Saturday, August 25, 2012

Bakal pengantin VS Bakal jenazah


Rajah ini dihasilkan dari kata2 pujangga oleh seorang rakan sefacebook.
Ia hanyalah status2 biasa yang kebiasaannya rakan2  post kat wall mereka di facebook.
Tetapi aneh. Kata2 ini sudah melekat di kepala dan kadangkala dapat membuka minda seketika. Jadi dengan kerajinan yang ada, saya ubah kata2 itu kepada gambar rajah yang lebih menarik supaya lebih melekat di kepala lama sikit. Bagi hantuk sikit kepala yang sering hanyut dengan keasyikan gelombang jahiliyah yang melekat tebal dalam diri ini.

Baiklah, lupakan introduction yang panjang berjela diatas ni, mari kita fokus ke bahagian utama. Berdasarkan rajah diatas, apa yang anda faham tentang rajah itu? Sekurang-kurangnya apa yang anda dapat pelajari dengan melihat gambar rajah diatas ini?
Sering kita lihat dan rasai ketika berada di zaman muda mudi, soal perkahwinan di titik beratkan terlebih dahulu. Bila dengar kawan2 rapat nak kahwin, terasa pula diri ini macam tak laku pula. Bila emak dan bapak mula menceritakan ciri2 menantu idaman mereka, telinga pun menjadi panas seketika bila mendengarnya. Kalau boleh nak jauhkan diri dari mereka untuk mengelak dari berbincang dengan lebih mendalam. Bila di kampung pula, melihat yang diri ini sudah besar dari sepupu yang lain terasa pula yang diri ini sesuai sangat menjadi emak orang. Adakah anda juga merasai begitu? Tak perlu tengok jauh2. Tengok je orang yang dekat sekeliling kita macam kakak kita, abang kita, jiran kita. Masing2 gelisah bila fikirkan tentang jodoh.
Tetapi kita sering lupa yang suatu hari nanti kita akan menjadi mayat juga. Tidak kira lambat mahupun cepat. Mungkin anda sempat merasai kemanisan berumah tangga sebelum menjadi mayat. Mungkin juga anda tidak sempat nak bernikah kerana sudah menjadi mayat dahulu sebelum bernikah. Waktu kematian kita sudah ditetapkan. Ia akan datang sama ada cepat mahupun lambat walau sesaat pun. 

Jadi yang mana satu persediaan yang perlu diutamakan? 
Persediaan untuk bernikah atau persediaan untuk menjadi mayat?

Sementara kita masih diberi kesempatan untuk hidup, gunakan kesempatan yang ada untuk pertingkatkan amal ibadah kit, ilmu kita dan perkuatkan lagi hubungan kita sesama manusia dan hubungan kita dengan Allah... InsyaAllah...

P/s : Rajah tu kalau nak copy dan save boleh aje. Nak dijadikan wallpaper ke atau nak buat profile picture pun boleh. Tiada masalah (ada orang nak ke rajah macam tu?)

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe