Tuesday, December 16, 2014

Permuafakatan sesama adik beradik.

Permuafakatan tu tersangatlah penting. Siapa lagi orang yang dekat dengan kita yang boleh kita berkongsi masalah bersama, meminta pendapat dan boleh diharap untuk di minta tolong selain adik beradik. Teramatlah sedih bila adik beradik itu sendiri dibuat musuh. Malah berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa hebat dan kuat tanpa mengira siapa yang patut dihormati terutama ahli keluarga yang lebih tua. Jangan beralasankan harta sebagai punca keretakan hubungan adik beradik. Apatah pula melihat abang2 atau kakak2 yang tidak berkemampuan dari segi kewangan menjadikan alasan untuk memijak kepala mereka dan tidak menghormati mereka kerana tahap ekonomi kita lebih tinggi dari mereka.

Sebenarnya mempunyai adik beradik adalah suatu nikmat yang tidak ternilai.
Samada mempunyai adik beradik yang sikit mahupun ramai, itupun dikira nikmat.
Apabila dikumpul sumber manusia dari darah yang sama ini boleh menghasilkan satu sumber tenaga manusia yang kuat. Percaya atau tidak dengan adanya permuafakatan adik beradik ni dapat menghasilkan suatu yang asalnya dilihat mustahil menjadi tidak mustahil. Boleh jadi dengan permuafakatan ini dapat melahirkan rangkaian bisness yang terulung malah dengan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi masing2. Boleh juga menggunakan adik beradik yang ramai untuk aktiviti merewang serta untuk kenduri kendara. Dengan itu, ia dapat melahirkan suasana harmoni diantara adik beradik dan melatih sikap empati serta kasih mengasihi antara satu sama lain.

Tetapi untuk menghasilkan permuafakatan ini teramatlah sukar jika di kalangan adik beradik itu sendiri ada yang jenis batu api dan hipokrit. Sama ada jenis lontar batu kemudian sembunyi tangan atau jenis talam berpuluh-puluh muka. Ada yang jenis pusing keling (cakap berbelit-belit tapi boleh diterima akal) bak kata orang jawa. Bila wujudnya orang sebegini, permuafakatan dalam hubungan adik beradik teramat sukar untuk diwujudkan.

Untuk menghasilkan permuafakatan, tiada skema jawapan disediakan. Ia bergantung kepada keadaan dan persekitaran yang adik beradik tersebut berada. Adakalanya masa menyebabkan seseorang itu berubah sama ada berubah kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Tetapi elemen yang paling penting dan sepatutnya ada adalah elemen kesefahaman dan bertolak ansur. Walaupun namanya adik beradik yang lahir dari perut ibu yang sama pun belum tentu sikap setiap individu itu sama. Masing2 mempunyai sikap yang berbeza. Jadi kesefahaman dan bertolak ansur perlu ada diantara satu sama lain. Kadang kala perlu ada sikap mengalah. Ada masa abang mengalah kat adik dan ada masanya juga adik mengalah pada abang. Peranan anak sulung juga penting untuk mengatur adik2. Malah dalam masa yang sama adik2 juga perlu patuh pada kata2 anak sulung. Tetapi kewajipan tegur menegur secara berhemah juga perlu jika ada yang adik berbuat salah malah abang dan kakak yang berbuat salah juga perlu ditegur tetapi kenalah beradab.

Masa kecil2 senang nak memupuk nilai kasih sayang sesama adik beradik. Si abang mengatur, adik pun ikut. Mungkin pengaruh ibu bapa yang sering memesan adik2 supaya ikut kata si abang. Hubungan adik beradik ketika ini agak kuat atas dorongan ibu bapa. Bila sudah remaja hingga dewasa, hubungan itu sedikit demi sedikit longgar. Masing2 punya kehidupan sendiri. Semakin kurang masa bersama. Apatah lagi bila sudah berkahwin. Masing2 dengan keluarga masing2. Ketika ini juga persekitaran berubah dengan kehadiran orang baru. Bila sudah punya anak cucu dan mungkin ketika ini entah ada istilah adik beradik dalam kamus hidupnya. Adakah kitaran ini bakal berulang dan terus berulang hingga ke generasi akan datang? Apa yang kita lalui kini bakal diikuti anak2 dan cucu2 kita nanti. Adakah ini contoh terbaik buat mereka?

Inilah kehidupan.
Ada kala manis, masam, masin.
Itu adalah atas pilihan kita sama ada mengejas mengikut sesedap rasa.
Mengalahkan takdir semata-mata pun tak elok.
Melainkan sudah berusaha sehabis baik untuk menjaga hubungan sesama adik beradik tetapi masih gagal juga barulah boleh berserah bulat2 kepada takdir.
Mungkin itu adalah ujian kepada kita.

[sumber]

Monday, December 15, 2014

Aneh sungguh sesetengah orang melayu

Aneh sungguh orang melayu.
Dalam ramai2 orang, orang asing jugaklah yang mereka bagi sewa rumah. Padahal ramai orang tempatan tak kisahlah orang Melayu, Cina atau India tengah giat mencari rumah untuk disewa. Kawan sendiri pun tengah sibuk mencari rumah untuk disewa sebelum akhir bulan ni. Bukan menyewa untuk diri sendiri tetapi menyewa untuk sekeluarga.

Kenapalah tuan rumah terutama sesetengah orang melayu melebihkan orang asing dari rakyat negara ni. Bukan sekali dua ia berlaku. Kerap juga. Ada tuan rumah tak tampal pun notis nak sewa rumah. Tup tup tahu bangla yang bakal menghuni rumah tersebut. Alasannya, dia sewa rumah tu kat pemilik syarikat dengan beranggapan yang jaminan untuk dibayar sewa rumah tersebeut adalah tinggi. 

Mengapa pulangan sewa itu dititik beratkan?
Lumrah bagi seseorang mahu pulangannya stabil termasuklah sewa rumah.
Tambah timbul pula khabar angin yang ada sesetengah penyewa dari orang melayu ni kurang adabnya. Ada yang jenis bayar sewa lambat. Ada juga jenis pemusnah harta benda pun ada.

Bila tahu sahaja khabar angin ini, memang patutlah tindakan sesetengah tuan rumah yang suka ambil jalan selamat dengan menyewa rumahnya kepada orang asing. Cuma, yakinkah tuan rumah itu yang orang asing ini bertingkah laku mulia ataupun paling kurang akan terus membayar sewa atau tidak merosakkan harta benda?

Seharusnya tuan rumah harus memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menyewa terlebih dahulu berbanding orang asing. Memang benar apa yang diperkatakan tentang sikap sesetengah penyewa yang tidak bertanggungjawab namun adakah kerana ini ia menjadi alasan yang kuat buat tuan rumah untuk menyewa rumahnya kepada orang asing. Ia berlaku pada sesetengah orang dan bukan semua orang. Mungkin nasib tidak baik buat si tuan rumah dapat penyewa yang tidak beretika. Namun masih ramai lagi penyewa yang berbudi bahasa di luar sana. 

Jadi, mengapa kita sebagai penduduk tempatan lebih mementingkan tempat teduh buat warga asing berbanding dengan penduduk tempatan? Warga tempatan juga punya hak mutlak untuk mendapat tempat berteduh di negara sendiri berbanding warga asing. Ohhh lupa, jaminan wang. Adakah kerana wang semuanya selesai?

"Alaaaa.... Aku sorang je yang sewa kat orang asing. Ramai lagi orang tempatan ni kat taman ni.
Takda kesan pun."

Ya. memang benar. Memang benar anda seorang je yang sewakan rumah kepada orang asing.
Bagaimana 10 orang menyewa?
Satu taman?
Satu daerah?
Boleh bayangkan tak apa terjadi kat tempat tu?
Kampung orang asing?
Tak percaya? Cuba anda ronda-ronda di sekitar Ampang.
Anda akan jumpa satu kawasan itu penuh dengan warga asing dari Indonesia.

[sumber]

Pelik sungguh...

Ada anda tanya perasaan jiran anda bila berjirankan dengan warga asing?
Tak perlu tanya jiran, tanyalah diri anda,
Anda mahu jiran anda warga asing?

Sunday, December 14, 2014

Cara nak install Google Play dalam Honor 6


Terkejut melihat smartphone anda tiada aplikasi Google Play.
Terutama smartphone keluaran Huawei.
Tak perlu gusar.
Ada caranya dan ia mudah.
Tidak perlu anda ke kedai semula untuk install Google Play.

Caranya, anda pergi ke aplikasi App Center Huawei.
Tak perlu pening kepala dengan tulisan cina kat aplikasi itu.
Kalau boleh baca apa yang dia tulis tu kiranya bonus buat anda.

Nampak tak App Center? Klik kat ikon yang ada bulat merah no 19 tu.
Bila buka App Center tu, sila search Google Play dan download.
Seperti yang tertera dibawah ni.


Bila dah selesai download Google Play tu, anda dah boleh guna download semua aplikasi yang mahu dalam Google Play. 

Problem solve. 
Selamat mencuba. :)

Friday, December 12, 2014

Huawei Honor 6 Review


Lawa tak smartphone ni?
Smartphone ni antara phone yang spec dia tinggi tapi murah.

Apa yang bestnye smartphone ni?
Bagi saya, smartphone ni best dari segi....

1- Kamera. 
Kamera depan 5 MP dan kamera belakang 13 MP.
Mana nak jumpa Pixel kamera yang besar terutama dalam kalangan smartphone budget.

2- Dual sims
Memandangkan saya pengguna 2 sims yang tegar, saya rasa smartphone ni sesuai dengan saya. Saya boleh melayari internet dengan menggunakan broadband dengan kelajuan H dengan meletakkan sim tersebut di slot sim 1 dan juga boleh menerima panggilan dan sms dengan meletakkan sim tersebut di slot sim 2. Saya boleh menggunakan 2 sim serentak tanpa sebarang gangguan. Berbanding dengan Sony Xperia Tipo, saya susah untuk menerima panggilan dan sms ketika saya menggunakan broadband untuk melayari internet.

3- RAM
RAM smartphone ni sangat besar iaitu 3GB. Saya boleh install aplikasi yang banyak dan mengunakan pelbagai aplikasi tanpa rasa bimbang yang hanset akan hang. Tambah operating sistem honor 6 pun yang terkini - Kitkat. Belum sampai Lolipop lagi ye.

4- Harga.
Harga smartphone ni sememangnya murah berbanding dengan smartphone yang berjenama. Cubalah anda google spec smarphone berjenama yang boleh dapat spec yang sama macam Honor 6 ni dengan harga sekitar RM1100. Anda pasti tak jumpa. Dengan spec yang sebegitu amat sukar menemui smartphone yang murah.

Setakat ni saya boleh senaraikan 4 sebab.
Ada banyak lagi ciri2 yang best tentang Honor 6 ni dan anda boleh mengetahuinya melalui website GSM Arena [Link].

Ada pengguna membandingkan spec Honor 6 dengan Iphone 6.
Berbaloi. Harga murah dan spec dia hampir menandingi Iphone 6.

Pasti ada sesetengah pengguna merasa sangsi dengan smartphone dari negara China ni. Antara kriteria yang dititik beratkan adalah dari segi kualiti produk. Tambah pula spec yang tinggi tetapi harga murah. Boleh tahan lamakah smartphone ni?

Usah risau tentang kualiti. Selagi anda seorang yang cermat dalam menggunakan barang, anda boleh menggunakan smarphone tu lama. Tidak kiralah smartphone tu berjenama terkenal pun kalau si pengguna tu jenis ganas pun smartphone tu tetap akan rosak dengan cepat juga. Jadi penjagaan yang rapi itu penting. 

Antara pantang larang yang biasa untuk memastikan smartphone tersebut tahan lama adalah seperti smartphone tu jangan bagi jatuh. Ini biasa. Selain tu, jangan guna smartphone sambil charge serta jangan charge smartphone tu lama2. Bila dah penuh charge terus tutup. Kebiasaannya orang akan akan charge henset dia waktu malam ketika tidur dan ini adalah amalan yang tidak bagus. Bila henset charge lama2 nanti bateri cepat kembang. Kalau smartphone yang bateri boleh tukar takpe. Buatnya smartphone tu bateri tak boleh tukar... Maka... pakai, rosak, buang. Nak masuk punat charge pun kena betul. Ada yang main masuk punat dengan ganas sampai rosak punat tu. 

Ada  tips untuk buat bateri smartphone tahan lama. Masa mula2 beli henset tu kena charge henset tu dulu selama 8 jam sebelum menggunakannya. Dengan cara ni bater smartphone tu akan tahan lama. Walaupun dah charge 8 jam pun tapi smartphone tu tak jaga elok2 pun tak jadi juga. Jadi penjagaan henset tu penting.

Ini kualiti gambar dari Sony Xperia Tipo ye. Bukan Honor 6.

Berminat dengan Honor 6? Dapatkannya sekarang.
Digi ada tawaran menarik untuk Honor 6.
Sila ke website Digi

P.s : Hari ni saya jadi promoter Digi yang tak berdaftar. Hahaha.
Tawaran Digi tu betul ye. Layarilah tanpa was was.


Thursday, December 11, 2014

Ketam oh Ketam... Tips membeli ketam.


Sedapnya ketam.
Biasanya ketam ni dimasak lemak cili api atau kari kalau kat rumahlah.
Lemak cili api yang kaw kaw. Santan pekat dan cili api yang banyak.
Memang nikmat.

Ada pula menu baru...

[sumber]
meggi ketam

Haha.. Takdalah baru sangat. Saya baru pertama kali mendengarnya. Ketinggalan betul. Mungkin boleh disyorkan kat bapak untuk cuba masak menu ni kat rumah. Resepi pun dah ada. Boleh cuba resepi dari mat gebu [Link]. 

Berbalik kepada point utama iaitu tips nak membeli ketam, sebenarnya ada waktu tertentu nak beli ketam ni. Ada seorang hamba Allah ni dia bagi tips yang kalau nak beli ketam yang isinya banyak baik beli waktu tengah2 bulan mengikut kalendar lunar (kalendar kitaran bulan). Kerana ketika ini makanan ketam tengah banyak dan ketam tengah sibuk mencari makanan. Waktu ni isi ketam jadi banyak. Jadi bila isi ketam banyak, Harga pun mahal sikit sebab berat. Walaupun mahal tetapi berbaloi sebab isi ketam banyak dan puas untuk menikmatinya.

Nak lebih puas makan ketam? Belilah waktu tengah2 bulan mengambang dan keatas.

P/s : Sekarang ni mesti ketam tengah kekenyangan. Hohoho

Wednesday, December 10, 2014

Hidup ini singkat

Sekejap masa berlalu.

Beberapa minggu yang lepas ada cikgu yang meninggal.
Hari ini digemparkan dengan pemergian emak kepada kawan adik aku.
Baru je berborak dengan makcik tu tentang plan nak sambung belajar.

Bila sudah tiada baru dikenang.
Bila depan mata sering dibuang.

Semoga kawan adik aku dan keluarga tabah menghadapi ujian ini


Kadangkala kematian itu adalah suatu nasihat.

~Al Fatihah buat Cikgu Azizah dan Emak Sufiah~
Semoga roh mereka di tempatkan disisi orang yang beriman.
Amin

P.s : Sayu je suasana petang ni


Video Game High School (VGHS)



Siapa pernah tengok cerita ni?
Tak ingat? Macam pernah nampak?
Cuba scroll bawah untuk mengimbas kembali memori anda.








Ada rasa pernah nampak kat mana2?
Baiklah... Bagi yang tak pernah tonton atau menengok adegan ini dimana-mana, anda boleh menonton cerita ini di youtube secara percuma. Percuma? Masih dalam kategori berbayar jika anda menonton menggunakan line broadband. Tapi, ia masih dikira percuma jika menonton dengan menggunakan line wifi. Haha... Sila abaikan. 

Adegan yang di printshot di atas di ambil dari shortfilm Video Game High School atau nama pendeknya VGHS. Cerita ni sangat best. Tak rugi untuk menontonnya. Cerita ini sesuai bagi mereka yang suka pada cabaran terutama hardcore gamer. Kenapa hardcore gamer? Sebab kisah dalam shortfilm itu berkisar tentang hardcore gamer. Pernahkah anda terfikir yang hardcore gamer boleh bersekolah ke sekolah khas untuk gamer2. Kat sekolah tu berkumpulnya gamer2 dan masing perlu bersaing dengan gamer lain demi kelangsungan hidup mereka di sekolah tu. Dengar macam kejam tapi takdelah kejam sangat. It's all about the game. Itu motto pengetua sekolah tu. Selain dari kisah gamer, ada juga nilai2  lain yang cuba diserapkan dalam cerita ni antaranya nilai persahabatan, nilai kekeluargaan, nilai semangat sepasukan dan banyak lagi. Cuma perlu diingatkan, cerita ni 100% Inggeris dan tiada subtitle. Sangat sesuai bagi mereka yang nak belajar listening dan mempelajari slag percakapan mereka.

Jadi, mana nak cari cerita ni?
Google sahaja dengan menaip Video Game High School.
Boleh mencari terus di youtube.
Bila anda lihat uploader dari RocketJump maka anda di track yang betul.


Cerita ini ada 3 siri (season).
Setiap siri adalah dalam beberapa episode. 
Tetapi episode dia tak banyak.
Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah search ye.

Yang pasti, setelah anda menonton cerita ini, keinginan anda nak main game tu meningkat.
Hahaha... Tak percaya?
Cubalah tonton.

P.s : Tontonlah untuk suka2. 
Don't take it serious. :D