Wednesday, August 29, 2012

Ajibtu



Patutkah kita masih lalai sedangkan hari berlalu,
kita bermain sedangkan maut/mati itu bukan mainan,
aku pelik/hairan terhadap mereka yang masih leka ini,
aku hairan, sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan.

Adakah patut seorang itu terus leka dan bermain (seronok),
sedangkan dirinya akan mati dan rumahnya akan runtuh,
kita melihat apa yang kita lakukan (amalan) selalunya,
tewas kepada setiap keseronokan.


Kita melihat malam dan siang menyibukkan kita,
dan aku tak tahu yang manakah patut aku pilih (terlebih afdhal untuk beribadat),
dan setiap perkara itu ada tempoh yang perlu ditunaikan (diisi dengan tanggungjawab),
dan kepada semuanya itu ada kesan (catitan) yang ditulis.

Ajibtu... 
Lagunya memang sedap...
Bagi aku yang tak berapa nak master bahasa Arab ni menyangka yang lagu "Ajibtu" ni lagu yang tak membawa maksud apa2. Mungkin ada tetapi takdela Tambah cara pembawaan lagunya takdelah nampak yang lagu ni membawa message yang mengerikan. Kenapa aku kata mengerikan? Setelah diteliti maksud lagu "Ajibtu" tak ke rasa bulu roma menegak? Mana taknya. Setelah memikirkan kehidupan aku sendiri. Selama ni aku leka. 21 tahun aku leka. Leka dengan dunia aku. Masih liat nak tinggalkan keseronokan. Bila soal ibadah dipandang ringan. Apa nak jadi. Aku takut. Takut dengan amalan aku sendiri. Syurga perlu dikejar, neraka pula perlu dijauhi. Tetapi bagaimana nak masuk syurga bila tengok amalan entah pape. Terasa malu pun ada jugak. 

Allah berfirman dalam surah Al-'Imran, ayat 14 & 15.
Yang bermaksud : Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.

Ya. Dunia itu indah. Tetapi lebih indah syurgaMu.
Kuatkan hati, kuatkan iman. Banyakkan bersabar.
Aku pasti boleh!... Aku masih tak terlambat untuk berubah, mujahadah dan istiqamah dalam mencari keredaanMu... Amin ya rabbal alamin. Doakan saya...

P/s : Cuma satu benda yang aku tak boleh nak tinggal... Kesukaan terhadap anime terutama Naruto. Bilalah cerita Naruto nak habis?

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe