Home » Coretan » Wahai diri...
Wednesday, April 25, 2012
Wahai diri...
Wahai diri...
Begitu lemahnya kamu...
Masih mampu kamu mengulangi kesilapan yang sama...
Setelah berjaya bangun dari kesalahan yang sama...
Namun kamu masih mengulanginya lagi...
Tidak takutkah kamu dengan azab Allah?
Tidak takutkah kamu
pabila ditanya
mengapa kamu masih melakukan hal itu?
Allah itu bukan siapa2...
Dia tuhan kamu...
Pemilik jasad yang kamu pinjamkan darinya...
Pemilik alam semesta ini...
Dibandingkan kamu...
Kamu hanyalah hambanya...
Yang tidak punya apa2...
Semua milikmu hanyalah pinjaman semata-mata...
Hatta tenagamu, rupamu, kekayaanmu, kekuatanmu...
Semuanya datang darinya...
Dimanakah balasanmu atas kemurahanNya?
Dimanakah terletak rasa syukurmu atas kurniaNya...
Kamu tidak meminta pun
Dia tetap memberinya...
Aku bersalah
dan terus rasa bersalah
atas kehinaanku
atas kekhilafanku
semuanya
membuatku rasa kosong
rasa bersalah menebal dihati ini
kerana tidak mampu membalas rahmatMu
Aku masih mengulangi kesilapan yang sama
sehinggakan hari2ku rasa tidak tenteram
penatku fikirkan
kenapa aku masih mengulanginya
Ya Allah...
Maafkan hambaMu ini...
HambaMu ini masih kotor lagi...
Secara zahirnya kelihatan bersih...
Tetapi secara rohaninya masih tersisa kekotoran jahiliah
dihati ini...
Apa yang harus aku lakukan?
Nak berputus harapan?
Tidak mungkin aku melakukan begitu...
Apa yang aku bakal jawab dihadapan Allah
bila aku berputus asa
Nak biarkan sahaja?
Mana mungkin...
Adakah kamu sanggup rasa bersalah
seumur hidup kamu?
Hanya yang tinggal
usaha...
usaha untuk mengubahnya...
tapi sampai bilaku usaha...
bila sehabis usaha,
tabiat lama datang kembali...
Aku perlu bimbingan...
Tetapi siapakah mahu bimbing aku...?
Labels:
Coretan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe