Wednesday, September 05, 2012

Cara nak install Arabic Font kat Window 7


Anda mencari-cari cara nak install Arabic Font di laptop/computer anda?
Begitu banyak cara menginstall sampai anda pening nak pilih yang mana satu?
Sekarang anda tidak perlu risau. Di sini ada jalan penyelesaiannya.
Caranya mudah sahaja. Ikut step by step ya.

Cara-caranya :
1- Pergi ke Start button -> Control Panel -> Clock, Language and Region -> Change display language.




2- Tekan kat Change display language. Bila dah tekan dia akan keluar dialog box. Dialog box tu namanya Region and Language. Kat dialog box tu, pergi ke Keyboards and Language, kemudian tekan kat button Change Keyboard.


3- Bila dah tekan Change Keyboard, dia akan keluar dialog box lagi. Dialog box kali ini namanya Text Services and Input Language. Kat dialog box tu pula, pergi ke General dan lihat kat bahagian Installed services. Kat situ cari button Add dan tekan button tu. Bila dah tekan, dia akan keluar button box lagi. Dialog box kali ini namanya Add Input Language. Kat dialog box tu pilih language Arabic (Saudi Arabia). Tekan drop down menu pastu select Arabic (101). Setelah selesai tekan butang OK.





4- Kemudian kat dialog box Text Services and Input Language tu tekan butang Apply dibawah.



5- Bila dah tekan button Apply maka selesailah kerja menginstallnya. Anda akan melihat ada perkataan EN kat taskbar sebelah kanan anda. Bila nampak EN tu maknanya segala aktiviti penulisan anda dalam tulisan rumi. EN tu memang set as default. Untuk mendapatkan tulisan jawi/arabic, anda tekan button EN dan akan keluar language bar. Kat situ anda tekan AR. Bila dah tekan AR, segala aktiviti penulisan anda bertukar dalam tulisan jawi/arabic.



Semoga tutorial kali ini bermanfaat buat anda dan juga saya. Sebarang permasalahan silalah tanya. Selagi mampu saya akan jawab...

Sumber Inspirasi : brighthub.com

P/s : Introduction untuk tutorial kali ini macam iklan jual barang la pula.

1 comment:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe