Wednesday, October 26, 2011

Sudah jauhku terlajak

MasyaAllah...
Dah lama aku tak rasa begini...
Baru sebentar tadiku menanya khabar keluargaku..
Adakah mereka sihat?
Dah makan ke?

Rupa2nya ada sesuatu berlaku dirumah...
Aku terkesima mendengarnya...
Satu persatuku ingat kembali...
Betapa lekanya hidup aku disini...
Aku tak terfikir pun keadaan dirumah...
Mak kerja keras kumpul wang...
Untuk belanja dapur...
Bapak pening nak pusing duit...
Demi menyara adik2ku yang lain...

Tapi aku...
Aku terleka dengan duit pinjaman yang aku dapat...
Dengan duit yang aku pinjam,
Membeli benda yang tak sepatutnya...
Keluar kesana kesini...
Bergembira, Berseronok sakan bersama kawan2...
Tidak sedar yang ada orang sangat membuntukan wang...

Ya Allah...
Sedarkan aku...
Aku bukan dari keluarga yang senang...
Aku tak mahu semua nikmat yang aku dapat membuat aku leka...
Aku tak senasib dengan rakan2ku yang lain...
Dunia mereka jauh berbeza dengan dunia aku...

Aku kena selalu ingatkan diri aku...
Dunia aku tidak sama dengan dunia mereka...
Mereka tidak akan faham dengan kesusahan aku...

2 comments:

  1. jangan terlajak yang lagi satu tu sudahlah, yang itu memang tak dapek nak nolong!

    ni nak jemput singgah blog acik di www.kisah-dan-kasih.blogspot.com. acik tulis cerita2 pendek jer...

    btw, suka ayat "solat jangan tak solat" tu :)

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe