk itu mengakibatkan pinggan itu sumbing dan jatuh standard kualiti. Bila kamu tersalah ukir, cepat2 kamu leburkan kembali untuk membuat pinggan baru. Kamu risau kamu bakal dimarah teruk oleh supervisor. Ini cuma contoh dalam konteks kehidupan manusia. Bagaimana dalam konteks kita dengan Allah. Allah lagi berkuasa dan lagi agung dari supervisor. Takkan kita lebih malu dan takut kepada manusia berbanding Allah? Renung-renungkanlah.

Pengalaman berWorkshop

Wah.... Dah lama tak update blog. Ni update blog sebab sudah berjanji untuk update blog sekali sehari. (masaklah aku... Mana nak curi masa nak update blog)... Yelah... Sayakan busy women. Takde masa nak update blog. Ingat nak pulun update blog banyak2 masa cuti semester yang bakal menjelma. Tak sabarnya. T_T


Baiklah. Kita lupakan sebentar tentang update blog, sekarang nak masuk part serius iaitu "Pengalaman saya ketika berWorkshop". Apa yang boleh saya katakan... pengalaman yang sangatlah seronok. Memang kena dengan jiwa ini yang sangat minat dengan perihal software2 ni. Nak belajar sendiri memang takda masa. Ni kena pergi workshop sebab kerja sampingan. Saya sudah menjadi ahli kelab QYC dalam biro Publication and Information (PnI). Sudah menjadi tugas saya untuk mengetahui selok belok dan cara membuat video, buat poster, jadi editor dan bagaimana nak publish buletin dengan mengunakan software. Nampak menarik. Saya sangat suka. Minggu lepas saya belajar cara nak buat poster pakai Adobe Photoshop (PS). Saya tahu, korang pasti dah pakar dalam mengunakan PS. Saya baru nak merangkak dalam selok belok PS. Saya pun dapat tugasan membuat poster. Buat poster tentang "Spread Salam". Nak kena submit lepas cuti semester. Kena buat yang osem sebab buat time cuti dan tempoh due date yang lama. InsyaAllah saya akan post kat sini juga hasil poster saya. Hehe... 

Selain itu saya belajar cara nak buat movie pakai Corel Video Studio. Software ni sangatlah osem. Tapi malangnya laptop saya tak cukup power untuk guna software Corel. Haish... Takpe... Yang penting saya dapat ilmu bagaimana nak buat video osem punya macam TOMATO dan OREO - 3 plus 1. Korang dah tengok short film ni? Baik korang tengok... Sangatlah best dan menyentuh hati. Korang search kat youtube kalau nak tengok ek.

Hari ini pula, saya belajar bagaimana menjadi penulis. Bukan senang nak jadi penulis. Kena ada bakat, mengetahui kosa kata yang banyak dan perlu ada daya imaginasi yang tinggi. Kami diajar bagaimana nak tulis cerpen dan novel dengan cara yang sistematik. Kami juga diajar bagaimana nak buat plot, synopsis dan cara menghidupkan watak. Wah... Kami juga diberi tugasan untuk menyiapkan cerpen. Tambahan pula visi aku kali ini pun nak buat satu cerpen setiap semester. Wow... Mampukah saya. Tahu tak, lepas habis workshop penulisan, terus teringat mak. Dulu2 mak ada menyatakan hasrat dan menyuruh saya siapkan satu buku atau novel sebelum graduasi. Nampaknya kata2 mak bakal menjadi kenyataan. 

Lepas pergi workshop penulisan disebelah pagi, saya pergi pula workshop art and design disebelah petang. Workshop art and design nilah yang paling best. Dia ajar macam mana nak guna Adobe InDesign untuk design buletin atau majalah. Memang rumit nak publish buletin atau majalah tapi seronak. Dia juga tunjuk cara nak buat majalah dalam bentuk digital. Ala... Majalah yang boleh selak2 kat dalam internet tu. Sebagai contoh, majalah Generasi. Klik [Link] untuk melihat majalah tu.

Lepas habis kesemua workshop, baru terasa indahnya hidup ini. Takdelah rasa hidup ini hanya perlu mengadap buku 24 jam. Skill2 lain juga perlu ditambah. Bestnya dapat godek2 software yang power2 tu. Lepas ni bila dah pro mengunakan software tu, boleh kerja kat syarikat penerbitan atau buat syarikat penerbitan sendiri. Wah... Tingginya cita-cita aku... mudah mudahan. Itulah skill2 yang berjayaku kutip selama di universiti buat setakat ini. Skill2 ini bukan sahaja untuk diriku, tapi untuk semua. Skill2 ini juga dapat digunakan dalam medan dakwah. Ia juga sebagai satu cara yang bagus untuk menarik minat remaja untuk lebih kenal Pencipta. Dengan menggunakan software2 ini, tak salahkan kalau aku gunakan media untuk sebarkan dakwah. Semoga usaha ini berterusan dan aku Istiqamah dalam pekerjaan sampingan ini...

P/s : Walaupun aku sibuk dengan kerja sampingan, pelajaran harus aku utamakan. 
Tapi hal dakwah bukan perkara kedua. Dakwah dan pelajaran harus berjalan beriringan...

Tuesday, March 06, 2012

Pertarungan antara bakteria jahat dan bakteria baik


Itu dia mukadimah untuk entry kali ni. Haha... 
Setelah pertarungan selesai, bakteria baik dah kalah dengan bakteria jahat. 
Jadi bakteria jahat telah bermaharajalela sehingga membuatkan tempat itu dah tak selamat lagi.
Jap, kenapa mukadimah kali ini bertemakan bakteria?

Sebenarnya nak cakap yang hari ini saya tak beberapa sihat. Tapi pelik pula, lepas pergi klinik terus tak demam. Dapat MC pulak tu. Aish... Tak pasal2 ponteng kelas hari ini. Tapi lepas pergi klinik, aku dah kebas dari demam sebab aku berjalan jauh dari klinik ke bilik. Dah sampai bilik memang berpeluh-peluh. Terus hilang panas kat badan. Terus timbul rasa menyesal. Kalau aku tahu macam ni baik aku pergi kelas tadi. Tapi bila fikir nak patah balik pergi kelas memang taklah. Tadi agak risau juga, kalau aku still datang kelas juga walaupun diberi MC, silap2 esok aku dah tak larat nak bangun. Pernah terjadi bila aku memang sangat keras kepala, nak juga pergi kelas walaupun doktor bagi MC. Mulanya rasa badan dah kuat. Dah tak demam. Tengok2 lepas habis kelas, aku terus balik bilik sebab dah tak larat. Memang tak bangun2 aku masa tu. Yang lagi best, aku dapat lagi MC dari doktor lagi 5 hari. Lagi sakit hati dibuatnya. Itulah degil. Takpa hari ini aku ikut arahan doktor walaupun dah tak demam. Tapi esok nak juga pergi kelas walaupun dapat MC lagi. Haha...

Sebab demam, agaknya sebab salah makan. Itulah makan macam2 lagi. Banyak makan makanan bergoreng dan beli makanan kat tempat makan yang tak bersih. Bapak dah pesan dari dulu. Kalau nak makan makanan bergoreng tu kena hati2. Kadang2 tu ada sesetengah penjual mengunakan minyak berulang kali untuk mengoreng makanan. Even minyak dah hitam pun still lagi guna minyak tu. Lepas ni kena jaga sikit. Untuk masa terdekat ni, tekak aku tak boleh nak terima makanan yang bergoreng. Bukan itu sahaja, banyak juga faktor2 yang menyebabkan demam. hehe...

Tadi sempat pula aku tanya doktor kenapa badan rasa sengal2 sejak semalam. Dia terus terangkan mengunakan istilah perubatan yang aku memang "faham" apa yang dia cakap. Tapi ikut firasat aku, dia sebenarnya tengah cakap pasal bakteria. Boleh pulak macam tu...

P/s : Bakteria baik dalam badan aku dah kalah peperangan... Ayuh kita bangkit untuk lawan musuh!!!

Sunday, March 04, 2012

Itulah aku

Pendiam.
Berdikari.
Lurus.
Suka bersendiri.

Itulah aku.
Kadang2 aku jadi seorang yang dingin.
Kadang2 aku jadi seorang yang mudah mesra.
Tapi selalunya aku jadi seorang yang dingin.
Memang susah nak senyum kalau dalam keadaan dingin.
Sampai kawan pun tegur suruh senyum sikit.
Nak senyum? Untuk apa?

Mungkin sebab aku dingin dan pendiam...
Orang tak beberapa suka kat aku...
Orang dekati aku hanya kerana keperluan...
Bila keperluan dipenuhi, ditinggal macam tu sahaja...
takpa... Aku dah biasa...

Aku pun tak banyak cakap...
Tak ada benda yang best pun kalau nak dengar dari mulut aku...
Tapi pendiam aku pun, aku boleh jadi seorang pendengar yang baik...
Aku suka mendengar dan suka memerhati.
Kemudian buat kesimpulan sendiri.

Itulah aku...
Tiada siapa yang faham...
Mereka memilih untuk tidak memahami...
Biarkan aku keseorangan...
Itulah kawan...
Penatlah hidup bersendirian...
Makan seorang2, pergi kelas sorang2.
Jalan sorang2.
Terasa iri melihat kawan2 yang pergi kelas sama2.
Jalan bersama2.
Makan berjemaah.
Nak berjemaah, tiada siapa nak...
masing2 sibuk dengan hal masing2...
kadang2 nak juga tukar selera untuk kawan berlainan jantina...
sekadar nak berkawan je...
tapi... aku tak suka dan tak reti...
mereka kelihatan lebih sukar difahami dan didekati...
dan menbuat aku lebih tak senang hati...
Last2... aku pilih untuk sibukkan diri...
supaya dapat kenal lagi ramai orang...
Last2... aku pilih untuk dekati majlis ilmu...
untuk penuhi ilmu didada...
Last2... aku pilih untuk berada di samping keluarga aku sendiri...
lebih selesa environment kat rumah walaupun tak senormal macam orang lain.
Last2... aku pilih untuk lebih dekati murabbi...
mereka kelihatan lebih ikhlas untuk dekati aku...
bila bersama mereka baru terasa mahal nilai ukhwah itu...

sudahlah merungut...
Dunia ini memang begitu...
semua orang pasti merasainya...
tak merasinya pun,
dia pasti ada masalah lain yang menghantui hidupnya...
Jadi... walaupun apa jua masalah yang dihadapi,
jalani dengan sabar...
dan
sentiasa senyum walaupun hati terasa perit...

^__^