Thursday, October 30, 2014

Kenangan pemacu kehidupan.


Status ini dari kawan sekuliyah saya. Mendalam juga maksud dia. Mungkin masing2 tengah enak dibuai kenangan hampir 6 tahun belajar bersama dari asasi hinggalah ke universiti sehingga berjaya mengenggam sehelai sijil ijazah. Bila dibuai memori yang kuat pasti sukar untuk melepaskannya. Tambah bila makan, tidur, study, pergi program bersama terasa macam kawan2 itu seperti ahli keluarga sendiri. Bila sudah graduasi, masing2 kembali ke pangkuan keluarga serta masyarakat. Maka timbullah perasaan yang si pulan itu lupa akan sahabatnya kerana tidak menghubungi langsung selepas gradusi. Timbul pula rasa yang si pulan sudah berubah dan terasa dia tidak macam dulu. Hahaha... Yang si penulis pun asyik menulis ni pun mungkin terasa benda yang sama.

Antara faktor kenapa prasangka ini timbul mungkin sebab yang graduan ni belum sibuk. Belum terisi lagi hidupnya dengan benda yang membuat dia lupa tentang hal remeh temeh ni. Betul tak? Bila hidup tak terisi, mulalah perasaan pelik2 timbul. Lagi parah depresi pun muncul dalam hidup.

Jadi konklusinya, marilah sibukkan diri kita. Kadang2 masa yang senggang itu pembunuh kita. Gunalah masa dengan buat benda yang berfaedah macam berniaga kecil-kecilan, tulis blog macam saya ke (eh?) atau baca buku dan surat khabar yang kita tak sempat nak baca sewaktu kita jadi pelajar. Seronok baca surat khabar ni. Buat pelajar ekonomi macam saya ni bolehlah review dasar2 negara ke, baca bajet 2015 ke atau GST ke. Bagi yang berkemampuan tu bolehlah travel. Sementara nak tunggu dapat kerja tetap mahupun sementara tu kenalah isi hari2 dengan perkara berfaedah. Paling malas pun, tolong mak buat kerja rumah. Bila mak bahagia, kita pun bahagia. 

Kita pun kena ingat yang kawan2 kita bukan macam kita. Laluan hidup mereka pun berbeza. Berlapang dadalah dan berbaik sangka. Mereka kena jalani hidup mereka. Masing2 pun dah bawa haluan masing2. Nanti adalah masa2 untuk bersama-sama dengan mereka. Tak sempat kat dunia pun kat syurga nanti pun takpa. Doakan kebaikan mereka dan rajin2 bertanya khabar. Sembang 2-3 minit pun dah cukup. Tunjukkan yang kita masih ingat mereka.


Tak salah untuk mencipta kenangan. Jadikan kenangan itu pembakar semangat untuk menghadapi zaman mendatang. Tidak kira kenangan manis mahupun pahit. Dan ingatlah setiap kenangan tercipta tersimpan banyak hikmah dan pengajaran sama ada kita sedar ataupun tidak. Marilah terus mencipta kenangan dan dalam masa yang sama menghadapi masa hadapan dengan penuh bergaya.

P.s : Kawan yang tulis status tu bermaksud kenangan peroleh kejayaan terutama dalam pelajaran.
Saya pun ulas dari perspektif lain (macam perspektif saya je). Walau dari segi pandangan mana2pun tapi mesej dia tetap sama.

Wednesday, October 29, 2014

Umur berapakah yang sesuai untuk memulakan perniagaan?

Sesiapa yang berminat nak menceburi bidang perniagaan pasti tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk memulakan perniagaan. Nak mulakan sekarang pun boleh bila semua keperluan untuk berniaga sudah cukup. Keperluan yang diperlukan untuk berniaga adalah mengikut jenis perniagaan yang bakal dijalankan. Dan sudah semestinya modal dan kelengkapan perniagaan mestilah cukup. Modal yang mencukupi adalah modal untuk membeli bahan2 dan kelengkapan untuk berniaga dan serta modal untuk pusing balik kos untuk produksi akan datang. Ada juga yang sanggup ambil risiko dengan hanya mempunyai modal untuk beli bahan2 dan kelengkapan sahaja tanpa ada modal untuk pusing balik kos untuk produksi akan datang. Cara ini pun boleh jika punya keyakinan yang jualan anda pasti laku dan menguntungkan. Dengan untung yang dapat pun boleh digunakan untuk modal pusing balik kos untuk produksi akan datang. Saya pun pernah buat. Cuma jualan kecil-kecilan tetapi terpaksa dihentikan kerana tiada penjual (Penjualnya adik yang masih sekolah. Mana boleh guna budak bawah umur dan masih bersekolah. Har har har.) Tetapi seronok bila dapat jual. Bila melihat duit seringgit berkepuk-kepuk (jualan kecil-kecilan) rasa seronok pula. Walaupun untung tak seberapa tapi masih rasa puas. Selain dari modal dan kelengkapan yang mencukupi untuk berniaga, kenalah tahu siapa pelanggan kita dan reaksi pelanggan terhadap produk kita. 

Berbalik kepada tajuk entry ni, saya tertarik dengan post yang bertajuk " How old is too old to start a business? The answer may surprise you." yang di keluarkan oleh majalah Entrepreneur. Anda boleh semak kat sini. Dalam post tersebut menceritakan yang kita boleh mula membuat bisnes bila2 masa dan tidak terlambat jika kita mula membuat bisnes pada usia yang senja. Sebagai contoh Charles Flint mula melancarkan IBM pada usia 61  tahun. Martha Stewart mula menjadi pakar dekorasi pada usia 35 tahun. Dengan contoh2 ini kita dapat lihat yang kita tak usah berhenti untuk mengimpikan suatu yang kita impikan dan cuba untuk merealisasikannya. Masih tidak terlambat jika impian tidak tercapai walaupun usia semakin meningkat. Cuba untuk merealisasikan dan jangan pernah putus asa. Mari kita lihat infografik yang saya temui dalam post dari majalah Entrepreneur.


Kita tak pernah terlambat selagi kita mampu untuk membuka mata kita.
Dan jangan pernah berhenti untuk belajar.
Setiap detik kita adalah pelajar.


Thursday, October 23, 2014

Kuasa dan pengaruh menentukan segalanya


Pengaruh dan kuasa
Jika anda ada dua benda ini nescaya anda bisa hidup senang dalam dunia ni.

Asas dalam pemasaran. Sudah sedia maklum yang Hospital Ampang Putri tu adalah hospital swasta. Sudah tertanam dalam minda mereka yang mereka bakal meraih keuntungan dan populariti dengan menaja kos rawatan untuk orang ternama. Secara tak langsung mereka dapat tempias "tuah" yang dibawa oleh orang ternama tersebut.

Tetapi, adakah tidak bertuah buat hospital swasta untuk menaja kos perubatan buat pesakit yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Dahlah sakit. Nak berubat pun tak mampu. Adakah pihak hospital swasta dapat untung dengan mengenakan cas yang tinggi buat pesakit yang tidak bernasib baik ini. Bukankah hospital swasta dapat meraih lebih banyak untung dengan mengenakan cas yang tinggi buat pesakit yang bagus dari segi kewangannya. Oh lupa, ini hospital swasta. Golongan yang tidak bernasib baik seharusnya dirawat di hospital kerajaan. Sememangnya pihak kerajaan yang patut bantu golongan sebegini kerana memang tugas kerajaan ialah untuk membela nasib golongan yang tak bernasib baik ini. Namun, lupakah anda. Tugas menolong orang yang kurang bernasib ini tugas bersama. Bukan tugas kerajaan semata-mata. Ia tugas sosial yang semua pihak harus tampil bersama. Kerana kita bukan hidup dalam masyarakat yang kaya raya semuanya. Dalam masyarakat yang kita tinggal ini berlainan taraf hidup mereka. Ada yang susah, ada yang hidup sederhana. Mana yang mereka hidupnya mewah jangan lupa pada golongan yang kurang bernasib baik ini.

Seharusnya pihak hospital swasta juga harus fikir diluar norma biasa. Pihak hospital harus fikir dengan menaja kos rawatan adik itu, mereka dapat menerap nilai baru pada masyarakat. Mereka dapat menunjukkan yang mereka prihatin dengan nasib adik tersebut. Mereka dapat menunjukkan teladan yang baik. Tambah kes adik ini sudah terpampang di dada akhbar. Pihak hospital bakal dapat publisiti yang baik di dada akhbar juga. Dengan cara ini juga pihak hospital dapat mempromosi khidmat mereka pada rakyat.

Apakan daya. Idea picisan ini mungkin tidak diendahkan. Tambah idea yang datang dari minda budak mentah yang masih belum masak dengan arus kehidupan baru ini. Terserah mereka. Duit mereka. Mereka punya kuasa dalam menentukan segalanya.

Arus kehidupan baru ini, jika tiada kuasa dan pengaruh memang tak kemana.
Walaupun sebernas manapun idea, walauapapun sebagus mana alasan atau hujah, walau kebenaran ada didepan mata, bila muncul mereka yang punya kuasa, semuanya lenyap. 
Yang berkuasa terus menggunakan kuasanya.

Wednesday, October 22, 2014

Selamat bergraduasi buat saya.

Selamat bergraduasi buat saya. Walaupun telah hampir seminggu berlalu, kenangan sepanjang belajar di taman ilmu pasti tidak dapat dilupakan. Rasa sayu tatkala menjejak kaki di UIA. Terasa aura yang telah lama hilang meresap kembali dalam diri ketika solat subuh berjemaah di masjid UIA. Waktu kemuncak bila masuk dewan. Rasa mahu menangis. Sedih. Dah grad rupanya aku ni. Sebelum ni bukan main nak grad cepat. Air mata nak jatuh dah tapi masih nak tunjuk macho dan cuba elakkan air mata jatuh.


Walaupun kadang kala rasa macam majlis graduasi ni dah macam majlis penyampaian anugerah cemerlang waktu zaman sekolah tetapi rasa bersyukur pula bila diberi peluang untuk turut serta dalam majlis ni. Dapat juga merasai pakaian formal waktu graduasi, dapatlah juga jumpa kawan2 walaupun hanya dapat melihat mereka di atas pentas dan yang penting dapat bersama keluarga pada hari yang bersejarah ini. Walaupun rasa terkilan sebab tak dapat nak buat mak dan bapak rasa bangga sikit masa majlis tersebut dengan keistimewaan mendapat pointer kelas pertama namun bak kata bapak "Yang mana bukan rezeki tu tak perlu difikirkan. Yang penting anak bapak dah lepas dan dah dapat degree tu bapak dah rasa bersyukur sangat. Kalau emang sudah rezeki kamu memang tak kemana. Bapak bersyukur sangat." Huhu... Manalah tak menangis aku mendengar kata bapak. Dia suruh gembirakan hati mak yang dah bertahun-tahun kerja untuk tampung perbelanjaan rumah. Takpelah bapak, mungkin rezeki dekat tempat lain. Kira baiklah tu dapat grad dalam kelas kedua keatas.



Dengan ini secara rasminya saya menjadi pelajar alumni UIA. Pelajar bersilih ganti. Pelajar lama bila sudah sampai masanya akan pergi membawa diri menempuh kehidupan yang sebenar. Pelajar baru bila sampai masanya masuk untuk memenuhi kekosongan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan yang sebenar. Bak kata rektor pada ucapan pembukaan majlis graduasi yang ke 30, graduan ini akan dikembalikan kepada masyarakat setelah menempuh pelbagai modul pembelajaran serta ujian sepanjang sesi pembelajaran dengan harapan supaya graduan ini dapat berbakti kepada masyarakat serta negara. Harapan besar sudahpun digalas buat graduan terutama graduan UIA. Mereka termasuk saya membawa nama UIA termasuk nama mak dan bapak untuk dijaga supaya terus harum mewangi. Besar tanggungjawab dan amanah tersebut. Ayuh terus berbakti!

P/s : Dah dewasa rupanya saya.