Tiada larangan terhadap watak 'LGBT' pada saluran tv kerajaan
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata tidak wujud larangan berhubung watak yang digambarkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dalam saluran televisyen milik kerajaan. "Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai lelaki "lembut" (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam Twitter. Bagaimanapun, beliau berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan "masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya".
Sumber : Berita Harian
Agaknya apa yang mereka fikirkan...
Nak mengalakkan lagi? Takkan nak suruh penonton yang menapis sendiri cerita yang ditayangkan?
Penonton yang tapis? Lagi banyak penonton yang mencontohi dari menapis cerita tersebut...
P/s : Bagaimana pula pendapat anda?
Agaknya apa yang mereka fikirkan...
Nak mengalakkan lagi? Takkan nak suruh penonton yang menapis sendiri cerita yang ditayangkan?
Penonton yang tapis? Lagi banyak penonton yang mencontohi dari menapis cerita tersebut...
P/s : Bagaimana pula pendapat anda?
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe