Friday, August 31, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Tada...
Sebenarnya ni stiker nak ditampal kat kedai2 yang terpilih sahaja.
Lupakan tentang stiker tu.
Fokus kat kad tu je.
Siapa pernah dapat kad diskaun ni?
Dah?
Jap... Ni kad apa ni?
"Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut: - mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas). - pengajian sepenuh masa. - warganegara Malaysia. Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing."
Di copy paste dari www.1pengguna.com

Tu dia... Kad ni bakal diedarkan pada semester pertama september tahun ini bagi pelajar IPT. Memang taklah ada orang miliki kad ni kan sekarang. Wah2. Seronoklah dapat kad ni. Boleh shopping sakan. Boleh beli external hardisk, iPad, handphone touch2... bla... bla... (maaflah... tuan punya blog ni memang hantu gandget). Tapi kena beringat jugak. Bukan semua kedai dan tak semua barang yang kita boleh guna kad ni ya. Tidak lupa juga ia bergantung kepada kadar, terma dan syarat2 yang ditetapkan. Bunyi macam agak susah juga nak guna kad ni. Hurm... Bersyukur jelah. Sekurang-kurang dapat juga nikmati diskaun dari tak dapat pape. Ye tak?

P/s : Kenapa Kinokunia tak termasuk dalam list ek? Baru je berangan nak shopping buku banyak2 kat situ pakai kad diskaun ni. Masuk angin keluar asap jela nampaknya.

Yeah... Merdeka...!

Yeah merdeka...
Merdeka buat kali yang ke 55.
Google pun sama2 sambut merdeka.
Siap buat doodle lagi...
Kat luar tu dah bergegar taman ni dengan dentuman mercun.
Sempena hari merdeka ni nak buat apa ek?

Ingat nak sambung ganti puasa...
Tapi kata adik...
"Esok hari merdeka untuk umat Islam, tak payahlah puasa.
Tambah nak beli cendol kat depan masjid...
Terliur kau"

Adik aku memang pandai mengumpan aku.
Dahlah aku mengidam sangat2 nak minum cendol.
Cendol limited edition.
Hanya ada pada hari Jumaat di depan masjid kat taman rumah saya.
Serius sedap.
Nampaknya aku sambut merdeka dengan cendol.
Anda bagaimana?
Dah rancang percutian anda sempena merdeka?
Share la sikit... hehe

Thursday, August 30, 2012

Ketahuilah

 
Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

P/s : Kata-kata ini dicopy paste dari facebook.
Kata-kata ini menginggatkan tentang saya.

Canimals

Canimals?
Tengok gambar kat bawah dulu.


Amacam?
Comel tak?
Mereka begitu comel di dalam tv. Haha...
Kat youtube pun banyak.
Cubalah tonton.
Sesuai untuk hilangkan stress buat seketika.


Nak tonton lagi? Cari kat youtube.
Kat tv pun tengah rancak pasang cerita ni.
Comelnye...

Pening owh pening

Di waktu petang yang ..... Argh...! Lupakan.

Ada sesuatu yang menganggu fikiran aku. Tentang masa depan.
Ya.. Masa depan...
Aku terfikir seketika.
Bagaimana aku bila lepas berkahwin.
Permintaan bapak tentang menu masakan telah mengetuk fikiranku seketika.

Sebenarnya begini,
bapak meminta aku masak ikan masak lemak cili api.
Bila dia minta menu tu aku terus terbayang ikan masak asam pedas.
Bapak pun tanya yang aku ni tahu masak ke ikan masak lemak cili api.
Aku terus cakap tak tahu. Memang aku tengah blank masa tu.
Bapak pun suruh aku tanya mak tentang cara nak masak.
Emak pula diam seribu bahasa. Tiada respond.
Bapak pun ajar aku cara nak masak.
Dia bagi arahan. Ambil cabai 20 biji, 3 biji tumbuk bersama bawang merah.
Bawang putih tak mahu. Tumis bahan tu dan masuk ikan dan santan.
Lepas bapak aku siap bagi cara2 nak masak, mak aku terus cakap nak masak ikan singgang,
selebihnya ikan goreng dan sambal belacan.

Sejak dari tu aku berfikir.
Masa ni aku masih ada mak sebagai panduan memasak.
Macam mana bila dah kahwin nanti ek?
Buat kalau si bakal suami tu minta menu macam2.
Macam bapak aku.
Bapak aku bab makan memang cerewet.
Sampai anak dia pun terikut sekali cerewet dia.
Tak ke pening kepala dibuatnya.
Aku ni bukan chef terhandal boleh masak itu dan ini.
Masih fail lagi.
Adeh...

(sumber)

Tapi aku lebih suka masak sendiri dari makan kat luar.
Lagi terjamin kebersihan dan kesedapan. (sedap ke aku masak?)
Siapa yang pernah duduk dengan aku tahulah...
Aku memang asyik komplain je makanan bila makan kat luar.
Aku tak komplain kat depan kawan.
Kat depan mak baru aku komplain habis. haha...
Tapi kadang2 tu terkeluar jugak kat depan kawan. hoho...
Mana taknye. Beli makanan kat luar especially makanan kat cafe mahallah asyik masin je.
Rasa nak nangis bila makan.
Lepas ni makan oat je tengah hari. Tak kira.
Nak tiru macam bapak.
Taubat dah.

Stop being selfish!

Berhenti dari jual ikan (baca : selfish)!
 

Bila nak berkawan, jangan harap kawan akan dekat dengan kita.
Bila buat kebaikan, jangan harap orang balas kebaikan kita.
Bila kita sudah bagi sesuatu, jangan harap orang balas sesuatu dekat kita juga.
 Bila kamu mula mengharapkan sesuatu balasan hasil dari kebaikan kamu sendiri...
itu namanya kamu pentingkan diri sendiri...
 
Di dunia ini tiada istilah bila kamu berbuat baik
orang lain pasti akan balas kebaikan kamu...
Seperti hukum karma gitu...
 
Owh tidak...
Jika kamu menganggap hukum karma itu wujud,
kamu hanya hidup dalam dunia kamu sendiri...
Tertekan sendiri..
Memikir hal remeh temeh.
Sedarlah
Kehidupan di dunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran...
Untuk melakukan suatu kebaikan pun sudah ada dugaan tersendiri.
 
Nak berkawan?
Nak kebaikan? 
Buatlah...
Jangan tunggu balasan dari orang lain untuk buat kebaikan...
Jangan berhenti bila kita merasa sakit dalam melakukan kebaikan...
Bila sudah melakukan kebaikan, harapkanlah balasan kebaikanmu
dari Allah SWT.
Kerana Syurga itu mahal harganya...
 

Wednesday, August 29, 2012

Ajibtu



Patutkah kita masih lalai sedangkan hari berlalu,
kita bermain sedangkan maut/mati itu bukan mainan,
aku pelik/hairan terhadap mereka yang masih leka ini,
aku hairan, sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan.

Adakah patut seorang itu terus leka dan bermain (seronok),
sedangkan dirinya akan mati dan rumahnya akan runtuh,
kita melihat apa yang kita lakukan (amalan) selalunya,
tewas kepada setiap keseronokan.


Kita melihat malam dan siang menyibukkan kita,
dan aku tak tahu yang manakah patut aku pilih (terlebih afdhal untuk beribadat),
dan setiap perkara itu ada tempoh yang perlu ditunaikan (diisi dengan tanggungjawab),
dan kepada semuanya itu ada kesan (catitan) yang ditulis.

Ajibtu... 
Lagunya memang sedap...
Bagi aku yang tak berapa nak master bahasa Arab ni menyangka yang lagu "Ajibtu" ni lagu yang tak membawa maksud apa2. Mungkin ada tetapi takdela Tambah cara pembawaan lagunya takdelah nampak yang lagu ni membawa message yang mengerikan. Kenapa aku kata mengerikan? Setelah diteliti maksud lagu "Ajibtu" tak ke rasa bulu roma menegak? Mana taknya. Setelah memikirkan kehidupan aku sendiri. Selama ni aku leka. 21 tahun aku leka. Leka dengan dunia aku. Masih liat nak tinggalkan keseronokan. Bila soal ibadah dipandang ringan. Apa nak jadi. Aku takut. Takut dengan amalan aku sendiri. Syurga perlu dikejar, neraka pula perlu dijauhi. Tetapi bagaimana nak masuk syurga bila tengok amalan entah pape. Terasa malu pun ada jugak. 

Allah berfirman dalam surah Al-'Imran, ayat 14 & 15.
Yang bermaksud : Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.

Ya. Dunia itu indah. Tetapi lebih indah syurgaMu.
Kuatkan hati, kuatkan iman. Banyakkan bersabar.
Aku pasti boleh!... Aku masih tak terlambat untuk berubah, mujahadah dan istiqamah dalam mencari keredaanMu... Amin ya rabbal alamin. Doakan saya...

P/s : Cuma satu benda yang aku tak boleh nak tinggal... Kesukaan terhadap anime terutama Naruto. Bilalah cerita Naruto nak habis?

Tuesday, August 28, 2012

Cara nak privatekan gambar di Facebook

Anda menghadapi masalah nak private profile picture di facebook?
Disini ada penyelesaiannya.

1- Pergi ke profile picture album anda
2- Klik kat photo yang kamu nak privatekan.
Contoh :

3- Kat photo tu dia ada sertakan beberapa option. Ada option Tag photo, Add Location dan Edit. Klik edit untuk setting photo.
Contoh :

Bila tekan edit, dia akan keluar bermacam setting  lagi.
Anda cuma perlu fokus kat setting yang ada drop box sahaja.
Contoh :





Kat drop box tu ada bermacam lagi option. Pemilihan option ini amatlah penting.
Bila anda pilih public, gambar anda dapat dilihat oleh seluruh pengguna facebook.
Bila anda pilih friend, gambar anda dapat dilihat hanya pengguna yang menjadi friend dengan anda.
Bila anda pilih Only Me bermakna gambar tu anda seorang je boleh lihat.
Untuk custom pula anda boleh pilih siapa yang boleh lihat gambar anda dan boleh pilih juga siapa yang tidak boleh lihat gambar anda.

4- Bila sudah selesai tekan Done Editing.
5- Selesai

Sekarang photo anda di profile picture sudah diprivatekan. Untuk privatekan semua photo di profile picture, anda kena buat process yang sama seperti diatas ini pada setiap photo. Nampak agak leceh sikit tapi nak buat macam mana. Diorang dah buat setting macam tu. Cara ini hanya sesuai untuk private profile picture, wall picture dan cover picture. Album picture selain dari album profile picture, wall picture dan cover picture yang lain boleh diubah setting kat album tu sendiri. Macam kat bawah ni.

Contoh :
Anda boleh ubah setting dangan hanya klik kat drop menu tu.

Setakat ini dari saya semoga berjaya. Jika ada permasalahan, sila tinggalkan komen di comment box di bawah ni ya.

Saturday, August 25, 2012

Bakal pengantin VS Bakal jenazah


Rajah ini dihasilkan dari kata2 pujangga oleh seorang rakan sefacebook.
Ia hanyalah status2 biasa yang kebiasaannya rakan2  post kat wall mereka di facebook.
Tetapi aneh. Kata2 ini sudah melekat di kepala dan kadangkala dapat membuka minda seketika. Jadi dengan kerajinan yang ada, saya ubah kata2 itu kepada gambar rajah yang lebih menarik supaya lebih melekat di kepala lama sikit. Bagi hantuk sikit kepala yang sering hanyut dengan keasyikan gelombang jahiliyah yang melekat tebal dalam diri ini.

Baiklah, lupakan introduction yang panjang berjela diatas ni, mari kita fokus ke bahagian utama. Berdasarkan rajah diatas, apa yang anda faham tentang rajah itu? Sekurang-kurangnya apa yang anda dapat pelajari dengan melihat gambar rajah diatas ini?
Sering kita lihat dan rasai ketika berada di zaman muda mudi, soal perkahwinan di titik beratkan terlebih dahulu. Bila dengar kawan2 rapat nak kahwin, terasa pula diri ini macam tak laku pula. Bila emak dan bapak mula menceritakan ciri2 menantu idaman mereka, telinga pun menjadi panas seketika bila mendengarnya. Kalau boleh nak jauhkan diri dari mereka untuk mengelak dari berbincang dengan lebih mendalam. Bila di kampung pula, melihat yang diri ini sudah besar dari sepupu yang lain terasa pula yang diri ini sesuai sangat menjadi emak orang. Adakah anda juga merasai begitu? Tak perlu tengok jauh2. Tengok je orang yang dekat sekeliling kita macam kakak kita, abang kita, jiran kita. Masing2 gelisah bila fikirkan tentang jodoh.
Tetapi kita sering lupa yang suatu hari nanti kita akan menjadi mayat juga. Tidak kira lambat mahupun cepat. Mungkin anda sempat merasai kemanisan berumah tangga sebelum menjadi mayat. Mungkin juga anda tidak sempat nak bernikah kerana sudah menjadi mayat dahulu sebelum bernikah. Waktu kematian kita sudah ditetapkan. Ia akan datang sama ada cepat mahupun lambat walau sesaat pun. 

Jadi yang mana satu persediaan yang perlu diutamakan? 
Persediaan untuk bernikah atau persediaan untuk menjadi mayat?

Sementara kita masih diberi kesempatan untuk hidup, gunakan kesempatan yang ada untuk pertingkatkan amal ibadah kit, ilmu kita dan perkuatkan lagi hubungan kita sesama manusia dan hubungan kita dengan Allah... InsyaAllah...

P/s : Rajah tu kalau nak copy dan save boleh aje. Nak dijadikan wallpaper ke atau nak buat profile picture pun boleh. Tiada masalah (ada orang nak ke rajah macam tu?)

Friday, August 24, 2012

Salam Lebaran

MasyaAllah... Assalamualaikum semua buat pembaca. Lamanya dah tak update blog ni. Sejak 1 Ramadhan sampai 6 Syawal. Tengok, sekarang dah takde idea nak tulis apa kat sini. Lama sangat tak mengarang. Sampai terasa janggal pula... Hehe... Sebenarnya banyak juga benda nak share kat sini tetapi akibat dari kekangan masa dan kerja tak sempat pula nak update. Takpa. Dengan adanya sisa masa 3 minggu cuti semester ni boleh gunakan sebaik mungkin untuk update lagi blog... 

Ok lah... Sebelum terlambat (dah terlambat ke?) tuan empunya blog ni nak ucapkan salam lebaran buat pembaca semua. Tak kira buat pembaca tetap atau pembaca yang tersesat kat blog ni. Dengan ini Bella menyusun 10 jari minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki mohon maaf jika terdapat kata-kata atau ayat-ayat yang terdapat di blog ni yang sudah mengores hati pembaca sekalian. Manalah tahu. Setiap orang kan lain2 fahaman dan mindset. Kadang2 bagi kita nampak biasa je tetapi tidak buat sesetengah orang. 

Special untuk pembaca : KAD RAYA...

  
Kredit to [usmad05.blogspot  ]
Maaflah. Tahun ni tak sempat nak buat kad raya. Nak hantar kad raya pun tak sempat. Harap kad kat atas ni pun memadai. Comel tak? Hehe

Sempena bulan syawal ni, marilah kita melakukan aktiviti ziarah menziarahi antara sanak saudara. Eratkan lagi tali silaturahim sesama keluarga dan jiran tetangga. Selain tu puasa 6 hari di bulan syawal jangan di lupai pula. Walaupun nampak kecil tetapi disisi Allah besar ganjarannya. Mana2 amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tu kenalah diteruskan. Amalan seperti membaca Al-Quran, solat dhuha, qiyamullail harus diteruskan. Jangan biarkan mood nak beraya melemahkan semangat untuk tingkatkan dan istiqamah dalam ibadat. Ayuh teman2.

P/s : Banyak pula aku tulis malam ni. Katanya tiada idea. haha