Aneh sungguh orang melayu.
Dalam ramai2 orang, orang asing jugaklah yang mereka bagi sewa rumah. Padahal ramai orang tempatan tak kisahlah orang Melayu, Cina atau India tengah giat mencari rumah untuk disewa. Kawan sendiri pun tengah sibuk mencari rumah untuk disewa sebelum akhir bulan ni. Bukan menyewa untuk diri sendiri tetapi menyewa untuk sekeluarga.
Kenapalah tuan rumah terutama sesetengah orang melayu melebihkan orang asing dari rakyat negara ni. Bukan sekali dua ia berlaku. Kerap juga. Ada tuan rumah tak tampal pun notis nak sewa rumah. Tup tup tahu bangla yang bakal menghuni rumah tersebut. Alasannya, dia sewa rumah tu kat pemilik syarikat dengan beranggapan yang jaminan untuk dibayar sewa rumah tersebeut adalah tinggi.
Mengapa pulangan sewa itu dititik beratkan?
Lumrah bagi seseorang mahu pulangannya stabil termasuklah sewa rumah.
Tambah timbul pula khabar angin yang ada sesetengah penyewa dari orang melayu ni kurang adabnya. Ada yang jenis bayar sewa lambat. Ada juga jenis pemusnah harta benda pun ada.
Bila tahu sahaja khabar angin ini, memang patutlah tindakan sesetengah tuan rumah yang suka ambil jalan selamat dengan menyewa rumahnya kepada orang asing. Cuma, yakinkah tuan rumah itu yang orang asing ini bertingkah laku mulia ataupun paling kurang akan terus membayar sewa atau tidak merosakkan harta benda?
Seharusnya tuan rumah harus memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menyewa terlebih dahulu berbanding orang asing. Memang benar apa yang diperkatakan tentang sikap sesetengah penyewa yang tidak bertanggungjawab namun adakah kerana ini ia menjadi alasan yang kuat buat tuan rumah untuk menyewa rumahnya kepada orang asing. Ia berlaku pada sesetengah orang dan bukan semua orang. Mungkin nasib tidak baik buat si tuan rumah dapat penyewa yang tidak beretika. Namun masih ramai lagi penyewa yang berbudi bahasa di luar sana.
Jadi, mengapa kita sebagai penduduk tempatan lebih mementingkan tempat teduh buat warga asing berbanding dengan penduduk tempatan? Warga tempatan juga punya hak mutlak untuk mendapat tempat berteduh di negara sendiri berbanding warga asing. Ohhh lupa, jaminan wang. Adakah kerana wang semuanya selesai?
"Alaaaa.... Aku sorang je yang sewa kat orang asing. Ramai lagi orang tempatan ni kat taman ni.
Takda kesan pun."
Ya. memang benar. Memang benar anda seorang je yang sewakan rumah kepada orang asing.
Bagaimana 10 orang menyewa?
Satu taman?
Satu daerah?
Boleh bayangkan tak apa terjadi kat tempat tu?
Kampung orang asing?
Tak percaya? Cuba anda ronda-ronda di sekitar Ampang.
Anda akan jumpa satu kawasan itu penuh dengan warga asing dari Indonesia.
Pelik sungguh...
Ada anda tanya perasaan jiran anda bila berjirankan dengan warga asing?
Tak perlu tanya jiran, tanyalah diri anda,
Anda mahu jiran anda warga asing?
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe