Baru sebentar tadi saya menghadiri talk ini. Talk yang dikendalikan oleh barisan speaker yang tidak asing lagi. Antara speakernya Ummi Rose (Director Raudhatus Sakinah), Waheeda, Sham Kamikaze dan moderatornya ialah Pyan Saujana (DJ Ikim fm).
Disini bukan nak menceritakan tentang speaker2 tersebut, tetapi meniliti disebaliknya message yang cuba mereka sampaikan melalui talk ini. Apa yang saya dapat, hidayah itu mahal harganya. Nak dapat hidayah itu susah dan nak jaganya pun susah. Perlukan mujahadah yang tinggi especially ketika melawan nafsu dan apabila ujian2 kecil datang untuk melihat sejauh mana tahap iman kita. Selain itu, saya begitu insaf yang saya masih cukup sempuna lagi. Banyak sisa2 jahiliah yang masih melekat dekat diri. Rasa terhina juga apabila dibandingkan pelajar2 di Raudhatus Sakinah. Mereka pernah melakukan kesilapan yang besar tetapi masih mampu ibadah dengan sempurna setelah dididik kembali. Mereka masih mampu solat malam setiap malam. Tetapi dibandingkan saya, saya masih tidak mampu melakukannya. Hatta benda wajib pun masih terkial-kial. Apa yang lebih mengharukan saya, speaker2 di malam ini begitu tulus dan ikhlas dalam menyebarkan da'wah. Mereka mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan message islam. Mereka juga mempunyai kelompok sasar tersendiri untuk memberi kefahaman islam. Bila dibandingkan saya dalam kelompok pelajar, saya masih tidak mampu untuk mengajak kawan2 saya kearah kebaikan. Kadang2 saya pula terikut rentak mereka.
Apa2pun, seronok dapat dengar talk ini. Terima kasih buat kawan saya yang mengajak saya. Pada mulanya tidak berminat untuk menghadiri tetapi setelah diajak saya pergi juga. Terus terang pada mulanya rasa macam terpaksa nak pergi tapi lepas dengar talk ini, ada sesuatu yang saya perlu ubah dan wajib ubah dalam diri saya. Maaf buat kawan saya atas sikap saya ketika pulang lepas talk. Saya bukan marah kamu tetapi marahkan diri sendiri kerana lalai dan asyik dengan jahiliah.
Disini diselitkan audio talk tersebut. Anda boleh downloadnya dan cuma satu nasihat saya,
SILA DENGAR DENGAN VOLUME YANG TINGGI
maaf atas kualiti suaranya. Harap kita sama2 dapat dengar talk ini dan mengambil ibrah bersama.
Link for downloading : [Click Here]
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe