Monday, December 12, 2011

Kitaran... Kitaran... Kitaran apa entah...

Ahmad agen penjual kereta menghubungi Mahmood untuk berbincang tentang kereta yang ditempah oleh Mahmmod. Mahmood menempah kereta Proton Saga.

Ahmad : "Kereta yang kamu tempah baru sahaja sampai di premis kami, bila kamu mahu mengambilnya?" Mahmood : "Saya tak boleh ambil kereta itu. Saya dan isteri saya bakal bercerai tak lama lagi. Saya minta maaf sangat2 sebab tak boleh nak ambil kereta tu tahun ini. Lepas saya selesai kes penceraian saya dengan isteri saya pun saya hanya mampu untuk beli basikal sahaja." 

Ahmad  pun menamatkan panggilannya. Selang beberapa minit kemudian, telefonnya berdering kembali. 

Alias : "Hello, Ini Alias tukang cat rumah. Bila kamu nak kami mula mengecat rumah kamu?" 
Ahmad : "Saya dah ubah fikiran, rumah saya tidak akan dicat kali ini." 
Alias : "Mana boleh, saya dah beli tin2 cat untuk mengecat rumah kamu. Mengapa kamu mengubah fikiran?". Ahmad : "Sebab Mahmood nak bercerai dan dia tak mampu nak beli kereta yang saya jual"

Petang itu, Alias pulang ke rumah. 

Isteri Alias : "Abang, lihatlah set tv baru ni. Baru sampai dari kedai TV Mastura."
Alias : "Pulangkan balik set tv baru tu."
Isteri Alias : "Kenapa bang?"
Alias : "Sebab Ahmad taknak cat rumah dia dan sekarang Mahmmod dah nak bercerai dengan isteri dia."

Keesokkan harinya, Isteri Alias memulangkan kembali set tv baru ke kedai TV Mastura.
Mastura melihat dengan hampa. Dia pun cepat2 menelefon kembali agen penerbangan iaitu Cik Intan.

Mastura : "Saya nak tahu bila penerbangan saya ke Langkawi."
Cik Intan : "Penerbangan anda ke Langkawi sudah tercatat dalam tiket penerbangan."
Mastura : "Saya nak batalkan penerbangan saya ke Langkawi. Saya tak boleh pergi. Isteri Alias baru sahaja memulangkan set tv sebab Ahmad tak dapat nak jual kereta kat Mahmood. Mahmood taknak beli sebab mereka dah nak bercerai dan Isteri Mahmood nak semua duit Mahmood."

Cik Intan mengoyakkan tiket penerbangan Mastura. Dia pun berjumpa dengan pegawai bank, En Kassim. Cik Intan pun berkata kepada En Kassim, "En Kassim, saya tak boleh nak bayar pinjaman saya untuk bulan ini sebab Mastura tak jadi nak pergi ke Langkawi".

En Kassim terkesima sebentar. Kemudian, Rashid pun datang berjumpa dengannya untuk meminjam duit untuk membesarkan  restoran, En Kassim memandang Rashid dengan pandangan yang dingin. En Kassim pun berkata, "Bagaimana saya nak bagi kamu pinjam duit sedangkan Cik Intan masih pun masih tak bayar duit yang dia pinnjam". Rashid pun menelefon kontraktor, Abu dan berkata yang dia tak jadi nak besarkan restoran. Abu pun terpaksa memberhentikan 8 pekerjanya kerana pembatalan kontrak untuk membesarkan restoran.

Pada waktu yang sama, Proton mengumumkan untuk memberi rebat kepada sesiapa yang membeli model kereta proton yang terbaru. Ahmad segera menghubungi Mahmood.

Ahmad : "Saya ada berita bagus untuk kamu. Walaupun kamu dah nak bercerai tak lama lagi, kamu masih mampu untuk membeli kereta baru."
Mahmood : "Saya tak jadi nak bercerai. Terdapat sedikit salah faham antara kami."
Ahmad : "Wah... Itu sangat bagus. Sekarang kamu sudah boleh beli kereta."
Mahmood : "Mana boleh. Bisnes saya sedang hadapi masalah sekarang dan kedai saya asyik tutup sahaja. Tak cukup modal".
Ahmad : "Saya tak perasanlah pula".
Mahmood : "Kamu perasan tak yang saya dah lama dah tak nampak Alias, Mastura, Cik Intan, En Kassim, Rashid ataupun Abu lebih dari sebulan. Bagaimana saya nak survive dalam bisnes jika mereka tak turut serta dalam bisnes saya sebagai pengguna.

Diadaptasi dari artikel : Humorist Art Buchwald Examines the Multiplier.

Wednesday, December 07, 2011

Muhasabah diri

Pada mulanya aku nak sangat marah kat orang.
Tapi selepas aku tonton "Rokok dan Kopiah" aku tak jadi nak marah. Aku terfikir sejenak.



Sebelum ini aku beranggap aku perlukan seorang kawan yang sentiasa memahami aku. Bila dah berkawan, aku mesti beranggapan yang dia tahu benda yang aku tak suka dan benda yang aku suka. Just tahu basic thing yang aku ni tak suka tunggu orang, on time bila dah janji dan just treat me as a friend. Selalu belajar bersama, makan bersama dan selalu ajak buat benda baik. Setakat ini ada rapat dengan seseorang tapi biasalah. Bila sudah rapat macam2 berlaku. Bila tak tegur terasa. Kadang2 ada yang terasa lebih. Aku sendiri pun tak faham kenapa aku harus terasa lebih.

Ada beberapa situasi yang aku tak tahu kenapa aku boleh terasa.
- Aku ada datang bilik kawan. Satu bilik tu kawan aku. Aku datang bilik diorang dan lepak kejap. Sepanjang aku lepak dalam bilik diorang, ada seorang tu taknak tegur aku. Duduk senyap je dalam bilik. Nak kata tidur pun tak. Sebelum ni aku buat tak tahu je kalau dia buat perangai macam tu. Tapi sekarang dah tak boleh. Tetiba pula terfikir yang aku ni siapa? Alien?
- Ada satu hari tu aku puasa sunat sama2 dengan kawan. Dalam tengah2 nak beli makanan tu teringin juga nak buka puasa dengan kawan. Selama ni makan sorang so hari tu nak juga buka puasa dengan kawan. Tapi ingat nak balik bilik dulu. Sampai kat bilik dia, dia terus mengucapkan "Selamat Buka Puasa dan makan elok2". Aku pula dalam hati, "Ok... Aku buka puasa sorang2 kat bilik lagi hari ini".

Aku tak harapkan paluan kompang atau sesuatu yang meriah untuk sambut kedatangan aku. Just say Hai atau tengok muka sudahlah. Ni buat aku seolah-olah macam tak wujud. Pasal nak buka puasa sama2 tu serius aku rasa sangat malu sebab macam aku sorang je yang terhegeh-hegeh nak makan bersama dengan diorang. Lagipun tu bilik korang dan aku orang luar. Aku masih rasa segan nak datang walaupun sebelum ni dah banyak kali datang kat bilik tu. Sekarang aku rasa macam dah tawar hati nak rapat dengan sesiapa. Kadang2 tu terfikir. Apa guna berkawan kalau akhirnya aku keseorangan. Macam hidup tanpa sesiapa.

Bila aku tengok balik video tu. Astaghfirullah al azim...
Aku terlalu bergantung pada benda yang akan mati untuk terus hidup.
Aku terlalu bergantung kat kawan supaya dia dapat gembirakan aku,
dapat tenangkan aku dikala aku sedih.
Tapi aku lupa. Mereka juga manusia. Satu hari nanti mereka akan pergi.
Pergi mengadap ilahi atau pergi membawa haluan masing2.
Tak pergi pun dia pasti buat benda yang kita tak suka.

Aku perlu bergantung pada benda yang tidak akan mati.
Aku patut jadikan-Nya tempat aku mengadu, bergantung harapan.
Dekatkan lagi diri kita kepada-Nya supaya hati bertambah tenang.

Lagipun Allah pernah bersabda :


Kehidupan didunia hanyalah ibarat permainan dan hiburan.
Kegagalan, kejayaan, kekayaan, kemiskinan, kebahagiaan dan semuanya hanyalah ujian.
Ujian yang menilai yang kita ini benar-benar hamba Allah yang taat atau sebaliknya.
Sepatutnya aku menjadi lebih tabah bukannya jadi seorang pemarah.

P/s : Semoga dengan ujian ini dapat mendidik aku menjadi manusia yang rational. Manusia yang tidak bertindak mengikut perasaan. Kuatkan aku. Smile... :)

Sunday, December 04, 2011

Demi Masa

Tik... Tok... Tik... Tok...

"Ala... Baru pukul 9. Rilex la..."
"Mangkuk, banyak lagi nak baca tu.
Nota FIE, MACRO, UNGS"
"Ala... Bisinglah...
Banyak lagi masa nak belajar...
Internet ni aku bayar la... 
Rugi kalau tak guna..."
"Setakat rugi RM10 seminggu 
tak kebulurnya kamu..."
"RM 10 tu banyak tu...
Boleh belanja makan sehari... Huh..."
Tik... Tok... Tik... Tok...

 "Alamak, dah pukul 11...
Aku rasa baru je aku mengadap kat
depan komputer..
Macam mana ni nak study ni...
Esok ada kelas... Waa"
Weh, aku ada homework tak siap!
"No Comment!"



P/s : Jom guna masa sebaiknya untuk buat apa yang patut. Bukan terperap depan komputer 24 jam.
Pesan untuk si penulis blog juga... Dah3, pergi sambung study yang tertangguh seketika.

Usrah Naruto (Usrah 7)


Oh, gembiranya Naruto!
Kerana dia ada usrah (keluarga) yang menyeronokkan.

Namun, kenapa masih ramai yang bosan dengan usrah?
Mungkin kita memahami bahawa usrah itu hanya perjumpaan mingguan yang di dalamnya ada pengisian majlis ilmu tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit pendengarnya.

Walhal ia lebih daripada itu!

Apabila usrah dilihat seperti itu, maka ia tidak ubah seperti sebuah ceramah berskala kecil. Sesebuah usrah yang semacam itu tidak mungkin mampu membina keperibadian ahli usrahnya seperti ahli-ahli usrah Naruto. Ia akan menjadi sebuah produk yang gagal di dalam pendekatan dan tidak jelas di dalam matlamatnya. (Bayangkan Naruto hanya duduk bersimpuh mendengar tazkirah daripada naqibnya. Pasti dia tak mampu nak berlawan dengan geng-geng brutal. Memalukan!)

Sesungguhnya, usrah adalah perkongsian. Manakala perjumpaan mingguan hanyalah salah satu daripada programnya.
Mengenai usrah Naruto, ia telah diketuai oleh seorang naqib. Naqibnya, Hatake Kakashi merupakan antara naqib terhebat yang diiktiraf oleh Konoha (kampung Naruto). Selain itu, naqib ini juga boleh dianggap sebagai naqib genius kerana berjaya menamatkan pengajian di Akademi Ninja pada usia 5 tahun dan menjadi Chunin ketika berusia 6 tahun.

Di sini kita lihat, Kakashi telah membentuk satu karisma yang hebat ke atas anak usrahnya pada peringkat awal!
Sedikit taaruf (pengenalan), yakni rukun usrah pertama dalam usrah Naruto yang dipimpin oleh Kakashi. Usrah Naruto (juga dikenali sebagai Usrah 7) telah dibentuk oleh Genin yang terdiri daripada Uzumaki Naruto (うずまきナルト), Uchiha Sasuke (うちはサスケ) dan Haruno Sakura (春野サクラ). Ahli-ahli usrah ini telah dipilih bagi mengimbangi kebolehan masing-masing. Naruto, ahli usrah paling teruk dalam pasukannya mendapat manfaat daripada kecerdikan Sakura dan kecekapan Sasuke. Sakura pula mendapat kebolehan bertarung daripada rakan-rakan usrahnya secara tak langsung manakala Sasuke mendapat faedah melalui taklim yang tak pernah putus daripada kedua-dua ahli usrahnya.

Nah, inilah tafahum (rukun usrah kedua) hasil didikan usrah.
Saling mengenali dan melengkapi.

Hasilnya?
Lahirlah kader-kader seperti Naruto yang mempunyai kefahaman ukhwah yang tinggi bagi menyelamatkan ahli usrahnya, Sasuke daripada terus diheret kegelapan. Sasuke telah tercampak ke lorong hanyir kehidupannya dengan menyertai usrah lain (Akatsuki) yang terpesong perjuangannya. Kerana sayang kepada Sasuke, api semangat Naruto sesekali tidak pernah padam untuk menyelamatkan sahabat kesayangannya daripada terus lalai dan usaha mengembalikan Sasuke kepangkuan Usrah 7 tidak pernah putus.

Pelbagai misi telah dilakukan oleh Naruto untuk menyelamatkan Sasuke walaupun menemui pelbagai jalan buntu semata-mata kerana nilai ukhwah.
Inilah buah didikan usrah, kesan daripada kefahaman yang tinggi telah menyebabkan Naruto bersusah payah ingin menyelamatkan Sasuke yang timbul daripada dasar usrah ketiga iaitu takaful (saling tolong-menolong).

Dalam pemikiranku,
Adakah kita berada pada tahap usrah ini...?
Beruntungnya Sasuke kerana Naruto sangat sayang padamu!
Hatake Kakashi: in the world of ninjas, those who are break the rules are called scum. but those who do not take care of their friends are even worse scum...
P/s : Tak sangka dalam cerita Naruto pun ada unsur2 usrah. Baru tahu.

Sumber : [Link]

Riadah SukaSuki

Pagi ni saya pergi riadah sukasuki. Riadah SukaSuki?
Ya... Riadah SukaSuki... Anjuran gabungan kakak usrah dan study circle. 
Seperti biasa. Kena berkumpul pukul 8 pagi di Female Sport Complex. Pada mulanya nak kena pergi sorang tapi last2 ada juga kawan sudi menemani. Saya melangkah ke Female Sport Complex sambil menghafal baki2 ayat hafazan yang bakal ditasmik hari jumaat depan. Jumaat tu last tasmik dan last study circle. Kena cepat2 hafal. Pastu jumpa kawan saya di bus stop Nusaibah.

Apa yang kitorang dapat dari Riadah SukaSuki?
1- Dapat kenal kawan baru. Jumpa muka2 baru. Jumpa kakak usrah, kakak senior, adik2 junior. Lepas ni bila terjumpa mana2 boleh tegur2. Hehehe
2- Dapat keluarkan peluh. Faham2lah student pagi2 buat apa kat bilik. Tambah pula masa cuti sabtu ahad. Biasanya terperap kat bilik. Yang lagi best membuta dalam bilik. Saya pun begitu juga. Dapat keluarkan peluh, hilang stress lepas main2 gelak2 sakan dengan kawan. Erk, part gelak tu sangatlah tak sopan.
3- Fokus. Kenapa pula masa riadah nak kena fokus? Nak main mestilah kena fokus. Kang tak pasal2 tengah2 main terlanggar orang, terkena bola, macam2 lagilah.

Apa yang kitorang main?
1- Main 'Salam Ukhwah'. Cara yang bagus untuk ingat nama orang.
2- Main kira2 nombor. Nombor ganjil kena sebut Allahhuakbar. Contoh : Orang pertama sebut 1, orang kedua sebut 2, Orang ketiga sebut Allahhuakbar, Orang keempat sebut 4, Orang kelima sebut Allahhuakbar dan seterusnya sampai ada orang tersasul salah sebut nombor atau cakap benda lain. Siapa tak ingat sifir 2 memang kirim salam la. Tadi kitorang main dah nak sampai angka 100.
3- Main bola beracun. Part ni memang best. Permainan paling dasyat. Aku sempat lagi main lompat2 nak elak bola. Hahahaha...

Lepas habis game ada pengisian rohani. Tadi bersuka ria bermain sekarang kita isi part rohani pula. Ada akak usrah kasi sedikit ucapan tentang bulan muharam dan tarbiyah sepanjang hayat. Korang jangan lupa ek. Hari Isnin ni 10 Muharram. Jom kita berpuasa beramai-ramai. Tentang bulan Muharram [Link]. Sebelum bersurai ada makan2 sikit. Kitorang makan dalam talam. Satu talam ada 6 - 7 orang. Memang best makan dalam talam. Aktiviti riadah kat tempat lain takda nak sediakan makan dalam talam. Sambil makan2 berkongsi cerita, berkongsi makanan dan merapatkan ukhwah. ^^

Saturday, December 03, 2011

Wating for the Call by Irfan Makki

Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

Download lagu [Link]

P/s : Kadang2 nak tukar selera dengar lagu english dari Irfan Makki, Mesut Kurtis dan Maher Zain. Tengok lirik pun buat kita lebih dekat dengan Allah. Indahnya...

Mukayyam Khariji 2011 : Pemuda Khafi... Part 2

Bersambung kembali cerita tentang Mukayyam Khariji. Bagi yang belum baca part 1, silalah baca..[Link]. Detik mendebarkan bermula (saje nak buat gimik)...


Lepas habis slot Pemuda Teladan, kami bersiap untuk juggle treaking. Sebenarnya, hari tu dari pagi sampai slot terakhir cuaca nampak mendung dan asyik hujan. Kejap hujan dan kejap berhenti. Kadang2 rasa macam duduk kat Pahang. Musim hujan kat Pahang memang stail hujan lebat tiba2 pastu tiba2 berhenti. Tapi bila dah nak slot terakhir, cuaca nampak macam mengizinkan untuk kami pergi jungle treaking. Yang pergi jungle treaking, kami yang berjumlah 43 orang berserta facilitator seramai 13 orang, diiringi 2 orang lelaki yang  menjadi tour guide dalam hutan. Ikut perancangan, kami bakal memasak kat atas bukit dan melihat air terjun jika cuaca mengizinkan.


Tu dia, panji kumpulan kitorang. Nampak tak real pula sebab tak gantung kat kayu. Kitorang kena bawa panji ni masa nak junggle treaking. Tahu tak siapakah Ummu Sulaim? [Link]... Ummu Sulaim sinonim dengan kisah bagaimana cara beliau menceritakan kematian anaknya kepada suaminya :
Ummu Sulaim berbicara pada suaminya, seraya bertanya, "Wahai Abu Thalhah apa pendapatmu bila ada sekelompok orang meminjamkan barang kepada tetangganya lantas ia meminta kembali haknya. Pantaskan jika si peminjam enggan mengembalikannya?"
"Tidak," jawab Abu Thalhah.
"Bagaimana jika si peminjam enggan mengembalikannya setelah menggunakannya?" "Wah, mereka benar-benar tidak waras," jawab Abu Thalhah.
"Demikian pula putramu. Allah meminjamkannya pada kita dan pemiliknya telah mengambilnya kembali. Relakanlah ia," kata Ummu Sulaim dengan tenang.
Itu cuma sebahagian kisah sahaja. Nak tahu lagi klik kat [Link]

Bersambung kembali kisah junggle treaking. Dalam perjalanan nak mendaki bukit, macam2 rintangan dihadapi. Dengan keadaan yang curam dan licin sebab seharian hujan agak menyukarkan pergerakan. Tambah dengan keriuhan diorang terlihat kelibat pacat lagi menghangatkan suasana. Kadang2 tu rasa tak larat pun ada nak daki bukit. Setiap kali kaki melangkah merasa berat. Tapi terpaksa juga melangkah. Itulah akibat dah lama tak bercamping. Dah hilang stamina.

Tidak lama kemudian, kami sampai checkpoint pertama. Kat checkpoint ni kami dikehendaki untuk memasak. Barang yang diberi cebisan getah tayar, bekas untuk memasak, sardin dalam tin, roti 2 keping, sudu, polystyrene dan air mineral. Kitorang kena hidupkan api dulu kalau nak memasak.

Dalam fikiran aku, aku ingat diorang nak ajar cara2 nak hidupkan api tanpa mengunakan pemetik api. Macam orang zaman batu. Diorang hidupkan api pakai batu. Betul ke theory aku ni?  Lagipun lepas hujan, batu dan kayu dah basah kena air. Sampai besok pun api tak akan hidup kalau guna cara orang zaman batu. Dah, lupakan idea mengarut aku tu.

Rupanya kak facilitator ada simpan pemetik api. Jadi tinggal nak kumpulkan ranting, susun dan buat unggun api. Masing2 pun kumpul ranting kayu. Tengah nak susun ranting kayu, terdengar pula sister cakap pakai daun pun boleh untuk buat unggun api. Kitorang yang tak fikir panjang pun kutip daun jugak. 

Yang best pasal unggun api kitorang, kitorang group first dapat hidupkan api tapi api tu kejap2 padam. Rupanya salah teknik nak buat unggun api. Tour guide tengok je dari jauh. Dia pun ajar cara yang betul untuk buat unggun api. Rupanya kena susun banyak ranting kayu. Tak payah taruk daun langsung. Bila api dah besar sangat, tambah lagi ranting. Pandailah kawal api. Jangan sampai hangit lauk tu sudah. Lepas ni tahulah cara nak hidupkan api. Asyik nak harapkan pakcik dan makcik saya je. Hehehe.

Elok kitorang selesai masak, hujan pun turun dengan lebatnya. Kitorang tak sempat nak makan hasil masakan tadi. Last2, lauk tu kitorang masukkan kat dalam polystyrene. Memang kelam kabut dibuatnya. Tour guide arahkan buat barisan lurus untuk pulang ke tapak camping semula. Masa tu tetiba terfikir. Tour guide nak bawak ikut laluan curam tadi ke? Owh tidak. Memang dia bawa tempat yang kitorang lalu tadi. Sekarang track tu dah basah dan sangat2 curam. Aku dah berapa kali nak tergelincir dan last2 sekali bila nak sampai kat bawah memang aku tergelincir. Memang best giler. Aku rasa dalam ramai orang kat situ, baju aku paling kotor. Hahaha... Nampak sangat aku ni ganas dan tak berhati-hati.

Kitorang pun balik ke dorm untuk bersihkan apa yang patut. Dalam perjalanan tu teringat kat sardin telur kitorang tadi. Bila teringat tu terus lapar. Hehehe...

Malam tu ada Night Walk & Taffakur Alam. Yang ni pun best jugak. Sambung lagi cerita ke next entry... (Be continued)

P/s : Korang mesti bosan baca cerita aku pergi camping. Ngee~